Monday, July 06, 2009

Mikail Yousef

Ramainya orang buat tribute utk MJ. Masa orang dah mati barulah nak diingati. Masa hidup kutuk-kutuk. Tak kurang masa dah mati pun kutuk ada jugak. Tapi lagi bagus dari mati tapi dilupai.

Aku bukan nak tribute untuk MJ pun. Yang aku cakap pasal MJ pun sebagai mukadimah yang panjang dan isi, kesimpulan serta punchline berada di hujung-hujung bawah.

Aku kenal MJ sejak tahun 80an. Sebelum kulit dia kena sakit balar lagi. Aku cukup takut nak tengok klip video dia, Thriller atau ada satu lagi yang hantu-hantu jugak. Aku lupa tapi aku ingat ada line who's there? Ke lagu orang lain?

Tiba-tiba kononnya dia masuk Islam. Tapi I.K. Tan masih skeptikal. Masa dia kat Bahrain orang nampak dia pakai abaya. Aku tahulah dia pakai abaya sebab kulit dia sensitif cahaya sebab balar dia tu. Tapi aku tak faham kenapa dia pilih abaya. Kenapa tak pakai galabeya saja?

Tahukah kau orang, macamana abang dia Jermaine jadi muslim. Kononnya masa dia pergi buat show di salah satu negara timur tengah atau afrika utara, kalau tak bahrain pun maghribi.

Ada sesi bersama kanak-kanak, ramai budak tanya apa igama dia, dia jawab Kristen. Bila dia tanya budak-budak tu kau orang igama apa, budak-budak tu jawab dengan penuh bangga, "Ana muslim!" Dia pun terkejut sebab masa dia budak-budak tak adanya dia nak fikir pasal igama.

Tu bahagian abang dia.

Tiba-tiba MJ mati. Tiba-tiba ada pulak yang persoal keikhlasan dia sebab konon dia muslim sebab banyak berhutang dengan raja Bahrain. Adui, hati manusia tak dapat diselam. Siapa kita nak tau ikhlas tak ikhlas orang. Memang ada benda-benda yang ada tanda contohnya macam munafik tapi ikhlas ni Tuhan punya.

Kemudian ada pulak orang cerdik pandai (cerdik memandai?) menulis, menuduh orang Islam yang ramai bangga dengan Islamnya MJ dan kononnya Lady Diana juga, kononnya boleh mengangkat imej Islam dan kata kalau orang Afrika kebulur yang masuk Islam tak dinilai ummat.

Adui, kalau MJ masuk Islam itu untuk dia sendiri. Dia selamat, alhamdulillah. Mungkin ada segolongan muslim yang kata macam tu. Sebab tu golongan cerdik memandai tu tulis macam tu. Tapi aku tanya dua tiga orang yang kepala otak Islamis. Ayahanda Patih Megat kata naikkan imej tu sikit-sikit saja. Orang Muar pulak kata tak ada kaitan langsung.

Kalau pun MJ masuk islam tu sesuatu yang muslamism atau biarlah imej dia busuk pun sekurang-kurangnya mungkin ada yang ikut langkah dia atau terfikir apa-apa.

Aku nak ambil kata-kata Sayyidina Umar (sori Mat pinjam isi): Kita adalah kaum yang dimuliakan oleh Allah dengan Islam, maka apabila kita mencari kemulian yang lain daripada Islam, nescaya kita akan dihinakan oleh Allah.

Nah, yang muliakan kita bukan MJ atau Diana, bukan ahli muzik atau bangsawan. Tapi Islam yang muliakan kita dan bukan kita yang muliakan Islam.

Maka itu, macam mana nak muliakan diri dengan Islam? Pergilah mengadap ulama tadah kitab. Faham Islam melalui ulama bukan melalui Hishamuddin Rais atau Raja Petra atau Malaysia Today atau Malaysian Insider.



5 comments:

bebaskann said...

aii kutuk diri sendiri~

Amermeftah said...

?

nj said...

salam...
apa-apa pun semoga yang baik belaka untuk semua umat Islam....

neo said...

About to write about the issue.

Nanti2 la..kau dah kupas lak sikit.

SYAFIQASALIM said...

MJ masuk Islam pun boleh dipertikaikan. Apa-apa saja orang sekarang..

Oh,Betul ke Diana masuk Islam. Bukan dulu pengebumian dia kat church ke? (ni kalo x silap la..mcm penah tengok dalam tv s'pore)