Tuesday, June 30, 2009

Tholos di Delphi

Awal sampai lagi Rina yang memandu kata kat lembah sana ada Sanctuary of Athena Pronaia tapi tak termasuk dalam program kita. Aih, tak puas hati.

Lepas naik sampai teater, solat zohor tepi semak sambil-sambil kunyah epal tawar yang dirompak dari hotel sama-sama fikir. Mana monumen ikon tu? Dalam pamplet bukan main lagi tunjuk. Masing-masing dah malas nak daki lagi sampai stadium.

Tinjau-tinjau ke bawah lembah, tu dia! I.K. Tan jumpa. Hujung sana nun, nampak pun kecik saja. Tapi tak apa kita kejar juga. Setengah jam lagi dah kena kumpul depan muzium tapi I.K. Tan kata tak apa dia orang tak tinggal kita punya.

Punya usaha berlari-lari cari. Tinggal kumpulan sendiri. Naik turun tangga sana-sini. Alang-alang dah ada situ, bila lagi nak pergi.

Tholos ada tiga ketul saja di seantero Yunani. Seketul di Athens, seketul di Epidaurus, seketul di sini.

Tholos dianggap binaan yang aneh kerana binaan berbentuk bulatan bukanlah satu kebiasaan dalam senibina Yunani.

Selain itu, tujuan pembinaanya pun masih belum jelas. Kekal misteri. Ada 20 tiang asalnya dan hanya tiga tiang masih tegak. Yang asal berwarna putih yang kelabu konkrit gantian.

Jom kita main satu game. Where's I.K. Tan?
Lek lek ta, terbalik bijik mata, tang mana hampa nampak... I.K. Tan!

Anarki di Athina XXIV

Monday, June 29, 2009

Bagai Pinang Dibelah Dua Bagai Cincin Dengan Permata


Aku fonkius. Mana yang baik pilih? Banyak persamaan atau banyak kelainan?
-------

Berita baik untuk yang buruk atau tak cantik, atau yang hodoh dan tak hensem. Menurut pengalaman dari pemerhatian, laki-laki yang hensem biasanya berbinikan perempuan yang hodoh dan perempuan yang buruk berlakikan jantan yang cantik.

Bukan cakap kosong tapi dari pemerhatian dan pengalaman mama bila dia tengok cikgu-cikgu di sekolahnya. Kalau yang bini putih-melepak yang laki hitam-legam. Kalau yang laki macho yang bini kelabu asap. Ayahanda Patih Megat pun mengaku dalam pasangan ada yang 'menang' ada yang 'kalah'.

Sampai kita (aku) yang tak lawa ni fikir, apa kejadahnya citarasa orang lawa-lawa ni? Kadang-kadang tak faham aku, ah! Kau orang boleh dapat yang lagi elok dari yang itu, yang helang sama helang terbang sama tinggi. Tapi Hang Tuah pun kata kalau helang tak izinkan pipit terbang tinggi, helang juga yang kelaparan.

Gamaknya orang cantik ni dia dah puas tengok diri sendiri, nak tengok yang buruk pulak dan orang hodoh ni sebab dia tak lawa jadi dia nak ada yang cantik. Tapi the latter lebih relevan dari the former. Boleh jadi ini keadilan Tuhan.

Lamun, tak bermakna pasangan yang sama cantik sama lawa tak ada. Cuma payah nak jumpa. Sikit-sikit, jarang-jarang, kadang-kadang. Yang tak sama tu banyak-banyak. Cuba tengok-tengok keliling kita.

Ada pula teori dari kajian yang menunjukkan. Pasang-pasang yang bersama atau bernikah kahwin banyak yang seiras dan ada meh-meh, bini hampir sama rupa dengan laki, laki mirip kepada bini. Kononnya yang macam inilah yang kekal lama bahagia. Tengok lagi kiri dan kanan kau orang.

Mungkin ini yang orang tua-tua kita kata. Bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata. Ada beza keduanya.

Bagai pinang diblah dua itu macam yang sama cantik sama lawa. Sebab batang pinang itu lurus, kalau dibelah saling tak tumpah yang di kanan dan di kiri.

