Saturday, June 27, 2009

Daud dan huruf diftong

Mengalahkan orang sudah menikah atau hendak beranak. Kami banyak bincang pasal nama untuk anak-anak. Padahal hak anak ke atas bapak yang pertama pun belum selesai iaitu mencari bakal mak untuk anak. Kebanyakan kami konservatif,nama sepatah, para Nabi atau para sahabat. Tak mahu nama-nama moden Melayu. Yang entah ada makna entah tidak. Yang lagi suka tak ada makna dari ada.

Adapun selepas, huruf diftong ialah apabila huruf vokal (huruf mad?) bertemu huruf vokal dalam satu kalimah. Contohnya kata-kata seperti air, daun, kain, duit, tuala dan laut.

Ketika menyebut kata diftong seolah-olah ada huruf yang menghubung antara dua vokal. Contohnya macam dalam lagu 'Andainya Aku Pergi Dulu' Alleycats menyanyi ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~. Atau dalam lagu 'Suara Kekasih' dinyanyikan ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Pun bunyinya tidak jelas begitu cuma vokalnya seakan meluncur saja. Air seakah ayir, tuala seakan tuwala.

Adapun Daud, cara orang kita menyebutnya seperti diftong. Padahal cara betul menyebutnya ialah seperti nyanyian Alleycats iaitu ~Berguguran daWun jatuh lembut ke rambutmu~ atau ~Tibanya sinar bulan di laWut~. Iaitu Dawood bukan Daud. Kerana huruf wau berbaris depan bukan mati.

Maka baharulah nama Dawud itu sedap bunyinya sesedap suara nabi Dawud a.s membaca Zabur dan tidaklah namanya berbunyi seperti sesuai untuk pakcik-pakcik zaman kita saja.


11 comments:

Unknown said...

Tu bukan gambar kucing imarah lame dulu ke. Terkenang keakraban mase tinggal berjiran dulu

syafiqa salim said...

Adapun saudara2 sekalian ini bagus sekali ye kerana masih mahu memilih nama2 sahabat atau nabi yang orang sekarang anggap name kekampungan sebagai nama BAKAL anak...

jadi, kalau di tanah Arab sane, katekanla kamu bername DAUD, orang Arab akan panggil kamu dengan panggilan DAWUD kah??

Amermeftah said...

Sob:
Hak ah Sob, dulu akrab gile kan, pinjam garam, pinjam gula, pinjam minyak, pinjam blender dan jasa besar rumah lama kau, bawak pijat! Hahaha.

Pika:
Sebenarnya banyak nama nabi jadi/bunyi kampung sebab orang melayu sebut tak betul. Nama sahabat banyak lagi yang tak kampung, yang pelik-pelik tapi nak cari kena korek, orang Arab memang sebut dengan betul, menghargai setiap huruf, dah bahasa dia orang.

syafiqa salim said...

ok la en.akmal.. andaikata saya mau mencari name BAKAL ANAK nanti..saya refer kat kamu ye..
hahahaha ( xde sbb pon nak gelak..)

Amermeftah said...

cik pika, kalau nak kasi nama anak jangan refer kat aku, baiklah refer ulama, tapi anak (jantan kot) yang sulung baiklah bapaknya yang memilih, sebab nama anak tu akan jadi gelaran untuk bapaknya

maskedfacies said...

*ehem*

Amermeftah said...

takyah nak *ehem* aku, kang aku *ehem* kau ngan **** kang ada yg gelabah plak

syafiqa salim said...

erk..mimi kenape ko ber *ehem*..
sakit tekak ke???

Amermeftah said...

minumlah ubat batuk cap kelapa laut afrika

Anonymous said...

aku ingat nak letak nama salah sorang anak laki aku 'laith'. tapi awek chun tak setuju. kata dia, orang melayu tak pandai sebut. lagipun nanti anak tu jadi garang.

sini ada ustaz yang nama dia abu laith. petang-petang rabu, dia ajar syarah riyaadhussolihin.

Amermeftah said...

macam penah dgr ust abu laith tu, kenapa kalau laith jadi garang? ust tu garang ke atau laith yg asal tu garang?

ingat tak muhaimin abg kpd mursyidi? anak nomor dua dia nama syaima'. itu pun org kampung payah nak sebut

senior aku sorang letak nama anak abbas, supaya anak dia jadi kental, keras dan tegas