Wednesday, July 08, 2009

Alah membeli menang memakai

"Puan, alah membeli menang memakai," kata iklan dalam tv.

"Mak, Puan Alah tu siapa?" Tanya Wamap pada maknya.

Sampai besar, baharulah Wamap tau alah membeli menang memakai tu peribahasa cuma masih keliru termasuk dalam simpulan bahasa, bidalan, pepatah atau perumpamaan.

Tapi ni iklan sabun basuh Ekonomi Handalan bukan sabun basuh pinggan. Melainkan orang kampung, yang suka basuh pinggan pakai sabun basuh baju atau sabun buku manakala nenek aku tak pakai Axion sebab takut mabuk.

Adapun selepas, awal lagi aku nak buat penafian (disclaimer). Aku memang seorang paling malas dalam ini rumah. Kalau orang lain sibuk mengemas aku boleh sibuk buat tak tau. Tolong tengok pun tidak.

Arkian, aku perasan ada orang tulis 'Kerana sebiji pinggan' dan sebelum itu dia tulis yang matannya kurang lebih begini 'Some people think they are better when they wash some plate/dishes' au kama qal.

Aku bukan nak masuk campur tangan dalam hal rumahtangga orang lain. Jadi jom kita tengok benda ni secara umum saja.

Aku tak nak setuju dengan ayat tu. Memang lumrah orang yang kena marah dia akan rasa orang yang marah macam ada perasaan high and all mighty atau holier than thou. Memang bunyi orang yang marah macam berkira gila. Tapi cuba tengok dari sisi lain.

Aku lebih nampak, orang yang tak/malas cuci pingganlah yang rasa dia orang ni better. Mulia dan tak layak buat kerja kotor dan hina macam cuci pinggan. Orang yang cuci pingganlah yang jadi kuli basuh sisa-sisa orang lain. Orang Melaka cukup setuju dengan aku. Macam yang dia selalu kata: Makan sama-sama tapi basuh pinggan sorang-sorang.

Maka aku, yang tangan selalu kosong, senang-lenang sambil kaki goyang, malas mengaji serta tak ambil cakna kebajikan orang akan selalu disuruh orang Melaka buat kerja ni. Sebab kasihkan orang Melaka aku buat jugak walau dalam hati ada sikit geram sebab aku bukan salim sangat pun.

Cuma yang bermain dalam fikiran aku ialah kalau kau orang basuh pinggan mangkuk masing-masing tidakkah kau orang akan menjadi pelajar yang cemerlang, orang persatuan yang mantap dan suami yang unggul?

Pesan akhir dari Sidi Hidir (dengan izin), jangan kahwin dengan perempuan alim fekeh Syafi'e.

Ya. Mukadimah aku konon macam Saifulislam.com

Membiarkan pinggan mangkuk bertimbun tak berbasuh mewarisi kepapaan. Aku pandai cakap saja.

14 comments:

'Aqilah Suhaimi said...

Lelaki dn perempuan..dua2 pn ada masalah mcm ni..
tk prihatin kot..

Amermeftah said...

oh! ada poin kat ujung baru updet, baca balik baca balik

syafiqa salim said...

orang melaka itu siapa?

makan sama-sama, apa salahnya basuh pinggan pun sama-sama??

buatlah turn cuci pinggan tiap tiap hari..( eh, bole apply ke dengan situation kamu di atas?? )

Amermeftah said...

orang melaka itu anak yg soleh, sejuk perut ibunya mengandung, untung kalau dibuat suami

memang tak salah, tapi yang jadi masalah, malaslah

tempat lain ada buat turn cuci pinggan, tempat aku tak buat, sebab harapnya semua matang dan paham-paham sendiri

syafiqa salim said...

nak harap mereka paham-paham sendiri.. haha bole ke??

p/s: kalau begitu, ko kem salam la kat org melaka.haha..xdela, gurau je

PINATBATE said...

pakai pinggan kertas jerlah..tak payah basuh..

bujang sudin said...

pelik la diorang ni kalau tak nak basuh pinggan.

aku teringat zaman BTN dlu tiba-tiba bila commander kem nampak budak-budak malas basuh pinggan dia cakap camni. "apa ni malas basuh pinggan sendiri, kamu tahu Paklah kalau pegi kem BTN pon stiap kali makan akan basuh pinggan sendiri"

nak katanya zaman tu Paklah walaupun pangkat paling tinggi lah dalam negara pon(PM) tapi boleh buat kerja yg konon2ya hina bagi sesetengah orang ni sebab dia sedar itu memang sisa-sisa dia

tapi skarang tak tau lah mungkin dia bertukar2 basuh pinggan dengan Jeanne pula kan. makan sama-sama, basuh sama-sama. hahaha

Oh paklah digambarkan sbagai PM yang sangat mantap di dalam komen aku ini.haha!

'Aqilah Suhaimi said...

ko quote kata2 sidi hidir?
itu tmbhnnya erk?
ak tk phm ekceli relation antara pinggan tk basuh dgn perempuan alim2..

bgi ak,kalo perempuan alim,mstilah lebih patuh dan taat

sami'na wa ata'na..

tk bkira kot bab2 nk basuh pinggan..tk sakit hati suami cmpak stokin bau tengik gile atas katil lepas balik kerja..

mmg la adat manusia..tak bkira itu kira baik..
tp,bgi ak sndiri la..
ak tk kesah sgt nk basuh pinggan satu dua org lepas mkn..
ini,bila lepas makan ramai2..mcm 20 org..sume tk basuh pinggan..cmpur periuk..

pastu cm sume tdo dan buat2 cm eh,ak tk tau pn ada bnda nk buat lepas makan..
mcm tk patut kot..
kwn2 ak tkde yg mcm ni..(eceh,ak promote ni..haha)

p/s:hamik ko..ak dh membebel kt sini..haha

bujang sudin said...

ape hal pulak campak stokin kat atas katil??

bawah katil dah la

Amermeftah said...

kalo org laki tertanya-tanya pasal pesan sidi hidir (dgn izin) tu, kita sembang lain hari ek

kalo org pompuan tertanya-tanya pasal pesan sidi hidir (dgn izin) tu, mengajilah fekeh syafi'e sampai alim

hehehe

aku tak alim pon

Anonymous said...

Kerja basuh pinggan bukan kerja org p'puan atau istri saja. Semua org patut sekurang2nya basuh pinggan sndiri. Org lelaki kalau jadi suami yg ringan tulang istri lebih sayang, tambah2 kerja basuh pinggan bukan kerja asasi seorg istri. Rasanya org tua2 kalau nampak anak bujang cuci pinggan amat berkenan utk buat menantu..

Amermeftah said...

ah! kenapa hal laki dan pompuan basuh pinggan yg ditimbulkan? pesan sidi hidir (dgn izin) tu lawak saja (kalau paham), yg penting basuh pinggan tu sendiri~

p/s: amboi kilah, sami'na wa ata'na ... untung kalau dibuat istri, kui kui kui

Anti Agni said...

Salam,

Kami merupakan pekerja2 dari sebuah kilang di Shah Alam, Agni Energie Sdn Bhd yang diberhentikan secara besar-besaran tanpa pampasan dan gaji.

Majikan kami merupakan sebuah syarikat multinasional yang sedang cuba melarikan diri ke luar negara.

Bantulah kami untuk mendptkan hak kami.

Kami perlukan trafik dan follower untuk BLOG kami. (kami dah jd follower blog anda juga)

Bantuan anda amat2... tersangat2 diperlukan.

http://agni-inc.blogspot.com

Amermeftah said...

Ayep, yang basuh pinggan tu Pak Lah tak kaji dulu pulak noh