Tuesday, June 16, 2009

Piknik

30 Tahun Revolusi Islami X

Sampai stesen satu baru tahu. Semalam salji lebat jadi laluan ais belum mampat. Jadi orang pun tak bagi main ski. Nak naik ke stesen lagi tinggi pun tak bagi. Jadi yang kami pun pergilah peknik -bak kata Haji Bakhil.

Nak piknik bukan senang, kerusi meja tenggelam. Kenalah sodok salji dulu dengan siko atau cok betul. Lelah.

Makan sardin, roti, susu coklat, biskut. Kaki masing-masing tenggelam salji sambil dah mula sakit ibu kaki.

Puas piknik masing-masing nak bergalak pulak. Muhammad terbaring terbenam dalam salji. Semua tiru. Tapi masing-masing nak buat snow angel pun tak reti.

Tak ada idea, snowman pun tak pandai nak buat. Main lompat-lompat pulak (tanpa zikir). Ayep lompat dari tebing, rolling sambil landing buat freeze. Tipu gila, hohoho.

Macam dah tak ada benda budak muda-muda. Mesti nak ambil gambar loncat. Disebabkan aku tak wujud dalam gambar maka akulah jurukamera yang terrer tu. Walaupun Muhammad mungkin tuntut terrer tu teretak kat kamera henset dia. Aku tak loncat, sakit urat. Lagipun jaga siqah, kah kah kah. Muhammad macam kena tendang dengan Ayep. Jelas terpancar semangat rivalry di situ, huhuhu (aku paling tak suka gelak macam ni).

Akhirnya lepas sengal ibu kaki sampai rasa macam dah tak ada ibu kaki yang entah-entah dah tanggal takut frosbite sebab pakai kasut kanvas koyak sana sini dah tu kaki penuh salji cair berair campur stokin tak banyak salin. Bau peng (baca dengan e pepet). Maka masing-masing pun turun sambil jeling jeles dekat kasut tebal orang Iran.

Hidup mesti terus.
Begitulah

13 comments:

maskedfacies said...

Baeng.

ko pnah dgr?

Amermeftah said...

tak

manlaksam said...

Seronok sungguh nampak nya.

alqasam said...

Salam

Kat mana ni?

Amermeftah said...

kat iran

maskedfacies said...

hohoho?

huhuhu?


oh....(2x-an pon pandai gelak sebegitu?)

Amermeftah said...

hohoho ialah gelak dalam komik shin chan ketika tgh cover malu

huhuhu ialah gelak golongan HIHIHI yang kununnya gelak tu lebih sopan drpd hahaha, padahal kalo yakin byk ketawa hati mati baik jgn gelak teros

aku memang pandai

djambu puadovich said...

hmmm...mngaku pandai? tanda2 hati nak nazak gak tu...:P

kui3...

Amermeftah said...

dalam sesetgh hal yang kita memang pandai, baiklah kita mengaku saja, tak payah buat-buat tawadhuk, menyampah, ini lebih baik daripada kalau tak pandai tapi buat pandai-pandai

djambu puadovich said...

hehe. bagus, jwpn yg memuaskn hati aku :D

terutama bhgn hujung tu...ouch!

djambu puadovich said...
This comment has been removed by the author.
firuz akhtar said...

sekali sekala jupe salji best ler...ni kalau duk sana, baru rasa camnak nangis.hehe...huhu~ tk le lupe kenangan hidup musim salji kat sana....berebut2 nak duk tepi heater...satu je ada dlm klas

Amermeftah said...

Phuong ckp kat kami mcm tu la, pas-pastu sy pon sama la jugak, leceh pulak salji sebab nanti lecah mcm hujan, lepas balik kesian tgk budak-budak yg eksaited ngan salji