Sunday, May 31, 2009
Saturday, May 30, 2009
Celah ketiak van der Sar
Telah mengesan gejala bipolar dalam diri iaitu serangan idea-idea bertuhbi-tubi tapi tak tau nak pakai yang mana dulu maka aku mengutip cakap-cakap sendiri, taksub-taksub Barca, pemuja-pemuja MU dan orang-orang atas pagar yang puas kerana dendam terbalas.
Sorry, sorry Man U
Pantun versi aku untuk slogan di atas terlalu keras maka tak dicatat di sini setelah dibantah oleh Suib dan I.K. Tan walaupun masing-masing ialah peminat F1.
Park Ji-Sung menekur muka ke bumi. Syurga tak menyebelahi kami (syurga maksudnya bukan Amaterasu Omikakmi tapi Buddha Sakyamuni). Lionel Messi mengangkat muka ke langit. Syurga menyebelahi kita. Dua jari ditunjuk ke atas, satu tangan kanan satu tangan kiri (satu untuk Isa satu untuk Virgin Mary).
Siapa sangka orang yang pendek macam Messi boleh menanduk tinggi (Van der Saar tak sangka, buruk sangka). | Forca Barca. Main cantik. Menang jantan. | Waruk balik rumah terus pasang lagu Barca sambil tangan tabik mengadap jersi blaugrana.
Ronalbi menunjukkan sikap busuk. Pabila orang tak jatuhkan dia, dia nak jatuhkan orang pulak. | Tak apa, at least MU main open macam jantan. | The best team won (walaupun mungkin cakap dalam tekak saja). | Alex Ferguson membuat lawak dengan mengatakan mereka tim muda yang membariskan pemain-pemain remaja seperti Ryan Giggs, Paul Scholes dan van der Sar.
Aku akhiri dengan kenyataan dari pemuja MU paling cool, Mede Sapar:
"Bola dah tak bulat dah, sekarang ni bola dah jadi petak."

Friday, May 29, 2009
Pekan Arachova
Antara kampung tertinggi di Yunani.
Sebut namanya terasa macam tempat di Balkan ataupun Russia sebab namanya diambil dari bahasa Slav. Orang Slav berhijrah ke kawasan ni sejak kurun keenam.

Arachova terkenal dengan hasil mahsul berupa hambal permaidani dan barangan bulu. Tengok contohnya ni, tapi corak macam karpet Red Indian atau orang eskimo pula, tak pun kain Pua Kumbu Sarawak.
Orang Yunani atau Eropah seluruhnya rajin menanam bunga. Tapi kita susahlah bunga apa saja pun yang hidup. Bunga kertas. Orkid liat pula nak berbunga.
Pemandangan yang engkau orang akan lihat banyak lagi sepanjang advencer Yunani. Tangga naik turun yang sempit di celah-celah bangunan.
Kenapa batu-batu tu diserakkan atas bumbung? Takut atap gentingnya bertebaran kalau ribut? Belum masuk lagi serombong asap daripada besi hitam yang dilipat sampai nampak macam burung gagak bertenggek.
Kedai kambing (anjing?) panggang menarik pelanggan dengan menanam pokok dalam kasut. Bukan main-main, Nike dan Fila tu.
I. K. Tan kalut cari jamban kat sini...
I. K. Tan kalut cari jamban kat sini...
Anarki di Athina XVIII
Thursday, May 28, 2009
Basilika Ayasofya
Mengadap Sultan Setambul IX
Semua orang pun tahu sebelum menjadi masjid Aya Sofia ialah sebuah basilika. Semua orang pun tahu mozek-mozek kristen ditutup dengan plaster -menurut Gokhan satu contoh Islam bukan pemusnah kerana tidak mencabut mozek tapi cuma menampal. Semua orang tahu juga Attaturk yang mengorek semula mozek ini langsung menukar masjid menjadi muzium.
