Wednesday, June 24, 2009

Kedutaan Besar Malaysia, Tehran

30 Tahun Revolusi Islami XI
Antara destinasi tak berhajat.
Ketika mendaki (dengan teksi) di Valenjak, nampak di sebelah kiri, eh! Kedutaan Besar Malaysia, Tehran. Kami ingat nak singgah lepas main ski dan inilah harapan-harapan kami:
  • Mendapat sambutan hangat dan terasa macam berada di kampung halaman
  • Dapat melepas lelah di tempat hangat
  • Ada warung nasi lemak macam kantin arwah Wak Jasman di Kedutaan Kairo
  • Tumpang solat di tempat yang selesa (yang kurang syiah mungkin? Hahaha)
  • Tumpang tandas yang sedap sikit (ingat nak cerita panjang bab ni)
Tapi harapan macet dan meleset. Alasan yang besar ialah mereka baru berpindah ke situ, bangunan baru. Yang tertunai hanya melepas lelah dan tandas sedap. Nak tumpang solat pun dijawab, "Kami biasanya solat kat rumah je, hehehe."

Pun, disambut Encik Faiz (ke Faizi?), setiausaha apa entah, orang Perlis yang lebih mesra. Minum-minum kopi kedutaan, sembang-sembang pengalaman. Kemudian ke atas mengadap timbalan duta. Duta balik Malaysia.

Timbalan duta orangnya kecik saja dan muda. Anak pun baru dua. Cakapnya kontrol saja penuh gaya. Maklumlah, biar padan jawatan. Antara katanya yang masih dalam ingatan (Ayep, bolehlah tambah):
"Saya pun baru dua minggu je kat sini... Saya ni anak dua orang baru... Kat sini bahasa dia dengan Arab nak sama je, apa tu pisang tu? Ah, mouz, mouz..."

Dia orang Kelantan dan bila tau saja ada orang Kelantan dalam geng kami, habis hilang kontrol dah, jatuh siqah. Maklumlah, jumpa orang kampung. Dan dan cakap Kelantan. "Oghe kito ni oghe kito, oghe kito belako." Dia orang Tanjong Mas kot. Nak nak pulak bekas MML jugak tapi lapis tua, 97.

Kenangan terindah.
Lepas lepak-lepak, lepas kencing dan berak. Mintak kopi satu round lagi. Kami pun pergi. Agaknya Encik Faiz(i) dengan timbalan duta (nama dah lupa) saja orang Melayu kat situ. Nak mintak kopi pun dekat orang Iran jugak.

Cuba-cuba nak pukul gambar pintu get kedutaan tapi ada askar jeling-jeling. Konon-konon Ayep jadi decoy atau jadi penampan tapi fail jugak...

Begitulah...

6 comments:

djambu puadovich said...

kerek plak pak jaga iran ni. pak jaga ukren rilek je bagi kami tgkp gambo kat kedutaan Mesia. siap terkial2 nk belajo ckp inggeris. selalu kena sembur dgn Tok Duta la tu...haha!

Amermeftah said...

masalahnya pak jaga ni macam bukan org mesia upah, macam tentera diraja (diayatollah) iran je

polar bear kurus said...

hahaha die kalau tulis tak bes. kene cakap lah. sekali ngan buat 2-2 belah tangan berpusing-[using kat dahi sekali. wahahah

wahahah. jamban indah, makan kenangan pon jadi indah rupanya

Muhammad Warouq bin Qamar said...

eh,vest dewan pemuda masjid!

Amermeftah said...

tak gi buat keke rilif pon, vest pinjam Acap

Amermeftah said...

Wey Yep, aku dah rply ni, hak hak hak.