Saturday, August 01, 2009

Bakar Bangunan


Tuan puan, ingat lagi gambar demo paling atas? Cuba lihat bangunan di kiri jalan itu. Kalau tak salah bangunan bank atau kedai kereta. Esok malamnya, nah, bangunan itu tinggal begini saja.

Bas cuma hantar kami setakat medan Syntagma. Jalan tutup. Rina kata, polis dah bunuh budak. Rakyat rusuh. Makcik-makcik tua berang. Kamu boleh jamin kami selamat? Rina tak mampu buat apa. Bagi arahan dan tunjuk jalan hotel mana balik macam mana. Kami pandai-pandai (memang pandai). Naik metro saja. Turun stesen Monastriaki. Balik menapak ikut Jalan Ermou. Jalan yang semalam orang berdemo. Nampak bangunan kena bakar. Ramai pulak orang ambil gambar.

Anarki di Athina XXX

No comments: