Monday, July 07, 2008

Jelajah Jordan XXIV

Jordan & Pokok

Seperti yang ditekankan sebelum ini, Jordan atau Transjordan hanyalah tanah gersang sebagai laluan orang berdagang atau berhaji. Mengapa boleh ada sebuah kerajaan di sini? Jom kita ikuti sejarah yang membosankan...

* * *

Atas sebab hasutan orang putih dan mungkin benar-benar wujud layanan buruk daripada pegawai-pegawai Turki ke atas kaum Arab, maka Pemberontakan Arab dilancarkan ke atas Turki Uthmaniyyah oleh Syarif Mekah.

Beliau disokong dan dibantu Inggeris yang menjanjikan Great Arab Empire yang menjangkau sehingga Aleppo di utara dan Aden di selatan untuk diperintah beliau.

Setelah berjaya, anak-anak Syarif Mekah dirajakan di Jordan, Syria dan Iraq. Beliau sendiri mengisytiharkan diri sebagai Khalifah dan Raja Seluruh Arab.


Pun begitu nasib tidak baik menimpa, apabila Syria diserahkan kepada Perancis yang menyebabkan anaknya ditukar dirajakan di Iraq. Raja Iraq pula digulingkan dalam satu coup d'etat. Pengisytiharan Syarif Mekah sebagai Khalifah tidak disukai Inggeris dan sebagai Raja Seluruh Arab tidak disukai Keluarga Saud yang menyebabkan kedua-duanya bekerjasama memerangi dan menghalau Syarif Mekah yang berketurunan Bani Hashim.

Akhirnya tinggallah tanah Jordan yang kontang untuk beliau kerana tiada sesiapa pun berminat terhadap tanah itu...

* * *


Maka atas kegersangan dan kekotangan tanah Jordan, rakyat dan negara Jordan amat menghargai pokok. Sebab itu berbanding Kaherah, lebih mudah untuk menjumpai nursery di Amman.

Kata budak-budak yang mengaji di Jordan juga, ada satu hari khusus yang mana raja dan setiap rakyat Jordan akan menanam sebatang pokok. Pokok-pokok tua pun masih dipelihara semacam yang di bawah.


Barisan pepohon tua ini diambil di kawasan Wadi Musa.


Ini dalam Petra. Ada papan tanda di bawahnya yang berbunyi lebih kurang begini:
Hai! Umur saya sudah 450 tahun.


Tapi barisan pokok ini tak tahu pula berapa umurnya. Cuma nampak cantik. Sebaris dan tua...



2 comments:

weAr said...

wahhhh.birunyo langit!

anak nah said...

Yeh, langit kami (middle east) memang biruuu...