Bagai cincin dengan permata itu macam yang tidak sama itu. Memanglah cantik cincin dan permata tapi hakikatnya dua benda yang berbeza. Nak-nak kalau cincin tembaga. Cantik-cantik cincin tak sampai cantik permata. Tapi cincin jugalah yang menyokong dan mengikat permata.
-------

Maka Ayahanda Patih Megat menjawab. Kalau yang langsung beza tak ada sama tak jadi kerja. Kalau yang semua sama serupa bosan pula. Paling baik yang saling melengkapi. You complete me.

Sunday, June 28, 2009

Kedai Makan Karadeniz

Mengadap Sultan Setambul XII

Kami tanya banyak orang makan mana yang bagus. Tapi bukan bagus pada rasanya tapi pada harganya. Ada orang cakap situ ada orang cakap sini. Akhirnya kami pun pergi, ikut jalan yang orang tunjuk. Sampai di kedai ini.

Cawan çay (teh) di Turki semuanya begini. Comel-comel. Semuanya semeh dan sepesen belaka. Dari gelasnya sampai piringnya. Bentuknya dan warnanya pun. Semua sama di mana-mana. Agaknya diseragamkan menjadi ikon çay Turki.

Kabab Adana.
Bahagialah kita yang ada di Mesir. Langkah sempadan sikit, semua kebab rupanya macam ini. Daging hancur yang dibentuk panjang-panjang yang pada kita sekadar kofta. Walaupun Syria, Lubnan atau Turki akan kata kamilah kebab yang betul sebab kami ramai. Tapi walaupun Mesir berseorangan ia tetap jamaah kalau ia di pihak yang benar.

Ayep makan kepak ayam dan Asle makan macam safihah di Syria, tak ingat nama.

Makan malam pertama di Turki. Arepuddin pesan benda sama dengan Asle tapi jenis lain. Mamat makan paling hebat. Assorted kebab. Sebab kami bayar pakai kertas, dia bayar pakai plastik (ye ke? tak ingat). Tapi sekali ni saja makan sini. Kedai ni mahal. Nasib baik teh tauke belanja.

Saturday, June 27, 2009

Daud dan huruf diftong

Mengalahkan orang sudah menikah atau hendak beranak. Kami banyak bincang pasal nama untuk anak-anak. Padahal hak anak ke atas bapak yang pertama pun belum selesai iaitu mencari bakal mak untuk anak. Kebanyakan kami konservatif,nama sepatah, para Nabi atau para sahabat. Tak mahu nama-nama moden Melayu. Yang entah ada makna entah tidak. Yang lagi suka tak ada makna dari ada.

Adapun selepas, huruf diftong ialah apabila huruf vokal (huruf mad?) bertemu huruf vokal dalam satu kalimah. Contohnya kata-kata seperti air, daun, kain, duit, tuala dan laut.

Ketika menyebut kata diftong seolah-olah ada huruf yang menghubung antara dua vokal. Contohnya macam dalam lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu' Alleycats menyanyi ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~. Atau dalam lagu 'Suara Kekasih' dinyanyikan ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Pun bunyinya tidak jelas begitu cuma vokalnya seakan meluncur saja. Air seakah ayir, tuala seakan tuwala.

Adapun Daud, cara orang kita menyebutnya seperti diftong. Padahal cara betul menyebutnya ialah seperti nyanyian Alleycats iaitu ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~ atau ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Iaitu Dawood bukan Daud. Kerana huruf wau berbaris depan bukan mati.

Maka baharulah nama Dawud itu sedap bunyinya sesedap suara nabi Dawud a.s membaca Zabur dan tidaklah namanya berbunyi seperti sesuai untuk pakcik-pakcik zaman kita saja.


Friday, June 26, 2009

Teater Delphi

I.K Tan menjadi model.


Teater atau stadium ialah monumen Graeco-Roman yang paling bosan. Kali pertama tengok ialah masrah rumawy di Iskandariah. Waktu itu masih teruja, sekarang dah jemu.

Orang Yunani purba mendekatkan diri (taqarrub) kepada dewa-dewi antaranya dengan mengadakan pertewasan-pertewasan sukan. Ada tiga lagi sukan yang utama selain Olimpik yang paling berprestij. Antara hadiah yang ditawarkan untuk setiap sukan-sukan itu ialah kalungan daun zaitun liar, kalungan daun saderi liar, kalungan daun pain dan kalungan daun rempah (kayu manis? cekur manis?)

