Tuesday, June 23, 2009

Imel Abah II

Burung-burung keluar sarang

Salam, Akmal, apa khabar kamu di sana? Kami seperti biasa. Abah dah mula melalui kesulitan kerap kaki membengkak dek kerana uric acid yang terkadang tak terkawal. Blood haemoglobin count pun semakin rendah, kena pula ambil iron supplement, vitamin B Complex dan Folic Acid... macam orang mengandung saja! Dikesan blood glucose tinggi seketika dan di beri Metformin... always hypo... nak pitam... jadi berhenti, hanya ambil Avandia. Tiga bulan dulu buat Diabetic confirmation test.... katanya perfect, tak ada diabetis ?

Ini maknanya umur sudah menyecah lembayung senja!!!! Mama, tak boleh dah nak bekerja kuat... akan jadi penat dan lelah. Balik ke Penang pun jika Owad ada jadi driver! Kalau tidak, memang tak baliklah kami. Kekadang teringat lagu J. Sham nyanyi... Ku ingin pulang, Ke tanah tumpah darah ku~ Ingin ku temui, Sanak saudara di sana~ Ku ingin cari, Pusara ayah dan Bonda~ Akan ku sirami, Air mawar di sana~ Tapi kini, aku tak kembali... Kerna aku... Tak berdaya..

"Sekarang tiba masanya anak-anak burung terbang keluar sarang... satu ke selatan, yang satu lagi ke utara. Satu dah lama merantau ke tapak tamaddun purba, yang satu lagi bakal mengikut jejaknya ke sana... Minggu hadapan, yang bongsu akan ke bahagian tengah...UKM namanya!
Tinggallah ibu dan bapak burung terkial-kial berdua. Bila bapak burung keluar sarang untuk menambah laba demi perbelanjaan pelajaran anak-anak burung, kesianlah ibu burung yang tua... hanya mengadap kalam Illahi sahajalah agaknya!"

Kamu belajarlah bersungguh-sungguh... atas apa sahaja taqdir yang dijanjikan sama-samalah kita terimanya dengan iman di dada.

Salam hormat mesra dari bapak burung tua yang masih teraba-raba mengenali Penciptanya!

15 comments:

PINATBATE said...

isyy..tetiba rasa mcm nak nanges pulak..

polar bear kurus said...

Peh emel bapak ko.
Speechless gila neh aku baca.
Diorang pernah hantar surat btol tak? Tules jawi lagi tu. Bapak apit pernah.dgn sazwan skali.

Muhammad Warouq bin Qamar said...

*standing ovation 4 saat kat bapak amermeftah berulang2*

kagum saye..kagum..rasa perasaan bercampur baur..email ni mmg mempunyai kebolehan membolak balikkan emosi.syabas pakcik,syabas..

ayep,aku rasa aku penah tgk surat bapak apit tu.stylo gile seorg ayah sedemikian.

eh bakemal,ade sorg lagi nak ikut ke mesir ke?

Amermeftah said...

Kak Pinat:
Itulah Kak Pinat, berat mata memandang dengan kaca-kaca air mata, berat lagi bahu memikul eh

Ayep:
Bapak Iqbal memang, semua surat dalam tulisan jawi rek'ah, tulisan pulak kemas sama serata je saiznya, sampai aku ingat nak amik kursus intensif tulisan jawi ngan bapak dia time summer

Waruk:
Bila bapak dah tua mcm tu la jadinya, ayahanda Patih Megat dah pesan dah, *surat bapak apit: oleh itu, kita hendaklah...*

ashraflatif said...

mantap ar bapak kau. bagi standing ovation jugak

maskedfacies said...

huh. nnt ko pon mesti mcm bapk ko. hebat2. abah aku main sms je.

Aku: abah kt mana ni? bila nk balik?

Abah aku: otw ni.

alQasam said...

Mana tidak tumpah kuah kalau tidak ke nasi. Dua-dua cantik bahasanya. Dalam seninya.

Amermeftah said...

Ceroh:
Mantap tak dapat diwarisi~ Dari seorang ayah yang mantap~

Mimi:
Kalau anak aku seksok, aku akan buat surat bingkis, tulis pakai kalam bulu ayam, pakai dakwat sotong, tulisan jawi rek'ah ejaan melayu za'ba, tulis atas kulit kayu kalau kulit kijang tak ada, kalau dekat hantar pakai merpati, kalau jauh hantar pakai kapal layar

Kak Sumayyah:
Dalam urat kami, mengalir darah seni, apa pun seninya, tapi tekanan hidup memaksa kami menjadi orang sains, tapi bukankah sains itu proses seni itu hasilnya, hahaha, sebenarnya yang pernah bercita menjadi pengarang yalah mama saya, adapun abah tak tahulah, bakat terpendam atau jiwa tua yang sunyi dan sayu

muhayniey said...

assalamualaikum..
moga prof.isa sihat selalu.
-ank murid "research methodology"

Anonymous said...

aku ni mal...
patut semacam ade smgt baru dlm diri kau...
nasihat seorang ayah memang sentiasa ikhlas walaupun memakai watak burung...
kita sebagai anak-anak pula, lambat untuk faham walaupun memakai watak penuntut ilmu.
teruskan usaha!!!

Amermeftah said...

aku ni mal...

siapa kau?

Aku manusia yang bernama SYAFIQA. said...

wah..best la surat ayah kamu!
bersastera sampai mencucuk jiwa rage nie..

rase cam mak nanges pon ade..

Anonymous said...

entry kau yg lama2 pn ada psl surat2 ayah kau..
ak suka baca penulisan ayah kau..

I like this.(unsur penekanan macam di fb)ak tkleh nk tnjuk simbol thumbs up..haha

sebatangklobot said...

aku ni mal

Amermeftah said...

ah...