Sunday, June 28, 2009

Kedai Makan Karadeniz

Mengadap Sultan Setambul XII

Kami tanya banyak orang makan mana yang bagus. Tapi bukan bagus pada rasanya tapi pada harganya. Ada orang cakap situ ada orang cakap sini. Akhirnya kami pun pergi, ikut jalan yang orang tunjuk. Sampai di kedai ini.

Cawan çay (teh) di Turki semuanya begini. Comel-comel. Semuanya semeh dan sepesen belaka. Dari gelasnya sampai piringnya. Bentuknya dan warnanya pun. Semua sama di mana-mana. Agaknya diseragamkan menjadi ikon çay Turki.

Kabab Adana.
Bahagialah kita yang ada di Mesir. Langkah sempadan sikit, semua kebab rupanya macam ini. Daging hancur yang dibentuk panjang-panjang yang pada kita sekadar kofta. Walaupun Syria, Lubnan atau Turki akan kata kamilah kebab yang betul sebab kami ramai. Tapi walaupun Mesir berseorangan ia tetap jamaah kalau ia di pihak yang benar.

Ayep makan kepak ayam dan Asle makan macam safihah di Syria, tak ingat nama.

Makan malam pertama di Turki. Arepuddin pesan benda sama dengan Asle tapi jenis lain. Mamat makan paling hebat. Assorted kebab. Sebab kami bayar pakai kertas, dia bayar pakai plastik (ye ke? tak ingat). Tapi sekali ni saja makan sini. Kedai ni mahal. Nasib baik teh tauke belanja.

4 comments:

'Aqilah Suhaimi said...

teh turki pahit amat..
ak letak 2 kiub gula tk lut..
kawan ak letak 6 kiub!baru leh tarik nafas lega..
sbb ak tk sanggup nk letak smpi 6 kiub..ak telan cepat2 teh tu..mcm ak minum green tea..haha

bila minum turkish apple tea..phewww..haa..itu baru sdp..

pergi konya?kt situ makanan murah..masjid,toilet tkyh bayar..
tp,tkde la hebat cm ist..thp bndar taiping je kot konya tu..

Amermeftah said...

kah kah kah
pahit? kalau green tea aku buleh tahan lagi, kau belum tgk lg mcm mana org iran minum teh,

kami dekat seminggu pusing setambul semata, 'tak sempat' ke mana-mana, dah istanbul bandar liburan kena bayarlah, world heritage site lg tu

kopi turki dah rasa? mesti kau lagi tak tahan

Anonymous said...

rotinya panas, sedap. makanan kebab2, aku bg rating rendah je dimana2 kedai di turki mahu pun iran, 2 daripada 5 bintang...


kebab mesir jgk yg paling hebat. 5 bintang. hahahaha bangga2

dam akmal, ko buat aku nk makan kebab. Aku tak kira, aku nk paksa ko makan kebab ngn aku, abis exam opthal, jom makan kebab.

Amermeftah said...

jom~! tp kat mana? midan geish? kofta asap? tikka?