Pada awalnya Sukan Pythia yang dipertandingkan untuk dewa Apollo hanyalah mengandung peraduan puisi dan muzik. Kemudian baharulah ditambah acara-acara sukan seperti gusti, tinju, lumba lari, lumba rata atau pedati, lompat jauh, rejam lembing dan lempar cakera.

Gambar yang masyhur yang menjadi ikon kepada Delphi ialah yang diambil dari sudut atas teater ini dan nampak semua pemandangan lain dari situ. Tapi ada satu lagi ikon Delphi yang tak nampak di situ. Di mana?

Anarki di Athina XXIII

Thursday, June 25, 2009

Puja Umur


Hari Jadi Wafi
-------
Tak lupa juga, Muslim_502, hari, bulan dan tahun yang sama, jam lain.
Kredit kepada Daud Sulaiman untuk gambar latar.

Wednesday, June 24, 2009

Kedutaan Besar Malaysia, Tehran

30 Tahun Revolusi Islami XI
Antara destinasi tak berhajat.
Ketika mendaki (dengan teksi) di Valenjak, nampak di sebelah kiri, eh! Kedutaan Besar Malaysia, Tehran. Kami ingat nak singgah lepas main ski dan inilah harapan-harapan kami:
  • Mendapat sambutan hangat dan terasa macam berada di kampung halaman
  • Dapat melepas lelah di tempat hangat
  • Ada warung nasi lemak macam kantin arwah Wak Jasman di Kedutaan Kairo
  • Tumpang solat di tempat yang selesa (yang kurang syiah mungkin? Hahaha)
  • Tumpang tandas yang sedap sikit (ingat nak cerita panjang bab ni)
Tapi harapan macet dan meleset. Alasan yang besar ialah mereka baru berpindah ke situ, bangunan baru. Yang tertunai hanya melepas lelah dan tandas sedap. Nak tumpang solat pun dijawab, "Kami biasanya solat kat rumah je, hehehe."

Pun, disambut Encik Faiz (ke Faizi?), setiausaha apa entah, orang Perlis yang lebih mesra. Minum-minum kopi kedutaan, sembang-sembang pengalaman. Kemudian ke atas mengadap timbalan duta. Duta balik Malaysia.

Timbalan duta orangnya kecik saja dan muda. Anak pun baru dua. Cakapnya kontrol saja penuh gaya. Maklumlah, biar padan jawatan. Antara katanya yang masih dalam ingatan (Ayep, bolehlah tambah):
"Saya pun baru dua minggu je kat sini... Saya ni anak dua orang baru... Kat sini bahasa dia dengan Arab nak sama je, apa tu pisang tu? Ah, mouz, mouz..."

Dia orang Kelantan dan bila tau saja ada orang Kelantan dalam geng kami, habis hilang kontrol dah, jatuh siqah. Maklumlah, jumpa orang kampung. Dan dan cakap Kelantan. "Oghe kito ni oghe kito, oghe kito belako." Dia orang Tanjong Mas kot. Nak nak pulak bekas MML jugak tapi lapis tua, 97.

Kenangan terindah.
Lepas lepak-lepak, lepas kencing dan berak. Mintak kopi satu round lagi. Kami pun pergi. Agaknya Encik Faiz(i) dengan timbalan duta (nama dah lupa) saja orang Melayu kat situ. Nak mintak kopi pun dekat orang Iran jugak.

Cuba-cuba nak pukul gambar pintu get kedutaan tapi ada askar jeling-jeling. Konon-konon Ayep jadi decoy atau jadi penampan tapi fail jugak...

Begitulah...

Tuesday, June 23, 2009

Imel Abah II

Burung-burung keluar sarang

Salam, Akmal, apa khabar kamu di sana? Kami seperti biasa. Abah dah mula melalui kesulitan kerap kaki membengkak dek kerana uric acid yang terkadang tak terkawal. Blood haemoglobin count pun semakin rendah, kena pula ambil iron supplement, vitamin B Complex dan Folic Acid... macam orang mengandung saja! Dikesan blood glucose tinggi seketika dan di beri Metformin... always hypo... nak pitam... jadi berhenti, hanya ambil Avandia. Tiga bulan dulu buat Diabetic confirmation test.... katanya perfect, tak ada diabetis ?

