Jelajah Jordan nampaknya dah nak tammat...
Di Irbid, menumpang mandi di sumur rumah Anhar.
* * *
Muzium Kereta Diraja
Di tengah-tengah kota Amman, bersebelahan Taman Raja Hussein, terletaknya The Royal Automobile Museum. Muzium yang mempamerkan berlambak-lambak kenderaan diraja yang kebanyakannya milik Raja Hussein. Kesemua kenderaan ini mencerminkan perjalanan sejarah negara Jordan sejak Pemberontakan Arab sehingga sekarang...
Penafian: Segala gambar dalam entri ini kelihatan kabur atas sebab larangan menggunakan flash di dalam muzium
Pesawat tentera udara Liga Arab.
Motorsikal/Basikal bermotor diraja terawal. Model Jenis F tahun 1909. Gemulah tok ayah aku pun baru lahir waktu tu. Banyak lagi motorsikal yang ada tapi semuanya terlalu 'common'.
Kenderaan diraja terawal, Cadillac Jenis 53 tahun 1916. Gemulah Mak Wa aku baru lahir tahun tu. Cantik kan? Macam setan. (Ayat Labi, pemandu Haji Bakhil) Plat kereta yang seperti bendera empayar Jepun itu ialah Royal Standard atau Bendera Diraja Jordan.
Kereta perisai yang banyak berjasa (boleh juga dibaca sebagai 'berjasa') dalam Pemberontakan Arab. Rupanya memang busuk dan nampak fragile, maklumlah teknologi Perang Dunia I. Tengoklah, tayar pun macam tayar basikal.
Motokar yang digunakan Raja Faisal I, anak Syarif Mekah yang dirajakan di Iraq (memakai igal di dalam gambar di belakang). Mungkin motokar ini juga digunakan dalam pertemuan baginda dengan Lawrence of Arabia.
Di celah-celah muzium diletakkan titih keturunan keluarga diraja Jordan daripada Bani Hashim, Rasulullah SAW dan seterusnya.
Aku pukul gambar kereta ni sebab dia 'Bond Car'. Tapi James Bond pakai model DB5, yang ini DB2 Vantage tahun 52. Aston Martin memang pengeluar kereta spot terkemuka di England. Dalam tahun 47 seorang pembina traktor bernama David Brown membeli syarikat ni dan mula membina kereta-kereta spot berkualiti yang macam dalam Top Gear tu. Sebab tu model-model dia bernama DB.
Mercedes Benz 300SL tahun 55. Kononnya Raja Hussein pakai kereta ni masuk rally panjat bukit di Eropah kemudian menang. Raja Hussein memang minat kereta.
Berlambak lagi kereta yang ada dari yang seantik klasik sampailah ke yang semoden futuristik. Ada dua biji Ferrari, Porsche. Kereta-kereta raja seperti Rolls Royce, Bentley dan Chrysler sudah tentu ada. Antara yang menarik ialah kereta amfibia yang betul-betul boleh dipandu di atas permukaan air. Ada video ditayangkan menunjukkan Raja Hussein yang tengah berkelah di pantai pandu kereta tu dari pantai masuk kedalam laut dengan selamba ketawa. Tapi tak ada siapa pun pukul gambar kereta tu...
Walaupun raja mereka banyak kereta mewah (bolehkah dibaca sebagai boros?) namun rakyat masih senang dan sayang pada raja mereka. Tak macam Imelda Marcos yang lakinya digulingkan, memiliki 508 helai gaun, 888 utas beg tangan dan 1060 pasang kasut. Raja Hussein khabarnya mesra dan berjiwa rakyat.
No comments:
Post a Comment