Tapi tahukah engkau orang, seluruh dinding dan siling basilika ini semuanya dilitupi mozek-mozek emas. Sampai kurun ke 19 baharulah dicabut mozek-mozek emas dan diganti dengan cat sahaja tapi masih mengikut corak mozek asal. Atas perintah sultan, pengubahsuaian itu dibuat lantaran kos penyelenggaraan yang tinggi kerana mozek-mozek itu sudah tidak kuat lagi, asyik tanggal kerana hujan dan salji.
Di tingkat atas yang menjadi tempat 'jemaah' wanita dan tempat maharani Byzantium sembahyang kini menjadi galeri mozek-mozek yang tinggal...
Maharaja Leo sedang menyembah sujud pada Yesus Kristus yang memegang kitab terbuka yang tertulis "Peace be with you. I am the light of the world".
Maharaja Konstantin (kanan) menyembahkan model bandar kepada Maryam sedang Maharaja Justinian menyembahkan model basilika Aya Sofia. Mozek ini asalnya diletak pada pintu masuk basilika tapi sekarang menjadi pintu keluar. Maka pihak muzium meletakkan cermin pada pintu keluar agar pelawat nampak mozek yang di belakang mereka.
Maharani Zoe menyembahkan skrol kepada Isa sedang lakinya menyembahkan seuncang wang tanda dermanya pada basilika. Menurut royat kepala mozek ini berganti-ganti mengikut pasangan terkini yang memerintah. Aksi tangan kanan Isa itu bermaksud salib, bukan saja-saja.
Sama seperti di atas tetapi kali ini Maharani Irene menyembahkan persembahan kepada Maryam sedang Isa dalam pangkuan.
Mozek paling baik dari segi seninya kerana imejnya lebih realistik. Dianggap sebagai Renaissance dalam seni Byzantium. Isa digambarkan sebagai pemerintah memberi pengadilan dengan ibunya Maria di kiri sedang Yahya atau Yuhanna di kanan.
Pintu basilika yang besi melintang pada salibnya dicabut saat menjadi masjid agar tidak nampak sebagai salib.
Ada satu fatrah sejarah Kristen yang mana lukisan dan gambar dilarang sama sekali. Maka mozek-mozek pun ditanggalkan dan mereka cuma memakai ikon salib sahaja. Selepas zaman itu berlalu, gambar dan lukisan mozek ditampal semula...
-------
Esok ialah sambutan ulang tahun ke 556 İstanbul'un fethi, jatuhnya kota Konstantin.
(Husam silap tarikh?)
Wednesday, May 27, 2009
Alah, bola kan bulat: Mede Sapar
Entri yang boleh membuatkan Waruk dan Ambe rasa awkward. Entri yang most unlikely dari aku. Betulkan kalau ada maklumat atau istilah yang tak betul. Aku baru lagi dalam hal ni.
Adapun selepas, setelah setahun lebih menjalani proses indoktrinasi, akhirnya orang Muar berjaya membasuh aku untuk menjadi seorang Gooners. Kalaulah ada tim yang aku nak kagum, maka aku akan kagum pada Barca dan Arsenal.
Aku kagum Barca pada perjuangannya. Dia orang ni kelab Catalan. Bangsa yang berbeda dari bangsa Sepanyol. Bangsa tertindas, mereka dilarang langsung memakai bahasa ibunda -bahasa Catalan yang lain terus dari bahsa Sepanyol- kecuali di dalam stadium bola sepak. Maka mereka bersatu atas bola sepak. Membangun kelab sendiri dan beramai-ramai ke stadium demi melangsungkan budaya bangsa sendiri.
Tak ada siapa yang berani menaja mereka tapi mereka mampu hidup sendiri muncul sebagai kelab terkemuka. Unicef yang ada dekat jersi pun bukan tajaan tapi dia orang yang iklankan Unicef. Maka itu, perlawanan antara Real Madrid -real maksudnya royal- dan Barcelona (yang dia orang belasah Real Madrid 6-2 baru ni) dipanggil classico kerana tim Real Madrid ialah tim tajaan kerajaan dan seolah-olahnya orang Catalan berperang dengan orang Sepanyol. Ada sentimen kebangsaan dan patriotisme di situ. Catalan. Calatan. Kelantan. Kebetulan...