Ini maknanya umur sudah menyecah lembayung senja!!!! Mama, tak boleh dah nak bekerja kuat... akan jadi penat dan lelah. Balik ke Penang pun jika Owad ada jadi driver! Kalau tidak, memang tak baliklah kami. Kekadang teringat lagu J. Sham nyanyi... Ku ingin pulang, Ke tanah tumpah darah ku~ Ingin ku temui, Sanak saudara di sana~ Ku ingin cari, Pusara ayah dan Bonda~ Akan ku sirami, Air mawar di sana~ Tapi kini, aku tak kembali... Kerna aku... Tak berdaya..

"Sekarang tiba masanya anak-anak burung terbang keluar sarang... satu ke selatan, yang satu lagi ke utara. Satu dah lama merantau ke tapak tamaddun purba, yang satu lagi bakal mengikut jejaknya ke sana... Minggu hadapan, yang bongsu akan ke bahagian tengah...UKM namanya!
Tinggallah ibu dan bapak burung terkial-kial berdua. Bila bapak burung keluar sarang untuk menambah laba demi perbelanjaan pelajaran anak-anak burung, kesianlah ibu burung yang tua... hanya mengadap kalam Illahi sahajalah agaknya!"

Kamu belajarlah bersungguh-sungguh... atas apa sahaja taqdir yang dijanjikan sama-samalah kita terimanya dengan iman di dada.

Salam hormat mesra dari bapak burung tua yang masih teraba-raba mengenali Penciptanya!

Monday, June 22, 2009

Kuil Apollo

Monumen utama di sini tempat bersemayam peramal Delphi.

Para perayu dan pendoa mesti membawa tiga jenis pengeras. Wang sebagai sedekah untuk kuil, seekor kambing jantan hitam sebagai korban untuk dewa Apollo dan lingkaran daun dan ranting zaitun sebagai hadiah untuk peramal.

Peramal -seorang anak gadis atau mana-mana perempuan- di dalam kamarnya akan duduk di dalam kawah yang disokong sebuah tripod sedang di kelilingnya terbit wasap keras memabukkan yang membuatkan peramal masuk dalam keadaan menurun.

Soalan mesti terang, nyata dan jelas. Tapi jawapan dan ramalan tidak semestinya. Kadang-kadang dalam bentuk puitis, kadang-kadang dalam bentuk cangkriman.

Anarki di Athina XXII

Sunday, June 21, 2009

Abaty, Walid & Cek


Sempena Hari Bapa yang disambut orang seantero dunia, aku mahu menganjur dan mengesyor kamu orang menonton filem Taken. Kalau orang Kedah yang membuat rebiu tentang filem ini ulasannya cukup dengan satu perkataan saja. Kahar.

Filem yang bakal membuatkan anda merenung kembali betapa pentingnya mushrif dalam musafir. Filem yang bakal membuatkan anda terasa ingin membuka semula kitab dan mengaji lagi dalam bab safar mar'ah.

Saturday, June 20, 2009

Langgar

Mengadap Sultan Setambul XI

Makam Sultan Ahmet dan anak beranak yang bertnggungjawab menyudahkan pembinaan Masjid Biru yang tak jauh dari situ.

Tidaklah kebetulan makam diraja di Kedah, Perlis dan di Kelantan dipanggil Langgar atau letaknya di tempat bernama Langgar. Kerana konon dalam bahasa Siam (bukan bahasa Thai) Langgar bermaksud 'Putus Dunia'. Adapun dalam Kamus Dewan langgar ada membawa maksud surau atau madrasah. Istilah yang masih kuat dipakai di Indo.

Teringat ketika darjah enam, menziarah makam diraja Langgar, Kedah. Penjaga kubur bercerita tentang Marhum Makan Dedak yang memeritah Kedah lama dahulu. Sebab kononnya zaman hari itu padi sebutir sebesar ibu jari. Maka ditumbuk menjadi dedak baru boleh dimakan. Teringat cerita lucu rakyat Burma, 'Raja kita Makan Dedak'. Bila Cikgu Zaharah tanya, mana datang darah raja, kenapa boleh jadi lain dan mulia? Penjaga kubur jawab selamba mereka semua asalnya lanun kalau pun tidak kepala penyamun.

