Semalam dilaporkan, Dr Amal salah seorang exco IMAM atau PPIM secara terbuka di dalam sebuah pembentangan di kem musim panas anjuran FIMA yang bertempat di Surabaya telah mendakwa bahawa Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia Mesir atau ringkasnya PERUBATAN bernaung di bawah IMAM. Saya sebagai ahli veteran PERUBATAN menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. PERUBATAN tidak pernah membuat hubungan dengan IMAM apatah lagi bernaung di bawahnya. Sebagaimana yang tercatat di dalam perlembagaan PERUBATAN, penaung kami hanyalah Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah sahaja.
Pihak IMAM mungkin akan mempersoalkan mengapa persatuan PERUBATAN tidak mahu bersama IMAM? Tetapi sebelum itu saya dahulu ingin mempersoalkan mengapa semua persatuan pelajar perubatan seolah-olah wajib berada di bawah IMAM? IMAM kelihatan seakan-akan terlalu lapar untuk menjajah persatuan-persatuan supaya bernaung di bawahnya. Apakah IMAM sebagai sebuah NGO ingin bertindak seperti parti-parti politik yang hanya akan membuat kerjasama jika bergabung dengan mereka sahaja? Jika IMAM begitu ikhlas, kerjasama boleh dijalin tanpa perlu bernaung pun di bawahnya.
Namun, persoalan yang lebih besar dan utama ialah kenapa Dr Amal dan IMAM membelakangi Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN dan sesuka hati menyebut PERUBATAN adalah di bawah PPIM sedang tidak pernah ada hubungan langsung atas nama persatuan pernah dibuat? Apa niat disebalik tindakan kurang berhemah Dr Amal memperlekehkan Ahli Majlis Tertinggi PERUBATAN?
Saya berpendapat Majlis Pemangku Presiden harus meminta penjelasan, ini satu tindakan yang mengelirukan dan mengkucar-kacirkan ahli PERUBATAN. Kenapa perlu hubungi melalui individu tertentu yang bukan daripada AMT jika benar ada hubungan penaungan atau sebagainya? Sikap mempermain-mainkan persatuan ini tidak dapat diterima dan saya syak wasangka dengan perbuatan tidak senonoh tersebut, selagi tiada maaf, tiada penjelasan yang memuaskan hati diberi, saya tidak setuju PERUBATAN bersama PPIM.
2 comments:
apabila 'jurucakap' PERUBATAN bersuara...
kena masuk dalam web perubatan artikel ni
Post a Comment