Monday, June 22, 2009

Kuil Apollo

Monumen utama di sini tempat bersemayam peramal Delphi.

Para perayu dan pendoa mesti membawa tiga jenis pengeras. Wang sebagai sedekah untuk kuil, seekor kambing jantan hitam sebagai korban untuk dewa Apollo dan lingkaran daun dan ranting zaitun sebagai hadiah untuk peramal.

Peramal -seorang anak gadis atau mana-mana perempuan- di dalam kamarnya akan duduk di dalam kawah yang disokong sebuah tripod sedang di kelilingnya terbit wasap keras memabukkan yang membuatkan peramal masuk dalam keadaan menurun.

Soalan mesti terang, nyata dan jelas. Tapi jawapan dan ramalan tidak semestinya. Kadang-kadang dalam bentuk puitis, kadang-kadang dalam bentuk cangkriman.

Anarki di Athina XXII

8 comments:

Basuh Baju said...

kuil apollo ni dulu utk tempat semayang.skrg jadi monumen..

agak2 stadium kat terengganu tu boleh jadi monumen x?

Amermeftah said...

ah...

boleh, boleh, nanti arkeologis zaman depan akan buat kajian adakah bumbung stadium runtuh sebab berlaku clash of the titans

atau mungkin diorang akan kaji apakah bahan binaan dia daripada tepung beras atau tepung pulut

tugu anti-rasuah?

bebaskann said...

rajinnya edit gambaq..

Amermeftah said...

alah skang ni program macam-macam, petik keyboard aje, sambil-sambil buat keje lain...

polar bear kurus said...

betullah.
bahasa ko memang bahasa orang tua lah. hahaha
mungkin sebab itu polis linguistik

maskedfacies said...

mcm dlm 300?

Aku manusia yang bernama SYAFIQA. said...

sekarang pon orang still bwak segale kambing itam,ranting zaitun tu ke??

Amermeftah said...

Mimi:
Ya, dalam muvi 300 tu aku perasan dia gi consult oracle tapi tatau oracle mana

Cik Pika:
Kuil tu dah roboh pon, tinggal tiang ngan ketul batu tu aje, tentulah skang ni org bawak kamera utk amik gambo, duit utk bayor teket, awek atau anak buat teman jalan dan botol air kalau panas dan dahaga