Tuesday, July 21, 2009

Kisah Horror Untuk Kanak-Kanak

Dulu-dulu, sepupu kami yang besar akan cerita kisah ni untuk kami yang kecik-kecik dengan harapan kami semua duduk diam-diam tak kacau orang tua.
-------

Satu pagi macam biasa, bapak gondang (sejenis siput sungai) pergi mengail. Sebelum turun bapak gondang pesan pada mak gondang, jangan lupa hantar bekal makan tengah hari nanti.

Dekat tengah hari, mak gondang pun masak nasi. Mak gondang minta tolong udang hantarkan nasi pada bapak gondang. Udang pun pikul nasi panas-panas atas belakang.

Sampai tengah jalan, udang pun mati kena masak, sebab nasi atas belakang panas sangat. Badannya jadi merah melengkung. Bila udang tak balik-balik, mak gondang pun masak nasik sekali lagi.

Mak gondang mintak tolong etok (sejenis kerang sungai). Etok pun pikul nasi panas-panas atas belakang. Sampai tengah jalan, sebab nasi panas sangat, etok pun mati sebab masak. Badannya terbukak.

Bila etok tak balik-balik, mak gondang pun masak nasi sekali lagi. Kali ni dia sendiri hantar. Dia pikul nasi panas-panas atas belakang.

Sampai tengah jalan, mak gondang pun mati kena masak sebab nasi panas sangat. Di tepi sungai, bapak gondang tengah tunggu-tunggu bekal nasi tengah hari yang tak sampai-sampai. Akhirnya bapak gondang pun mati sebab terlalu lapar. 
-------

Budak-budak memang ralit dengar cerita walaupun tak masuk akal dan tak ada moral.

Yang pasti sungai ni tak ada etok. Udang belum tentu, kalau gondang pun mungkin spesis lain.

6 comments:

bujang sudin said...

Ayuh kita pengaruh budak-budak yang ralit mendengar cerita itu suarakan komen-komen 'conformist'.

macam 'Uiyoooooooooo', atau 'ha a lah' sebab tu la udang bongkok, kerang suka terbukak-bukak bila masak. elok sangatlah untuk budak-budak yang sukakan mitos yang catchy

tapi yang espionage dan mahu fikir setiap perkara ada discrepancy tiba-tiba akan bertanya. sebenarnya siput tu mati macam mana?

takkanlah sebab lapar lagipun sudden death gila

Amermeftah said...

Sebenarnya aku lupa, ada lagi pembantu-pembantu mak gondang selian udang dan etok yang terdiri dari semua hidupan sungai sebab kisah ni memang banyak kematian berulang dengan causes yang sama

kau asyik cakap pasal espionage ni, ada isu?

maskedfacies said...

udang galah patah pinggang.

aku pernah pergi masuk pertandingan bercerita peringkat negeri dgn cerita tu.

tp kalah. haha

Anonymous said...

siannye mak gondang dan spesies laen..
maknenye ni first time mak gondang masak lunch untuk suami or first time pak gondang pergi mengail?..

pB said...

SALAM


seronok dengar cerita begini sekali sekala

syafiqa salim said...

cerita ko tak ada happy ending ke.
Takkan semua nak mati?

mak bapak gondang mati, kasihan anak-anak gondang. HAHA