Wednesday, May 27, 2009

Alah, bola kan bulat: Mede Sapar

Entri yang boleh membuatkan Waruk dan Ambe rasa awkward. Entri yang most unlikely dari aku. Betulkan kalau ada maklumat atau istilah yang tak betul. Aku baru lagi dalam hal ni.

Adapun selepas, setelah setahun lebih menjalani proses indoktrinasi, akhirnya orang Muar berjaya membasuh aku untuk menjadi seorang Gooners. Kalaulah ada tim yang aku nak kagum, maka aku akan kagum pada Barca dan Arsenal.

Aku kagum Barca pada perjuangannya. Dia orang ni kelab Catalan. Bangsa yang berbeda dari bangsa Sepanyol. Bangsa tertindas, mereka dilarang langsung memakai bahasa ibunda -bahasa Catalan yang lain terus dari bahsa Sepanyol- kecuali di dalam stadium bola sepak. Maka mereka bersatu atas bola sepak. Membangun kelab sendiri dan beramai-ramai ke stadium demi melangsungkan budaya bangsa sendiri.

Tak ada siapa yang berani menaja mereka tapi mereka mampu hidup sendiri muncul sebagai kelab terkemuka. Unicef yang ada dekat jersi pun bukan tajaan tapi dia orang yang iklankan Unicef. Maka itu, perlawanan antara Real Madrid -real maksudnya royal- dan Barcelona (yang dia orang belasah Real Madrid 6-2 baru ni) dipanggil classico kerana tim Real Madrid ialah tim tajaan kerajaan dan seolah-olahnya orang Catalan berperang dengan orang Sepanyol. Ada sentimen kebangsaan dan patriotisme di situ. Catalan. Calatan. Kelantan. Kebetulan...

Kalau tak silap, Arsenal ialah kelab yang paling dibenci abang aku. Kononnya Arsenal sombong katanya tapi aku tak nampak di mana dan tak ingat itu zaman bila. Aku kagum Arsenal kerana misi dan visi Arsene Wenger. Dia ada misi dan jalan sendiri yang boleh dianggap cubaan menyelamatkan EPL. Sebab EPL seolah-olah ditenggelami wang. Ada duit semua jalan. Tim mana kaya yang itu power (tapi Manchester City banyak habis duit pun tak power jugak). Sampai banyak tim yang berhutang tinggi contohnya MU. Belanja tahunan Arsenal pun rendah tak macam MU yang cecah seratus juta billion lebih?

Misi yang lain ialah Arsene Wenger tak beli pemain mahal tapi dia beli pemain muda yang masih murah (walaupun ramai kutuk Arsenal tim budak-budak). Dia bina pemain-pemain baru. Latih budak-budak tu dan mereka jadi terrer dalam Arsenal. Pun kadang-kadang barulah tim lain terhegeh-hegeh nak beli pemain Arsenal setelah susah-susah Wenger 'cipta' dia orang. Sama juga dengan misi Sidi Hidir, bukan bagi apa yang kita ada, tapi hasilkan ramai lagi orang yang macam kita (dengan syarat kita tu power la). Tapi kalau Arsene Wenger kena pecat camana?

Tapi masalah Arsenal ialah pada Goonersnya. Tim main busuk sikit terus belah. Sapotif la sikit. Kita tak puas hati tim kita main, kita boleh belah awal. Tapi tim kita tu, nak tak nak kena habiskan main sampai habis masa. Tak boleh lari ke mana. Tapi dah tak ada orang sapot. Kesian. Dua tiga menjak ni aku tengok prestasi memang agak turun. Tapi pada aku kalau Arsenal yang skor biasanya cantik-cantik. Ada orang kata penyokong Arsenal pentingkan main lawa berbanding kemenangan yang mereka anggap sikap yang agak busuk. Tapi orang Muar kata, apa salahnya aku sokong tim yang jauh yang aku tak payah habis duit pun semata-mata untuk permainan yang lawa. Kalau tim yang aku habiskan duit mestilah nak menang. Macam tim Wa'dul Haq contohnya.

Apa pun, marilah kita sama-sama berdoa agar MU bungkus malam ini. Kadang-kadang kebencian terhadap MU lebih tinggi daripada sokongan untuk kelab sendiri. Kadang-kadang kebencian terhadap Christiano Ronalbi lebih tinggi daripada kebencian terhadap MU. Dia pun dah nak keluar MU dah. Agaknya lepas ni orang benci Real Madrid pulak ke? Pelik, orang siqoh-siqoh ramai yang sokong MU (tapi Ust Nik Abduh sokong Liverpool). Berkat doa dia orang kot MU power. Boleh jadi, agaknya semalam Mede Sapar dah sembahyang hajat mintak MU menang...

Ramalan cuaca

6 comments:

bujang sudin said...

Eh enta dah jadi freak bola macam ana lah,
kih kih kih

Anonymous said...

hahha..nice2..kdg2 usha bola bkn nk tgk mnang pn, tp nk tgk cantik ke x tu..baru nmpk enjoy..yela, bkn kite dpt duit pn kalau mnang tu...~(mlainkan g betting)..dulu ana x tgk bola sgt..haha..(ana)..tp ble usha2, ana mmg ske team yg main cntik..~MU pn main cntik..tp barca n arsenal lg cntik rasenye..

wah, ade org solat2 hajat lg tu..tetap mnykong barca wlupun MU mnang..hee...

-paansalleh

Amermeftah said...

eh eh entum berdua ni, siqoh pulak dgn ana, jgn sokong MU mlm ni sudah la

Muhammad Warouq bin Qamar said...

saye yg tak penah tgk bola sejak skola menengah 2000 sampai tahun 2009 ni bola start balek tgk bola oleh sebab tertengok barca main. jatuh cinta dgn cara barca players move the ball around the pitch. mcm tipu je. tp btol2.. haha..dh la players barca sume pendek2 n ade ramai yg lagi pendek dari org asia. kagum gle tgk derang staykan bola atas tanah n akan halang team lawan naikkan bola keudara. sbb takleh nak tanduk. pendek sgt. haha..

iniesta,xavi,messi,marquez,henry,
eto'o,dani alves,puyol,yaya toure,..perh~

barca the best. milan comes 2nd. arsenal saye still sokong [penah jd penyokong arsenal lama gak dlu]



maaf la~ana tak gune 'ana'..hiegque2..

Anonymous said...

n tonite result is great for football community. Tonite, its not just Barca that win, its the football itself.

Amermeftah said...

Wawah, kata-kata sapa yang ente amik ni? Ke sendiri punya?

But, true my good friend, very true indeed