Kalau tak silap, Arsenal ialah kelab yang paling dibenci abang aku. Kononnya Arsenal sombong katanya tapi aku tak nampak di mana dan tak ingat itu zaman bila. Aku kagum Arsenal kerana misi dan visi Arsene Wenger. Dia ada misi dan jalan sendiri yang boleh dianggap cubaan menyelamatkan EPL. Sebab EPL seolah-olah ditenggelami wang. Ada duit semua jalan. Tim mana kaya yang itu power (tapi Manchester City banyak habis duit pun tak power jugak). Sampai banyak tim yang berhutang tinggi contohnya MU. Belanja tahunan Arsenal pun rendah tak macam MU yang cecah seratus juta billion lebih?
Misi yang lain ialah Arsene Wenger tak beli pemain mahal tapi dia beli pemain muda yang masih murah (walaupun ramai kutuk Arsenal tim budak-budak). Dia bina pemain-pemain baru. Latih budak-budak tu dan mereka jadi terrer dalam Arsenal. Pun kadang-kadang barulah tim lain terhegeh-hegeh nak beli pemain Arsenal setelah susah-susah Wenger 'cipta' dia orang. Sama juga dengan misi Sidi Hidir, bukan bagi apa yang kita ada, tapi hasilkan ramai lagi orang yang macam kita (dengan syarat kita tu power la). Tapi kalau Arsene Wenger kena pecat camana?
Tapi masalah Arsenal ialah pada Goonersnya. Tim main busuk sikit terus belah. Sapotif la sikit. Kita tak puas hati tim kita main, kita boleh belah awal. Tapi tim kita tu, nak tak nak kena habiskan main sampai habis masa. Tak boleh lari ke mana. Tapi dah tak ada orang sapot. Kesian. Dua tiga menjak ni aku tengok prestasi memang agak turun. Tapi pada aku kalau Arsenal yang skor biasanya cantik-cantik. Ada orang kata penyokong Arsenal pentingkan main lawa berbanding kemenangan yang mereka anggap sikap yang agak busuk. Tapi orang Muar kata, apa salahnya aku sokong tim yang jauh yang aku tak payah habis duit pun semata-mata untuk permainan yang lawa. Kalau tim yang aku habiskan duit mestilah nak menang. Macam tim Wa'dul Haq contohnya.
Apa pun, marilah kita sama-sama berdoa agar MU bungkus malam ini. Kadang-kadang kebencian terhadap MU lebih tinggi daripada sokongan untuk kelab sendiri. Kadang-kadang kebencian terhadap Christiano Ronalbi lebih tinggi daripada kebencian terhadap MU. Dia pun dah nak keluar MU dah. Agaknya lepas ni orang benci Real Madrid pulak ke? Pelik, orang siqoh-siqoh ramai yang sokong MU (tapi Ust Nik Abduh sokong Liverpool). Berkat doa dia orang kot MU power. Boleh jadi, agaknya semalam Mede Sapar dah sembahyang hajat mintak MU menang...
Ramalan cuaca

Sunday, May 24, 2009
Dialog tali-temali yang dipetik
Yek
Aku : Kalu ambo belaja maing gitar guano?
Ayahanda Patih Megat: Allahumma inni a'udzubika min al-'ilmin la yanfa'.
Aku : Ambo ingak nok beli gitar lah...
Ayahanda Patih Megat: La yajuzu bai'uhu wa shara'uhu, mazhab Syafie kato.

Do

Oh, tak payah melatah apa lagi melenting.
Mana tahu, bualan ini cuma khusus untuk aku.
