Aku mulakan dengan kata-kata nan mulia, "Great minds think alike."
Sebagai hamba rakyat marhaen yang biasa, pangkal nama aku tak memegang sebarang gelaran warisan Che baik Nik baik Wan baik Tuan baik Megat baik Meor baik Daeng baik Raden baik apatah lagi Tengku atau Raja.
Menurut buku 'Kelantan Sosio dan Budaya' yang Dr. Nik Safiah Karim salah seorang penyumbangnya -sekali lagi aku merujuk buku ini- antara gelaran Nik, Che dan Wan, kedudukan yang paling tinggi ialah Nik diikuti Wan dan Che.
Maka barangsiapa yang pangkal namanya ada memegang gelar, janganlah segan-silu untuk mewariskan pada anak-anak kelak sekalipun pasangan anda tidak setuju. Kerana ini warisan bangsa dan keluarga serta tidaklah menyimpang dari igama. Sekadar nama.
Adapun selepas, keturunan bergelar Wan itu agak luas kedapatan di utara semenanjung dari timur sampai ke barat. Biarpun berlambak di Kelantan dan Terengganu ada banyak juga di Kedah dan segelintir di seluruh semenanjung nan beruntung.
Manakala di Jerman dan Belanda kedapatan nama keluarga seperti Von dan Van. Von di Jerman ialah gelaran bangsawan manakala Van di Belanda ialah nama keluarga yang biasa tetapi ada hubung kait rapat dengan Von.
Seperti yang maklum, dalam pelat Jerman walaupun kedapatan banyak huruf W tetapi semuanya dibunyikan dengan V. Maka itu apakah Von atau Van itu asalnya dari Wan dan sebab pelat mereka maka jadilah Van? Atau mungkin orang-orang berketurunan Wan dibawa Belanda balik ke sana dan lekatlah Van di Belanda dan Von di Jerman?
Bapak kawan sekolah aku bernama Wan Lah Wan Yahya. Ketika mengaji di tanah Arab, orang Arab memanggil namanya Wa Inna Lahu Wa Anna Yahya.
-------
Wan yang asli sebenarnya ialah gelaran bangsawan yang berketurunan Syed dari cucu Nabi, Sayyidina Husin.
Kalu baso mung tok puah ati, oyat kakku aku tarek balek.

9 comments:
Kreatif. Aku memang tertunggu-tunggu post ni.
Tapi tentang sesetengah orang Jerman pakai 'von' dan orang Belanda memakai 'van' (walaupun Beethoven orang Jerman, tetapi memakai 'van' sebagaimana orang Belanda) dalam nama mereka, itu tak semestinya mereka menurut cara pemakaian nama gelaran keturunan Wan, atau sebaliknya. Sebab, 'Wan' dipakai pada pangkal nama manakala 'von' atau 'van' diletak pada tengah-tengah. Tambahan pula, 'von' atau 'van' bermaksud 'dari' atau 'daripada' sesebuah keluarga atau tempat.
Mungkin sebab perkataan tu berasal daripada perkataan Bahasa Melayu 'Tuan' dan orang Kelantan meringkaskan sebutannya menjadi 'Wan' saja.
Namun, gelaran 'Wan' tak banyak dicetak rompak berbanding 'Nik.' Maksud aku, apabila sang bapa tak ada pun gelaran sedemikian, mereka tanpa segan-silu menurunkan gelaran itu kepada anak mereka. Contohnya, Nik ******* binti *****.
Satu perkara yang menarik ialah bagaimana gelaran boleh berubah daripada bapa kepada anak, contohnya 'Nik' kepada 'Che.' atau 'Raja' kepada 'Tengku.' Kalau sang bapa itu orang marhaen biasa, berkahwin dengan seorang 'Nik,' maka kenalah bagi nama anak 'Che.' Aku tak pasti sangat tentang hal ini. Orang tua-tua lebih arif.
Tentang perenggan akhir, aku pernah dengar daripada seorang Ustaz dan seorang pengkaji Tatarakyat Negeri Kelantan. Wallahua'lam.
Di Kelantan, keturunan Wan banyak tinggal dan berasal di Wakaf Baharu, Kota Kubang Labu, Pasir Pekan dan di kawasan sekitarnya (antara yang masyhur: Wan Roslan Wan Hamat, Wan Mohd Safwan). Ada kaitan dengan kerajaan lama Kota Kubang Labu, mungkin.
Aish...
Terima kasih lantaran komen nan panjang.
Aku baca ayat pertama aku hepi, aku baca perenggan kedua aku kecewa.
It's a joke man, why cant ppl take my joke anymore? why so serious?
heheh
Of coz I like your joke. Your joke makes people wanna think, or maybe share something. It leads to creative thinking. You have something in mind that you present it in your special way -- by making so-called jokes.
Besides, your post is compelling, because you referred to Emeritus Pof Dr Nik Safiah Karim's book.
So, please make more 'joke.' What say you?
I will!
جيد جدا!
Tuhan tak nilai org berdasarkan nama. Bako pok Syed pun, kalu lawey Tuhe, lawey perjuangey Islam, takdok nilai di sisi Tuhey.
Kalu oghe tu juruh, berimey, buat amal soleh, org gini la hok Tuhey sayey biar dio ni org bukan Arab, org 'Ajam, org kulit hitey.
Org tolak Islam, walaupun dio ni Arab, masuk nerako po tulo jah.
sekadar quote TGNA
Jolo jolo, tadok gapo pong namo nih, tapi gak kalu ado tu tadok saloh letok, tu jah.
Kalu mung nok tahu, ado ore kato Umno idup lagi pah ko hari ni 'berkat' set-set Syed nga Habib-habib ramai sokong Umno.
(ah habis org tak berani nak komen sebab aku speaking)
'Ramai' tapi tak 'banyak.'
Mengikut Pn Aini Mohamed bekas cikgu BM aku (dan maybe mu jugok) yg merupakan seorang pengagum Dr Nik Safiah Karim, perkataan ramai menunjukkan perkumpulan manusia yang sedikit saja. Manakala banyak diguna untuk bilangan manusia yg besar.
Entahlah, cuba tanya Syed-syed dan Habaib-habaib sendiri. Mungkin betul juga. Konon golongan yang 'soleh' dalam UMNO terdiri daripada pak-pak Syed.
assalamua'laikum bro..macam mane pulak dgn nama Juan (spanish), Joao (Portugis), John (English)?? hum..
http://aku-statik-menulis.blogspot.com/search/label/sejarah
Post a Comment