Ayep kata better strike the iron while it's still hot sebab kalau dah sejuk nanti susah nak bentuk kuat mana pun ketuk. Macam orang Melayu kata kalau nak lentur buluh biar dari rebungnya sebab kalau dah tua nak lentur nanti bukan setakat payah atau tangan kita yang miang, buluh pun patah. Atas sebab aku seorang yang konon perfectionist dan ada sikit OC maka aku tangguhkan dulu entri ni sampai sekarang.
Mukadimah aku ini lebih penting dari isi. Ia apply untuk semua hukum-hakam atau orang muda sekarang suka guna kalimah fatwa-fitwi. Bila ada perintah Tuhan, yang terbaiknya kita tak bertanya kenapa tapi patutnya kata kami dengar dan kami patuh. Tapi oleh sebab level akal dan iman orang sekarang (akal tinggi tapi iman rendah?) maka pada aku bolehlah dicari sebabnya atau kata lain yang lebih molek, hikmahnya. Macam yang aku komen pada blog seseorang, kadang kita kena buat dulu perintah itu baru kita dapat hikmahnya.
Adapun selepas, air bau atau air wangi pada sebutan orang timur ialah hanyasanya minyak wangi. Berwangi-wangian menjadi galakan dalam igama. Nabi kita sendiri seorang yang sangat wangi. Sampai ada riwayat membarikan orang boleh tahu jalan mana yang Nabi baharu saja lalu kerana lekat harumnya pada jalan itu. Macam Mede Sapar jugalah...
Air bau juga antara tiga benda yang tak patut ditolak kalau disemawa selain bantal duduk dan lupa apa satu lagi, kalau tak salah menurut mafhum hadith Nabi yang tak mampu aku nak bawa matan apa lagi sanadnya.
Mafhum kata Sayyidina Umar, dalam banyak-banyak benda, kalau mau bermewah-mewah, bermewah-mewah dalam membeli dan memakai minyak wangi paling tak apa.
Ulama silam pula -kalau tak silap Imam Syafie- mengatakan antara perkara yang menguatkan badan ialah memakai wangi-wangian.
Air bau yang terbaik pada zaman hari itu ialah Misk, Oud dan Ambar. Misk atau Kasturi datang dari ketuat kijang, Oud datang dari kayu gaharu dan Ambar datang dari hempedu ikan paus. Dalam alam Melayu air bau yang terbaik ialah Narwastu yang datang dari serai wangi.
Adapun air bau yang baik untuk lelaki ialah yang kuat baunya tetapi cair warnanya. Manakala air bau yang baik untuk wanita pula ialah yang tidak kuat baunya tetapi pekat warnanya.
Maka timbul persoalan kenapa anak-anak gadis dilarang memakai bauan sampai langsung digelar budak busuk. Adapun tujuan sekolah ialah mendidik lamun boleh jadi tak kena caranya.
Memakai wangian yang keterlaluan bagi perempuan adalah hal yang serius sampai satu kali Nabi menyuruh seorang wanita yang kuat bau air wanginya pulang ke rumah dan mandi. Sekali lagi aku tak mampu bawa matan atau sanad tapi boleh cek kalau tak silap dalam Tafsir Ibnu Kathir pada Surah An-Nur dalam bahagian Hadith Al-Ifk.
Adapun orang perempuan boleh bukan tak boleh pakai wangian tapi biar kena tempatnya. Satu untuk suami sendiri atau di kalangan mahramnya, dua sekadar menutup bau busuk badan sendiri. Maka itu dinyatakan tadi air bau yang baik untuk perempuan itu macam yang disebut di atas tadi. Untuk ketiga dan keempat tanya ulama dan ustaz ustazah sendiri.
Arkian, apakah gerangannya laki-laki itu lebih boleh ia memakai wangian dan kuat pula baunya. Ok, sebab itu aku tulis dalam blog dan bukan buat buku sebab ini cuma pendapat aku. Kalau memang ada kajian bolehlah depankan supaya kita sama-sama boleh tengok.
Kalakian, orang lelaki itu kalau tercium bau wangi wanita maka akan terangsanglah ia atau kata orang timur, naik ra (boleh jadi berasal dari 'rawr'). Kalau tidak pun, perempuan yang memakai air bau yang kuat-kuat seolah-olah memakai gelang loceng di kaki yang menarik perhatian lelaki dan menunjukkan pula murahnya harga mereka yang patutnya tinggi.
Orang perempuan pula kononnya akan lebih tertarik dengan bau asli badan lelaki atau dalam bahasa sainsnya pheromone. Maka baiklah orang-orang lelaki menutup langsung bau asli pheromone mereka agar orang perempuan pula tidak naik ra.
Maka begitulah...
Air bau Bujang Sudin. Aku minyak atar pun dah lama tak pakai.
4 comments:
aku terasa lah bila kau snipe orang yang tulis buku banyak cerita pendapat penulis dalam entri ini. walaupun bukan aku, tapi kan cubit paha kiri paha kanan akan terasa jugak. kahkahkah
org perempuan tak buleh ada bau yang tertinggal sebab deria manusia yang paling spesifik ialah deria bau.
maknanya laki2 kalau terbau sekali sampai bila-bila akan ingat bau perempuan itu macam mana. padahal bau minyak wangi saja pon.
baguslah kalau busuk supaya lelaki itu teringat bila-bila maka tidak akan jadi zina bau pula.
kau tahu bahagian manusia yang buleh retain bau perfume paling lama apa dia? rambut. dan aku selalu buat itu. woho
adui, aku tak snipe pon, cuma nak kasi penafian awal-awal, tak sangka pulak ukhuwwah dan kesatuan batch kau tertaut begitu sekali, hew hew hew
itu yang pelik sikit, padahal minyak wangi saja dan kalau minyak wangi popular ramai orang pakai nanti, tak fonkius ke? zina hidung, menarik
oh, rambut eh? nanti aku try, selama ni aku sembur dekat kawasan nadi (carotid dan radial) saja macam yang dalam majalah-majalah cakap tu
pendapat ko pasal perempuan lebih suka bau 'asli' lelaki tu betul ke?
ada satu yang aku fonkius ( tiru perkataan ko jap..)
knape perfume perempuan kena pekat warnanye.Nak buat apa?
pasal bau asli tu, masih dalam kajian, belum muktamad, sebab tu aku ckp cuma pendapat aku saja
pasal fonkius, tu bukan perkataan aku, tu perkataan Amy Search
pasal warna pekat tu, Allahua3lam, tapi apa yang penting ialah bau yang tidak kuat tu
Post a Comment