Saturday, June 06, 2009

Ayasofya, yang sikit pelik di dalamnya

Mengadap Sultan Setambul X

Untuk naik ke tingkat atas tiada anak tangga dibina, sebaliknya jalan rata yang condong bagi memudahkan kerja-kerja mengangkut maharani yang dijulang aas tandu ke atas.

Tiang batu porphyry yang dibawa khas dari Egypt kerana batu porphyry bewarna ungu iaitu warna diraja Rom.

Adapun tiang lain diambil dari Kuil Artemis di Ephesus, tiang marmar hijau dari Thessaly, tiang btu hitam dari Bosphorus dan tiang batu kuning dari Syria.

Perpustakaan Sultan Mahmut I

Dinding-dinding diperbuat daripada marmar-marmar yang dibelah dua yang menghasilkan corak simetri.

Ada tiang batu disalut tembaga berkarat hijau. Ada lubang di tengahnya. Orang-orang beratur menjolok lubangnya dengan ibu jari. Beratur macam nak cium Hajar Aswad.

Khabarnya kalau dijolok ibu jari ke dalam lubang itu dan dipusing 360 darjah, kalau anda terasa lembab berair, segala penyakit anda bakal sembuh.

Tiang mukjizat ini dipanggil tiang menangis mengikut kristen kononnya ada malaikat tinggal di situ dan lembapan itu air matanya. Kadang air mata itu dinisbahkan kepada Virgin Mary. Kadang dinisbahkan kepada seorang santo.

Mengikut Islam pun ada ceritanya. Konon ada seorang alim/wali memasukkan jari ke dalam lubang ini untuk mengesotkan seluruh bangunan Aya Sophia ini supaya mengadap kiblat. Maka sebab itu altar Aya Sofia hampir betul dengan arah kiblat.

Orang Muar cuba mengesotkan Aya Sophia.

Sebelum tinggal, memukul gambar bersama Encik Gokhan. Kecuali aku dan Arepudin, semua orang pun menjadi hantu sebab kamera tak pakai flash red eye reduction.

No comments: