Muhammad ialah antara nama yang paling common di dunia. Kalau di Tanah Hitam nan Tua ini, kalau anda berdiri di khalayak nan ramai, kalau anda jerit "Ya Muhammad!" Mahunya dua atau tiga atau sepuluh orang berpaling.
Maka bagi membedakan antara Muhammad gelaran (kunniah atau laqab) kadang-kadang dipakai. Di Tanah Melayu nan Beruntung, gelar-gelar pun dipakai. Antara contoh yang aku boleh bawa dari kampung di Kedah atau di pejabat abah di Penang ialah
Id Konyang - kawan baik abah yang akan mengajuk cakap orang Negeri Sembilan "Konyang" lepas makan kenduri. Pak Mat Gunting - kerana kerjanya sebagai tukang gunting. Pak Mael Mata Cemeh - kerana cacat sebelah matanya.
Ucop Berus - kerana rambutnya pendek macam berus sabut. Usop Cengkoi - kerana tangannya sedikit cacat. Kak Ba' - kerana mukanya lebar. Tok Su Gon - kerana rumahnya terletak di atas gon (tanah yang meninggi).
Awang Cat Hijau - yang bahasa Inggerisnya tunggang-langgang tapi suka mencuba cakap Inggeris. Mat Jepun - bapa penakan aku yang lahir di zaman Jepun.
Man Bai - kawan seopis abah yang jambangnya macam benggali. Man Cak Celak - kawan seopis abah yang pernah pakai baju warna macam burung Cak Celak? Pak Hashim Janggut - bapa penakan uncle Man Cak Celak, bilal Masjid Jamek Sungai Nibong.
Adapun di Kelantan, mereka lebih gemar memakai sistem surname selain ada juga memberi gelar. Kadang-kadang macam sistem barat yang mana perempuan akan memakai surname lelaki setelah bernikah.
Contoh di barat, kalau Clark Kent menikahi Lois Lane, Lois Lane akan menjadi Lois Kent. Contoh di Kelantan, kalau Rahim menikahi Esah maka kalau orang mahu kenal akan bertanya, "Esah mana? Esah Rahim?"
Apa yang unik ialah, sebaliknya boleh berlaku. Contohnya kalau mahu mengecam Rahim yang mana, bolehlah bertanya begini, "Rahim mana? Rahim Esah?" Antara contoh orang-orang di keliling aku ialah
Limah Daud - sudah gemulah, bidan dan tukang urut terkemuka. Daud Limah - suaminya yang membawanya ke tempat-tempat orang panggil mengurut. Minah Mamat - tok peraih di Pasar Besar Siti Khadijah. Mamat Minah - suaminya, bilal di balaisah Pak Heng, mereka berdua boleh dilihat berbasikal berdua penuh romantik ke surau.
Che Jah Had - juga tok peraih di Pasar Besar. Mael Chu Yah - penternak lembu. Nik Mah Ku Semail - jiran Mek Esah Rahim.

6 comments:
Betul tu...mak Pak Man nama Mek, ayah Pak Man nama Awang Ahmad, maka jadinya Mek Awang Ahmad.
eh banyak gila nama panggilan? gila ah kau kaji satu2 kena panggil mcm tu sebab apa
banyak nya gelaran kawan2 ayah kau.
kadang-kadang bila dah selalu guna nama samaran, konfirm nanti terlupa nama sebenar pakcik2 tu..
kau pn ada nama samaran ke? HAHA
Pak Man:
Tapi mak saya tak lekat pulak. Agaknya sebab bapak saya orang luar. Jadi lekat nama tok ayah saya lagi.
Ayep:
Hohoho, dah aku tanya dia orang kasitau ah.
Pika:
Bukan soal lupa, kadang tak tau pon. Malangnya/Untungnya aku tadak nama samaran lasung yang orang kasi atau orang pakai.
adeh maa...sakit perut tahan gelak ni...guane ayahanda dan bonda bleh glamer sampai masuk blog ni..ingat anak dia jah glamer masuk tv...ok ma..kreatif2..
ape kaitan che da nge blog nih? ja...royat sket.saspen2
Post a Comment