Friday, June 19, 2009

Ain Riak

Sebagaimana kenalnya mama dengan Mek Li, tentulah lebih kenal lagi Kak Aya, Lukman, Hasnan, Linda dan Hikmah dengan Mek Li. Sebagaimana kenalnya Kak Aya, Lukman, Hasnan, Linda dan Hikmah dengan Mek Li, tentulah lebih kenal lagi Ayah Li dengan Mek Li.

Ingatan. Waktu berpisah berangkat di bandara, Mek Li menghulur salam berisi kertas warna merah sambil berbisik, "Ambik lah wat beli cakelat, minum-minum air teh tengah jaley." Kemudian sambung berbisik lagi, "Beley-beley tu mengaji agama getek."

Semacam mana aku mungkin mengecewakan Mek Li apatah lagi sanak famili sendiri aku mungkiri.

Perempuan-perempuan dalam hidupku. Mak Su Nah, Kak Long, Mama, Mek Li, Pisah, Mak Su Ma.

Ain Riak

Maka tatkala kau orang masuk ke dewan kuliahan seraya dalam hati berkata, aku boleh atau aku layak atau aku patut duduk depan dekat doktor tapi tak apalah aku duduk belakang saja sudah atau...

...tatkala kau orang ditolak menjadi imam seraya dalam hati bercakap lagi, aku mampu saja baca al-Baqarah, surah-surah, ayat-ayat yang panjang, tapi tak apalah, baca yang pendek-pendek sudahlah.

Ketahuilah olehmu, itulah ain riak (riak yang hakiki). Detik hati itulah. Maka, tulis sajalah.

Thursday, June 18, 2009

Perbendaharaan Athena

Kita akan pergi dari satu monumen ke satu tugu.

Treasury of Athens dibina oleh rakyat Athens demi meraikan kemenangan mereka dalam Pertempuran Marathon menentang Parsi. Tugu dibina dengan hiasan ukiran kisah Heracles dengan 12 tugasnya. Segala ghanimah (harta rampasan perang) dihambur dan dilonggok dalam monumen ini sebagai persembahan kepada dewa Apollo. Ada dua tiga lagi perbendaharaan seperti ini dibina oleh negara kota yang lain. Kadang-kadang negara-negara kota ini akan cuba membanding-banding dan mengeteng antara satu sama lain. Siapa yang punya harta ghanimah yang lebih banyak. Siapa yang punya lebih banyak dialah yang lebih gagah.

Anarki di Athina XXI

Wednesday, June 17, 2009

Basa-basi Beruk

Pada suatu hari, selepas balik dari menghantar orang kerja kilang atau ketika balik dari kedai hardware, Uji terserempak dengan lori yang mengangkut anak-anak beruk. Uji beli seekor konon untuk mainan Lah. Seekor RM50. Sekarang beruk itu di bawah jagaan Che Rohim dan diajar naik nyiur.

Berikut ialah pemerhatian aku dari hal tabiat beruk.
  • Beruk kedekut. Kalau anda hidangkan semangkuk air untuknya. Lepas puas minum walaupun tak habis, beruk akan tuang semuanya ke tanah. Macam tak nak bagi orang lain minum.
  • Beruk tamak.Kalau anda tengah makan pisang, kemudian anda patahkan sikit pisang tu kasi kat beruk. Beruk akan campak pisang tu ke tanah sebab dia nampak ada yang lagi besar dalam tangan anda. Dia nak yang itu.
  • Seperti kera mendapat bunga, jangan biarkan anak ayam ternakan anda datang dekat dengan beruk. Nanti beruk akan mengoyak (literally) anak ayam anda.
  • Beruk bermusuh dengan kera. Kalau ada kera liar yang datang dekat, beruk akan mula bising-bising dan marah-marah.
  • Kaedah untuk semua binatang. Jangan diajar dengan kemewahan. nanti naik lemak. terlanjur, Che Rohim dah ajar beruk ni minum kopi O manis.
  • Beruk kurang minat eye contact.
Junior aku yang banyak berfikir pernah bertanya secara umum. Apa beda beruk dengan kera. Ketahuilah olehmu beruk ekornya pendek, kera ekornya panjang, beruk badannya kasar, kera tubuhnya langsing.