Friday, May 22, 2009
Thursday, May 21, 2009
Tentang orang yang terbuka fikirnya
Aku suka kata-kata ini yang aku kutip dari Reader's Digest.
“I try to keep an open mind, but not so open that my brains fall out.”
Harold T. Stone
Nah, di mana keterbukaan fikiran pabila fikiran orang yang terkatup fikirannya tidak ditimbang langsung?
Perhatikan firman Tuhan:
"And the servants of the Most Gracious are they who walk on the earth in humbleness, and when the ignorant address them, they say: Peace." (25:63)
Peace yang ada tafsiran sebagai menjawab orang yang jahil dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini, ada tafsiran sebagai mengucap selamat iaitu selamat tinggal.
Rujuk silang pula dengan sabda Nabi:
"Hikmah itu adalah barangan tercicir (dari tangan) orang mukmin. Di mana pun beliau menemuinya, maka dialah yang berhak terhadapnya."
---
Di SINI, orang Muar mula patah hatinya kerana salah faham orang pada tulisannya, mungkin?
Tuesday, May 19, 2009
Kompleks Sukan dan Rekreasi Tochal
30 Tahun Revolusi Islami VIII
Separuh pakai gambar Ayep (atau elok tak aku panggil orang Banjar, ke nak pakai nama polar bear kurus, oh kau dah pakai pun). Cayalah Yep!
Selamat datang ke Kompleks Sukan dan Rekreasi Tochal. Muhammad jadi model. Salji memang tebal waktu ni. Dua ketul pondok telefon yang hampir ditenggelami salji. Cayalah Yep! Jonub Tehran. Pandangan dari kaki bukit Tochal. Berkabut. Phuong pesan, ada bas dari pagar sampai ke stesen Telecabin. Tapi kami lagi suka jalan. Padahal tambang bas murah sampai tahap tak masuk akal kata Lonely Planet. Sebab malas nak naik bas atau malas berkomunikasi atau nak merasa meranduk salji, entahlah. Tapi taubat anda tak akan suka. Kesimpulannya, salji sama dengan hujan. Becak. Ayep kepal bola salji. Cayalah Yep! Muhammad baru lepas kena baling bola salji dengan Ayep. Cayalah Yep!
Begitulah...
Monday, May 18, 2009
Baktan Babi
“Hah! Balik tu abang Wael! Balik tu!” Nik heng bertempik pada Nik Wael. Anak-anak itu bertempiaran lari di celah-celah pohon ubi. Habis pohon-pohon ubi setela, ubi keling dan ubi badak langsung dilanggar mereka. Ibu mereka sudah tertiarap dibaham cok betul di atas batang tengkuk yang tak pasti betul mana batang tengkuknya itu. Debok! Debok! Anak yang seekor habis umurnya di tangan Nik Hassan. Dibelasah dengan belakang parang sampai senyap. Seekor lagi lolos di celah kangkangnya. Nik Hassan menyumpah panjang. “Balik ni! Balik ni! Mu kepung balik ni!” Nik Heng menurut perintah abangnya.
Anak yang masih tertinggal itu cuba melarikan diri tapi terpaksa membuat brek mengejut sampai terseret-seret langkahnya kerana Nik Heng sudah menunggu. Tahi berderai-derai. Anak itu terberak-berak ketakutan. Nik Heng mengejar anak itu yang berpatah balik tapi Nik Wael pula yang menunggu di sebelah sana. Ia membelok tapi akhirnya tumpas juga di tangan Nik Hasan yang memintas dari tepi. Debok! Debok! Nik Hassan tak berhenti memukul sedang mulut menyumpah-nyumpah lagi. “Padan-padanlah, nanti memercik darahnya susah pula,” kata Nik Wael. Ketiga-tiganya tercungap-cungap lapar udara. “Tak boleh jadi ni, kena lapor pada tok penghulu ni,” tegas Nik Heng. Abangnya yang tua cuma mengangguk,”Ialah.”
