Thursday, May 28, 2009

Basilika Ayasofya

Mengadap Sultan Setambul IX

Semua orang pun tahu sebelum menjadi masjid Aya Sofia ialah sebuah basilika. Semua orang pun tahu mozek-mozek kristen ditutup dengan plaster -menurut Gokhan satu contoh Islam bukan pemusnah kerana tidak mencabut mozek tapi cuma menampal. Semua orang tahu juga Attaturk yang mengorek semula mozek ini langsung menukar masjid menjadi muzium.

Tapi tahukah engkau orang, seluruh dinding dan siling basilika ini semuanya dilitupi mozek-mozek emas. Sampai kurun ke 19 baharulah dicabut mozek-mozek emas dan diganti dengan cat sahaja tapi masih mengikut corak mozek asal. Atas perintah sultan, pengubahsuaian itu dibuat lantaran kos penyelenggaraan yang tinggi kerana mozek-mozek itu sudah tidak kuat lagi, asyik tanggal kerana hujan dan salji.

Di tingkat atas yang menjadi tempat 'jemaah' wanita dan tempat maharani Byzantium sembahyang kini menjadi galeri mozek-mozek yang tinggal...

Maharaja Leo sedang menyembah sujud pada Yesus Kristus yang memegang kitab terbuka yang tertulis "Peace be with you. I am the light of the world".

Maharaja Konstantin (kanan) menyembahkan model bandar kepada Maryam sedang Maharaja Justinian menyembahkan model basilika Aya Sofia. Mozek ini asalnya diletak pada pintu masuk basilika tapi sekarang menjadi pintu keluar. Maka pihak muzium meletakkan cermin pada pintu keluar agar pelawat nampak mozek yang di belakang mereka.

Maharani Zoe menyembahkan skrol kepada Isa sedang lakinya menyembahkan seuncang wang tanda dermanya pada basilika. Menurut royat kepala mozek ini berganti-ganti mengikut pasangan terkini yang memerintah. Aksi tangan kanan Isa itu bermaksud salib, bukan saja-saja.

Sama seperti di atas tetapi kali ini Maharani Irene menyembahkan persembahan kepada Maryam sedang Isa dalam pangkuan.

Mozek paling baik dari segi seninya kerana imejnya lebih realistik. Dianggap sebagai Renaissance dalam seni Byzantium. Isa digambarkan sebagai pemerintah memberi pengadilan dengan ibunya Maria di kiri sedang Yahya atau Yuhanna di kanan.

Pintu basilika yang besi melintang pada salibnya dicabut saat menjadi masjid agar tidak nampak sebagai salib.

Ada satu fatrah sejarah Kristen yang mana lukisan dan gambar dilarang sama sekali. Maka mozek-mozek pun ditanggalkan dan mereka cuma memakai ikon salib sahaja. Selepas zaman itu berlalu, gambar dan lukisan mozek ditampal semula...
-------

Esok ialah sambutan ulang tahun ke 556 İstanbul'un fethi, jatuhnya kota Konstantin.
(Husam silap tarikh?)

1 comment:

kakak said...

30mac adalah tarikh lahir baginda sultan muhammad al-fatih... http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-Fatih