Friday, June 12, 2009

Eulogy untuk budak berjurus

Eulogy ialah ucapan atau tulisan memuji seseorang yang baharu wafat atau bersara sebagai penghormatan dan mengenang jasanya.

Aku masih ingat ketika di Pulau Pinang, kalau ada jenazah di Masjid Jamek Sungai Nibong dan kalau arwah Ustaz Khir yang jadi imam, lepas solat dia akan tanya, "Apa kita nak kata kat mayat ni?" Makmum pun akan menyahut serentak, "Baiiik!" "Apa kita nak kata kat mayat ni?" "Baiiik!" "Apa kita nak kata kat mayat ni?" "Baiiik!"

Zaman aku masih dengar orang mengajar atau dengar orang baca kitab, aku pernah ingat ada satu ustaz kata kalau 40 orang cakap yang baik pasal si mati atau kata si mati orang yang baik, insyaAllah baiklah.


Mungkin aku tak layak cakap.

Aku manusia biasa yang ada rasa suka dan benci. Aku manusia biasa yang rasa suka aku boleh dibagi-bagi. Aku manusia biasa yang dalam aku membagi-bagi rasa suka aku tentulah aku ada yang aku lebih utama atau cenderung sama ada aku tunjuk atau tak nampak atau tak. Maka maaflah kalau aku kata dalam banyak yang kena gemulah Ammar yang paling rapat dan dekat di hati.

Ammar layan semua orang. Tak kira derejat. Terejalkah dia berjuruskah dia semua dilayannya. Aku kadang tu jenis tak melayan budak-budak yang datang kat luar tapi gemulah kadang-kadang masuk jugak bilik aku tanya kabar. Mungkin kami sama-sama ada titih turunan dari utara jadi mudah mesra.


Gemulah antara budak medik awal yang ada dslr dan kebetulan aku pun minat juga kerja-kerja pukul gambar. Banyak jugak yang kami tukar-tukar pasal ilmu pukul gambar tapi dia yang banyak ajar.

Satu masa, kami tengah sarat exam. Gemulah datang offer diri masak untuk kami. Semua dia buat dan beli. Kami tunggu makan saja. Masa maulud, atas inisiatif sendiri gemulah buat flyer-flyer tazkirah memperingati maulud Nabi.

Kali akhir jumpa gemulah di kedai ayam. Gemulah cuit aku dari belakang. Sembang tak panjang, aku nak cepat. Kali terakhir berinteraksi, gemulah balas pantun aku dekat status ym. Katanya aku dah jual pantun tu, dia dah beli. Pantun pasal jodoh. Tapi aku tak ingat pantunnya. Tak salin. Cuma katanya kalau dah ketentuan Tuhan, tak ke mana.


Balik dari solat jenazah, Sidi Hidir (dengan izin) dua tiga kali toleh belakang sambil kata.
  • Inilah qadha' dan qadar.
  • Bila cakap pasal Saif pula dia kata "لا يكلف الله نفسا الا وسعها"
  • Akhir zaman ni nampak sangat, tuhan ambil habis/balik orang-orang baik dulu.
Sekonyong-konyong, aku track record tidaklah baik. Adakah 40 orang yang akan cakap baik tentang aku nanti? Tapi apa-apa pun bergantung atas yang akhirnya. Ya, kita sama-sama baiki. Kita sama-sama doa. Untuk diri sendiri, untuk gemulah, untuk dua lagi yang dalam ICU dan untuk dua lagi yang stabil untuk kuat jiwa.


Dari atas: Blog gemulah | Flickr gemulah | Gemulah ketika jadi AJK makanan Majlis Korban | Gemulah ketika jadi tukang potret Majlis Raya

6 comments:

sWeEtHeLwA said...

owh patutla lps smayg jenazah ari tu tok ime kata gitu..xpenah jupo lg sblum2 ni,igtkan dia kata gapo..
insyallah,ammar dalam rahmat Allah.

manlaksam said...

Alfatihah untuk Gemulah .......
Budak baik lagi berjurus.
Dia budak baik!!.

Jackster® said...

teringat kata2 arwah,

kami: susah la nk masuk dgn abg akmal, kdg2 x berani nak tegur.

ammar: ye ke, aku rase dalam uma diorang tu, abg akmal yang aku paling rapat, kalau pegi sane mmg bilik die yg aku p masuk dulu, p sembang2, seronok sembang dgn dia, mungkin kami satu kepala kot jadi senang.

moga diberkati Allah

wallahua'lam

aku hamba said...

entri ni sgt menyentuh hati..
ya..kalau saya yg 'pergi' ..adakah ada 40 org ber"eulogy" psl saya nnt..?speechless..
t.kasih ammar..walaupn tak kenal..byk pengajaran yg dpt dr perjalananmu menenui Ilahi...
t.kasih lagi atas entri ini...

Noor Syafiqa. said...

salam.
sekadar bertanya.
Allahyarham En Ammar dikebumikan di mn ye??
bawa balik ke malaysia ke?

p/s: saye tak kenal saudara Ammar tp dr care awk tulis, saye rase die orangnye BAIK.

Jackster® said...

Noor Syafiqa

Arwah dikebumi di Penang, negeri kelahiran dan kediaman beliau.

Alhamdulillah arwah sepanjang hidup memang seorang yang baik, boleh rujuk tulisan sahabat2 untuk beliau di Komuniti PERUBATAN

Wallahua'lam