Matahari sudah mahu masuk ke kaki langit di jihat barat. Orang-orang Melayu ketika itu semua sudah masuk ke rumah. Tuan babi turun ke tanah, menghadap ke arah matahari naik dan mula melaung, “Uweeeiii! Uweeeeii! Uweeeeiii! Uweeeeiii!” Sekejap kemudian semak-samun mula bergoncang dan tidak semena-mena beberapa ekor babi muncul dari celah-celah hutan dan sesetengahnya entah dari celah mana datangnya. Ada yang besar, ada yang kecil, ada yang panjang, ada yang pendek, ada yang putih, ada yang hitam tapi yang banyaknya yang bertompok-tompok bertampung kurap. Babi kampung. Semua pun berebut-rebut tergopoh-gapah pulang mengadap tuannya langsung ke kandang. Dengan muncung masing-masing semuanya menyondol makan malam hari itu sedang tuan babi mula hairan. Ke mana pergi babi yang empat beranak itu? Sambil mengira babi-babinya untuk kepastian, dahinya berkerut.
Petang lepas asar, tok penghulu Haji Hasan, sepupunya Cikgu Umar dengan orang kanannya Raja Membunga pergi ke balik jatuh bersama-sama tiga adik-beradik itu memeriksa parit besar yang memisahkan kampung Melayu dan kampung Cina. Zaman hari itu, parit itu perlu untuk mengelak babi-babi daripada masuk ke kampung orang Melayu. Sebab babi, kalau sudah masuk ke kampung Melayu tak akan balik lagi. Dibelasah sampai mati, macam nasib empat beranak itu. Sebab babi memang suka menyondol ubi-ubi orang kampung.
Mereka berenam jalan menyusur parit sampai ke satu tempat yang ada sebatang pohon nyiur tumbang melintang parit. “Hmmm, barangkali babi tu meniti atas batang nyiur inilah,” kata Nik Wael. “Mesti sebab ribut kelmarin dulu ni,” tingkah Cikgu Umar pula. Di hujung sebelah hilir pula, tebing parit banyak yang runtuh dibawa air hujan yang lebat kelmarin dulu. Antara mereka ada yang pergi ke batang nyiur itu menggoncang-gongcangnya, naik meniti, menghenjut-henjut. Ada yang pergi ke tebing runtuh menghentak-hentakkan kaki menguji tebing mana yang masih kukuh. Kemudain masing-masing duduk mencangkung di tepi parit. Sesetengahnya muka menekur ke tanah, bercakap pasal ribut, pasal babi dan pasal ubi. Akhirnya Haji Hassan pun berkata, “Tak apalah, nanti aku panggil Mat Dakwah alihkan batang nyiur ni, lepas tu kita ajak orang kampung ramai-ramai gali balik parit belah sana tu.”
Tuan babi tak boleh duduk diam. Kehilangan babi yang empat ekor itu memang menjadi tamparan besar untuknya. Sebagaimana tekunnya orang Melayu menggembur tanah membuat batas, menyemai anak benih, sekali-sekala membaja dengan baja tahi lembu atau kambing, mencabut rumput-rumpai yang tidak mahu dan tidak perlu, setiap petang selepas asar datang menyiram dan menjaga kalau-kalau ada perosak kemudian bangga bila tanaman mereka merimbun hasil sabar dan penat lelah mereka begitulah juga rajinnya tuan babi mencari modal, membina bangsal babi, memberi makan dan minum petang dan siang, dilepaskan pagi dikurung malam, membiak baka, kalau yang luka diubatkan, kalau yang bunting dijaga, kemudian lega kalau babinya selamat menambah zuriat dan tambah bangga lagi kalau sihat walafiat pula anak-anak itu yang itu semua hasil titik peluhnya.