Tuesday, June 16, 2009

Piknik

30 Tahun Revolusi Islami X

Sampai stesen satu baru tahu. Semalam salji lebat jadi laluan ais belum mampat. Jadi orang pun tak bagi main ski. Nak naik ke stesen lagi tinggi pun tak bagi. Jadi yang kami pun pergilah peknik -bak kata Haji Bakhil.

Nak piknik bukan senang, kerusi meja tenggelam. Kenalah sodok salji dulu dengan siko atau cok betul. Lelah.

Makan sardin, roti, susu coklat, biskut. Kaki masing-masing tenggelam salji sambil dah mula sakit ibu kaki.

Puas piknik masing-masing nak bergalak pulak. Muhammad terbaring terbenam dalam salji. Semua tiru. Tapi masing-masing nak buat snow angel pun tak reti.

Tak ada idea, snowman pun tak pandai nak buat. Main lompat-lompat pulak (tanpa zikir). Ayep lompat dari tebing, rolling sambil landing buat freeze. Tipu gila, hohoho.

Macam dah tak ada benda budak muda-muda. Mesti nak ambil gambar loncat. Disebabkan aku tak wujud dalam gambar maka akulah jurukamera yang terrer tu. Walaupun Muhammad mungkin tuntut terrer tu teretak kat kamera henset dia. Aku tak loncat, sakit urat. Lagipun jaga siqah, kah kah kah. Muhammad macam kena tendang dengan Ayep. Jelas terpancar semangat rivalry di situ, huhuhu (aku paling tak suka gelak macam ni).

Akhirnya lepas sengal ibu kaki sampai rasa macam dah tak ada ibu kaki yang entah-entah dah tanggal takut frosbite sebab pakai kasut kanvas koyak sana sini dah tu kaki penuh salji cair berair campur stokin tak banyak salin. Bau peng (baca dengan e pepet). Maka masing-masing pun turun sambil jeling jeles dekat kasut tebal orang Iran.

Hidup mesti terus.
Begitulah

Saturday, June 13, 2009

Pesan Nabi tentang Mati

Keranda diusung laju. Yang dekat berpusu-pusu. Cuba mengampu. Kalau tak mampu, tersentuuh hujung jari pun memadai. Yang jauh mengangkat jari tunjuk ke langit. Mulut terkumat-kamit. Menyebut nafi dan isbat. Keranda diusung pergi naik ke masjid.

Assolatul ganazah athabakumullah~ Assolatul ganazah athabakumullah~

"Solat jenazah empat takbir, takbir pertama baca al-Fatihah, takbir kedua selawat ke atas Nabi seperti selawat dalam tahiyyat, takbir ketiga doa kepada mayat dan mayat ini lelaki, takbir keempat doa kepada seluruh muslimin dan muslimat. Hendaknya kita beringat, lahir kita dengan azan dan iqamat, mati kita dengan solat. Begitulah ibarat, hidup manusia yang singkat, sekadar waktu antara azan dan solat."

Allaaahuakbar....

Ayep: Kenapa orang baik-baik mati dulu ah?
Aku: Tuhan ambik orang baik dulu, supaya orang jahat macam kita sempat tobat.
Ayep: Betul lah tu.

Sheikh Fathi Yakan yang mengarang kitab 'Apa ertinya saya menganut Islam?' yang menjadi sebahagian manhaj usrah dari serendah-rendah sekolah sampai setinggi-tinggi universiti di serata Malaya (atau dunia) dan diajar setiap malam Selasa di Musolla Taman Sri Nibong dan pengarang kitab 'Golongan yang Gugur di Jalan Dakwah' telah wafat. Al-Fatihah untuknya.
-------

Aku, telah gugur di jalan dakwah (tapi gugurnya tidak berderai).

Friday, June 12, 2009

Eulogy untuk budak berjurus

Eulogy ialah ucapan atau tulisan memuji seseorang yang baharu wafat atau bersara sebagai penghormatan dan mengenang jasanya.

Aku masih ingat ketika di Pulau Pinang, kalau ada jenazah di Masjid Jamek Sungai Nibong dan kalau arwah Ustaz Khir yang jadi imam, lepas solat dia akan tanya, "Apa kita nak kata kat mayat ni?" Makmum pun akan menyahut serentak, "Baiiik!" "Apa kita nak kata kat mayat ni?" "Baiiik!" "Apa kita nak kata kat mayat ni?" "Baiiik!"

