Monday, May 11, 2009

Kutu Malam Shomal Tehran

30 Tahun Revolusi Islami VII

Malam kami merayau-rayau Tehran. Berlima kami saja tanpa panduan. Nak cari Hotel Firouzeh yang kononnya boleh ejaskan trip untuk main ski. Tanya pakcik metro, "Kei metro...?" "Yozdeh," dia jawab. Budak muda sebelah dengan muka bangga seolah dalam hati kata, "Amacam? Faham?" Oh, metro habis pukul sebelas rupanya. Dah sunyi, satu dua kedai buka lagi. Kedai-kedai pasang bendera sambut revolusi.

Musavi Agha, tauke hotel tanya, "Don't you know me?" Kami geleng. Dia pun penuh bangga ambil buku Lonely Planet Iran dan tunjuk nama dia dekat bahagian Hotel Firouzeh. Kami kononnya nak ke Shemshak atau Dizin yang letaknya dua jam dari Tehran. Musavi Agha boleh tolong ejaskan transport. Kemudian ada beberapa mat dan minah saleh muncul seekor-seekor besar-besar dan nampak pro. Musavi Agha kata dia orang ni baru balik Dizin, tanyalah. Setelah bersembang-sembang, mat saleh tu tengok kami atas bawah bukan hina tapi kesian, dia pun anjurkan kalau kami baru kali pertama pergi Tochal pun dah cukup. Kalau Tochal boleh pergi sendiri. Dekat. Akhirnya kami kacau tidur Shaho sebab konon nak keluar setengah jam saja.

Tehran terbahagi dua. Janub dan Shomal. Utara dan Selatan. Kami tinggal di selatan, kawasan kelas menengah yang lebih padat, sibuk, sesak. Utara kawasan elit. Bukan itu saja beza Tehran utara dan selatan. Di selatan kering-kontang macam tak ada apa-apa berlaku. Langkah saja ke utara, nah...

Macam dah jadi tempat lain. Putih merata. Shaho yang call teksi ni. Teksi bermeter dan tidak scam malah tambang rendah sikit dari bajet. Dua kali saja pada aku memori tak bagus dengan teksi di Iran. Sekali masa nak cari stesen metro Mirdamad sebab salah faham dan prebet sapu dan sekali di Esfahan. Lain cerita. Walaupun masa baru sampai entah siapa pesan jangan ambi teksi, kalau tak Phuong, pilot Kambiz tu. Masa nak ke stesen bas ke Esfahan lagi best. Pakcik teksi tu dengar lagu Arab, Nancy Agram ke Shereen entah. Galak/gila pakcik tu, ikut nyanyi joget-joget sambil drive, "Ah! Ah! Ah!" Pastu bawak teksi macam orang Mesir berarak pengantin. Kiri kanan kiri kanan laju-laju. Nasib jalan kosong.

Begitulah...

2 comments:

boseiyong said...

Scenary salji secara tibe2 satu kejutan yg menyenangkan...

Amermeftah said...

Hahah, first time pakai akaun sendiri, ada harapan terus menulis ke?