Semacam mana remuk hati orang-orang Melayu yang rosak ubi-ubi mereka disondol babi begitulah juga remuk hatinya yang mati babi-babinya dilanyak orang Melayu. Malah empat beranak pula. Rugi juga. Tapi zaman hari itu orang tidak ramai. Sekejap saja cerita sudah sampai ke telinga tuan babi, yang Nik Wan, Nik Hasan dan Nik Heng membawa tok penghulu menengokkan parit yang rosak. Dia pun yakin benar, pemergian empat beranak babinya itu mesti hasil kerja buat tiga beradik itu. Dia nekad, keadilan mesti ditegakkan.
Tuan babi sampai ke ketik dalam lewat petang hari Isnin. Langit sudah mula merah. Di situ ada tiga buah patung besar-besar. Ada yang berdiri, ada yang duduk bersila, ada yang baring mengiring. Tuan babi mengangkat sembah pada semuanya. Seorang tokca menyambutnya. Tokca itu membentangkan sebuah buku besar di depan mukanya. “Namanya siapa?” Tokca bertanyakan nama tuan babi. “Siapa yang nak dikenakan?” “Nik Wan, Nik Hassan dan Nik Heng”, jawab tuan babi tanpa ragu-ragu. Tokca mencatat semua maklumat itu di dalam buku lognya yang terlintang di antara mereka berdua. Akhir sekali tokca bertanya,” Apa sebab nak kenakan orang-orang ni?” Tuan babi tidak menjawab terus, teragak-agak, mencari jawapan yang sebenarnya tidaklah diambil berat oleh tokca itu pun. “Memecah-belahkan masyarakat.” Tapi itu pun dicatat juga. Tokca itu masuk ke dalam. Lama juga tuan babi menunggu barulah tokca itu keluar dengan botol kecil yang isinya dipanggil orang waktu itu debu tokca. Boleh jadi dibuat dari abu mayat orang mati berbunuh yang dijampi mantera.
Matahari baru lepas segalah. Orang-orang kampung lelaki dan perempuan sama-sama tengah rancak bekerja di padang. Rumah-rumah memang tinggal kosong. Anak-anak yang mampu sekolah ke sekolah, yang tidak mampu ikut sama orang tua mereka ke padang. Anak-anak yang tak mampu menolong pun dikendong sama. Rumah orang zaman hari itu, tambah-tambah kalau yang hidupnya sesak setakat bergantung pada ubi-ubi tanaman dan upah membanting di padang, dindingnya pun dari buluh anyaman saja. Pintu pun tak ada. Kalau ada kain guni buat pintu pun sudah kira bagus. Maka senanglah orang keluar masuk kalau ada niat jahat. Itulah juga peluang yang diguna tuan babi. Waktu orang sedang berpanas-panas di padang dia curi-curi masuk ke rumah tiga beradik itu. Ditaburnya debu tokca ke dalam periuk nasi.
Adik beradik yang tiga orang itu pula, bila balik kerja penat-penat lapar-lapar terus makan nasi tanpa bersoal jawab lagi. Selang sehari ketiga-tiganya sakit tak boleh bangun. Meracau-racau. Akhirnya sakitnya itu naik ke kepala. Langsung miring otaknya. Nik Heng yang katanya sedikit saja memakan nasi itu sempat berubat dengan Mat Husin Tok Bomoh. Baiklah dia. Nik Wael tak sempat berubat tapi tidaklah berat sangat. Dibuat pondok sebuah asing dari rumah dan dikurung di situ. Nik Hasan yang paling teruk. Boleh jadi dia yang banyak makan nasi. Nik Hasan Gila, begitulah lekat gelarnya. Orang kampung semuanya lari masuk ke rumah kalau nampak kelibatnya. Anak-anak bermain di tanah disorok, pintu jendela dikatup kejap, diam sepatah pun tak terkata. Tambah-tambah kalau dihayun-hayunkan kelewangnya. Maka begitulah, baktan babi manusia binasa.