Zaman aku masih dengar orang mengajar atau dengar orang baca kitab, aku pernah ingat ada satu ustaz kata kalau 40 orang cakap yang baik pasal si mati atau kata si mati orang yang baik, insyaAllah baiklah.


Mungkin aku tak layak cakap.

Aku manusia biasa yang ada rasa suka dan benci. Aku manusia biasa yang rasa suka aku boleh dibagi-bagi. Aku manusia biasa yang dalam aku membagi-bagi rasa suka aku tentulah aku ada yang aku lebih utama atau cenderung sama ada aku tunjuk atau tak nampak atau tak. Maka maaflah kalau aku kata dalam banyak yang kena gemulah Ammar yang paling rapat dan dekat di hati.

Ammar layan semua orang. Tak kira derejat. Terejalkah dia berjuruskah dia semua dilayannya. Aku kadang tu jenis tak melayan budak-budak yang datang kat luar tapi gemulah kadang-kadang masuk jugak bilik aku tanya kabar. Mungkin kami sama-sama ada titih turunan dari utara jadi mudah mesra.


Gemulah antara budak medik awal yang ada dslr dan kebetulan aku pun minat juga kerja-kerja pukul gambar. Banyak jugak yang kami tukar-tukar pasal ilmu pukul gambar tapi dia yang banyak ajar.

Satu masa, kami tengah sarat exam. Gemulah datang offer diri masak untuk kami. Semua dia buat dan beli. Kami tunggu makan saja. Masa maulud, atas inisiatif sendiri gemulah buat flyer-flyer tazkirah memperingati maulud Nabi.

Kali akhir jumpa gemulah di kedai ayam. Gemulah cuit aku dari belakang. Sembang tak panjang, aku nak cepat. Kali terakhir berinteraksi, gemulah balas pantun aku dekat status ym. Katanya aku dah jual pantun tu, dia dah beli. Pantun pasal jodoh. Tapi aku tak ingat pantunnya. Tak salin. Cuma katanya kalau dah ketentuan Tuhan, tak ke mana.


Balik dari solat jenazah, Sidi Hidir (dengan izin) dua tiga kali toleh belakang sambil kata.
  • Inilah qadha' dan qadar.
  • Bila cakap pasal Saif pula dia kata "لا يكلف الله نفسا الا وسعها"
  • Akhir zaman ni nampak sangat, tuhan ambil habis/balik orang-orang baik dulu.
Sekonyong-konyong, aku track record tidaklah baik. Adakah 40 orang yang akan cakap baik tentang aku nanti? Tapi apa-apa pun bergantung atas yang akhirnya. Ya, kita sama-sama baiki. Kita sama-sama doa. Untuk diri sendiri, untuk gemulah, untuk dua lagi yang dalam ICU dan untuk dua lagi yang stabil untuk kuat jiwa.


Dari atas: Blog gemulah | Flickr gemulah | Gemulah ketika jadi AJK makanan Majlis Korban | Gemulah ketika jadi tukang potret Majlis Raya

Thursday, June 11, 2009

Pendoa yang Ikhlas


Ya, aku masih restless, adui Ammar, baik budak tu...
-dalam sungkawa-

Lorong Suci


The Sacred Path.
Jalan utama yang membawa penziarah-penziarah yang ingin mendapatkan khidmat ahli ramal Delphi ke Kuil Apollo sedang bersama mereka dibawa persembahan-persembahan untuk dewa Apollo.

Anarki di Athina XX

Monday, June 08, 2009

Tempat Keramat Delphi

Tempat tujuan utama kita ialah Delphi. Tempat keramat bagi dewa Apollo yang menempatkan seorang peramal. Delphi, tanah suci terpenting dalam agama purba Yunani. Menjadi tumpuan penziarah yang ingin mendapatkan ramalan dan kononnya merupakan pusat dunia.

Delphi berasal dari kata dolphin kerana ketika dewa Apollo mula-mula samai ke sini dari pulau kelahirannya/buangan ibunya ia menjelma sebagai seekor ikan lumba-lumba.

Selama beribu tahun, kewujudan Delphi tidak diketahui langsung sedang Delphi tertimbus selama itu dan sebuah kampung terbina di atasnya. Sehingga kurun ke-19 baharulah ia dikesan semula dan kampung itu dipindah atau dimusnah.

Anarki di Athina XIX