Monday, June 29, 2009

Bagai Pinang Dibelah Dua Bagai Cincin Dengan Permata


Aku fonkius. Mana yang baik pilih? Banyak persamaan atau banyak kelainan?
-------

Berita baik untuk yang buruk atau tak cantik, atau yang hodoh dan tak hensem. Menurut pengalaman dari pemerhatian, laki-laki yang hensem biasanya berbinikan perempuan yang hodoh dan perempuan yang buruk berlakikan jantan yang cantik.

Bukan cakap kosong tapi dari pemerhatian dan pengalaman mama bila dia tengok cikgu-cikgu di sekolahnya. Kalau yang bini putih-melepak yang laki hitam-legam. Kalau yang laki macho yang bini kelabu asap. Ayahanda Patih Megat pun mengaku dalam pasangan ada yang 'menang' ada yang 'kalah'.

Sampai kita (aku) yang tak lawa ni fikir, apa kejadahnya citarasa orang lawa-lawa ni? Kadang-kadang tak faham aku, ah! Kau orang boleh dapat yang lagi elok dari yang itu, yang helang sama helang terbang sama tinggi. Tapi Hang Tuah pun kata kalau helang tak izinkan pipit terbang tinggi, helang juga yang kelaparan.

Gamaknya orang cantik ni dia dah puas tengok diri sendiri, nak tengok yang buruk pulak dan orang hodoh ni sebab dia tak lawa jadi dia nak ada yang cantik. Tapi the latter lebih relevan dari the former. Boleh jadi ini keadilan Tuhan.

Lamun, tak bermakna pasangan yang sama cantik sama lawa tak ada. Cuma payah nak jumpa. Sikit-sikit, jarang-jarang, kadang-kadang. Yang tak sama tu banyak-banyak. Cuba tengok-tengok keliling kita.

Ada pula teori dari kajian yang menunjukkan. Pasang-pasang yang bersama atau bernikah kahwin banyak yang seiras dan ada meh-meh, bini hampir sama rupa dengan laki, laki mirip kepada bini. Kononnya yang macam inilah yang kekal lama bahagia. Tengok lagi kiri dan kanan kau orang.

Mungkin ini yang orang tua-tua kita kata. Bagai pinang dibelah dua, bagai cincin dengan permata. Ada beza keduanya.

Bagai pinang diblah dua itu macam yang sama cantik sama lawa. Sebab batang pinang itu lurus, kalau dibelah saling tak tumpah yang di kanan dan di kiri.

Bagai cincin dengan permata itu macam yang tidak sama itu. Memanglah cantik cincin dan permata tapi hakikatnya dua benda yang berbeza. Nak-nak kalau cincin tembaga. Cantik-cantik cincin tak sampai cantik permata. Tapi cincin jugalah yang menyokong dan mengikat permata.
-------

Maka Ayahanda Patih Megat menjawab. Kalau yang langsung beza tak ada sama tak jadi kerja. Kalau yang semua sama serupa bosan pula. Paling baik yang saling melengkapi. You complete me.

11 comments:

Amermeftah said...

Aku tau entri di atas berbau fascist. Langsung tak membabitkan akhlak, budi bahasa dan personality. Tapi tak ada org baik yg nak berpasang dgn org jahat. Org jahat sekalipun nak berpasang dgn org baik.

Tapi kalau nak cakap pasal behaviour, ya memang ada. Kadang bini jenis cakap banyak laki jenis pendiam. Kadang laki yang byk ckp bini yg diam.

Aku sentuh bab rupa sebab pada aku ini yg pelik dan sebab peribahasa tu sentuh rupa aje. Lagipun memang org akan kata, kitorang tak tgk rupalah. Tapi takyah tipu aku, dari rupa dulu yang menarik kita utk approach. Dah kena rejek baru cari yg baki. Maaf aku sebut baki.

ahmad sobri said...

Oo,rupenye pinang dibelah dua tu batang pinang. Igtkn buah pinang. Trg jarang ade pokok pinang. Org belah btg pinang buat ape aa

Amermeftah said...

Aku pun ingatkan buah pinang jugak, tgk kat wikiquote kata batang pinang, betul jugak kot, sebab buah pinang org tak belah org kacip, kalau kacip tak semesti sama, org belah batang pinang buat lantai jemuran, lantai pangkin

sebatangklobot said...

we demand kebab, we demand kufta asap....
we demand kebab, we demand kufta asap....
we demand kebab, we demand kufta asap....

maskedfacies said...

boleh aku saja2 nak tinggal komen x?

.....


sekian.

huahuahuahuahua (gelak x tau ape maksud die)

SYAFIQASALIM said...

yang selalu-selalu aku jumpa, isteri cantik tapi suami tak hensem. Aku jarang jumpa suami hensem, isteri tak berapa cantik.

tapi susah jugala kalau satu cantik, satu tak berapa cantik. Mesti orang kampung mengata.." si polan tu dah kena ubat guna-guna agaknya..punyalah tak ada taste langsung"..

Amermeftah said...

klobot:
we want torb!
we want torb!
we want torb!

pika:
aku dah jumpa dua tiga, org kampung memang tak boleh nak tutup mulut, suka buat assumption

Muhammad Warouq bin Qamar said...

sebak gle rasa baca blog ni. [betol ke ekspresi sebak saye ni kene dengan topik..] terasa mcm yang 'baki2' tu saye pulak T__T

agaknya Allah saje letak taste orang hensem/cun ni kat orang yg huduh. supaya ekosistem bumi lebih seimbang.

...

Amermeftah said...

mimi:
kenapa ngan kau? google talk server down ke? kekekekeke

waruk:
walaupun kau rasa kau baki, tuhan maha adil, kau byk lg kemahiran dan kebolehan yg tak perlu lagi aku nak bakar kat sini

djambu puadovich said...

paling setuju dgn 'u complete me'...

Amermeftah said...

tapi aku geli