Tammat - 18 Mei 2009, jam 3.00 petang
Ketika orang lain sibuk study
Ketika orang lain sibuk study
Sunday, May 17, 2009
Parnassus
Orang Yunani percaya Apollo bersemayam di puncak Parnassus. Mungkin sekali kerana puncaknya terlindung awan. Jadi orang-orang pun membuat andaian. Ya, mega misteri yang sentiasa menyelubungi. Tak hirau dingin atau terik mentari, petang dan siang. Kerana kami (aku dan I.K. Tan) sering membuat sangka, dewa-dewi mereka superhero komik purba semata atau mungkin orang kaya berkuasa. Kini puncaknya, memang tempat bermain orang-orang kaya. Meluncur salji. Parnassus, gunung suci selain Olympus. Parnasus, Bukit Judi bagi Yunani.
Anarki di Athina XVII
Kalau aku nak tulis pasal Hari Guru pun, biar aku ambil kata-kata Paulo Coelho

"What is a teacher? I'll tell you: it isn't someone who teaches something, but someone who inspires the student to give of her best in order to discover what she already knows."
Dari novel The Witch of Portobello
Saturday, May 16, 2009
Aku tak minat buat tajuk panjang kononnya minimalis tapi tengah cuba buat tajuk panjang yang merepek macam dalam komik Crayon Shin Chan
Takde idea kejap.
Cuma, berapa orang yang buat entri pasal Hari Guru dalam blog dia hari ini?
Seperti juga, berapa orang yang buat entri pasal Nakbah semalam?
Dan berapa orang pulak yang tulis entri pasal rusuhan kaum 13 Mei dua tiga hari lepas?
Friday, May 15, 2009
Masjid Ayasofya
Mengadap Sultan Setambul VIII
Orang Muar mendesak supaya diupah seorang pemandu agar ziarah jadi lebih bererti. Antara kami ada yang enggan atas dasar kewangan. Akhirnya aku antara yang enggan bersama yang lain mengalah. Nyata dengan bantuan pemandu lawatan menjadi cukup berbeda.
Kata pemandu yang namanya sudah lupa -kalau kau orang ingat tolong cakap- Aya Sofia menjadi lambang toleransi agama dengan nama Allah dan Muhammad terpampang sedang mozek Maryam memangku Isa tidak dipadam. Ya, ya, pluralism...
Muhammad Sang Rasul
Cakera besar bertulis nama-nama Allah, Muhammad, Abu Bakr, Umar, Uthman, Ali, Hassan dan Hussain ditambah pada kurun ke-19 di bawah kelolaan Sultan Abdulmecid bagi menambah cakera-cakera kecil yang lama di mihrab.
Untuk orang-orang Syiah...
Ruang solat sultan yang bersambung terus dengan Istana Topkapi.
Kata pemandu lagi, kata orang Aya Sofia seolah-olah ditakdirkan untuk menjadi masjid kerana altar asal untuk gereja benar-benar hampir mengadap kiblat. Kesot ke kanan sikit saja.
Ada juga kata orang, Setambul bandar suci keempat umat Islam...
Allah Kabulese

Thursday, May 14, 2009
Berita Sukan
Kita bersama Abu Bakar Atan untuk berita sukan...
Orang Muar selaku penganjur memberi ucapan penutup sedang Timbalan Presiden I menyampaikan piala kerana Presiden pergi Zaqaziq.
Tim Lanun berderai dengan tepuk-tampar dan sorak-sorai sampai gambar jadi kabur setelah diumumkan sebagai juara liga oleh orang Muar.
Aku hairan tak ada orang dari pihak pemenang yang bawa kamera melainkan aku yang kamera dah nak habis bateri dan orang Muar yang pakai kamera henset. Padahal masing-masing dah bajet menang. Aku tak tau apa yang orang Melaka tengah tunjuk.
Otai selaku kapeten mungkin, mengucup piala tanda kasih sayang.
Ini sajalah gambar paling baik dari aku mungkin. Siapa-siapa yang gambarnya ada di dalam berhak untuk menuntut gambar dari aku. Versi mentah.

Subscribe to:
Posts (Atom)