Monday, August 31, 2009

Arz Odası

Mengadap Sultan Setambul XIX

Ialah Audience Hall atau balairong seri sultan Setambul. Dibina betul-betul di belakang Bab-üs Saadet dengan tujuan laman ketiga yang menjadi kawasan peribadi sultan tidak kelihatan dek orang luar. Selepas mesyuarat di bawah kubah tamat, setiap wazir mesti masuk seorang demi seorang melaporkan kepada sultan. Sultan akan duduk di atas takhta yang kelihatan seperti katil, bentuk takhta yang biasa bagi kerajaan-kerajaan besar sebelah timur.

Wazir yang menunjuk aksi yang baik akan dihujani dengan hadiah, pangkat dan jawatan tinggi manakala wazir yang menunjukkan aksi yang buruk kononnya bakal dicekik oleh sida-sida yang pekak dan bisu. Allahua'lam. Balairong seri sultan juga menerima duta-duta luar untuk upacara mencium kelim jubah sultan, adat istiadat biasa zaman pertengahan ketika mengadap raja tak kira di timur atau barat.


Pintu masuk ke balairong seri. Di sebelah kanan ada air pancut binaan Sultan Sulaiman I yang ada inskripsi Parsi berbunyi 'air pancut kemurahan hati, keadilan dan selautan kebajikan'. Kalau dapat tengok di hujung bawah sebelah kiri akan ternampak kisi-kisi tingkap dari emas tempat pameran hadiah-hadiah dari duta-duta untuk sultan.


Sunday, August 30, 2009

Terawih bukan terawikh

Pernahkah kamu orang tengok rancangan agama (Islam) di TV? Kalau zaman dulu yang paling popular ialah Ehwal Islam.

Zaman keemasan Ehwal Islam ialah ketika ia masih disiarkan dari studio yang ketika itu dipengerusikan oleh Datuk Dr. Hasan Ali dan antara panelnya Dr. Haron Din, Arwah Dato' Ishak Baharom dan Ust Ismail Kamus.

Tapi sejak banyak panelnya masuk pembangkang lalu digam atau digam lalu masuk pembangkang kesedapan dan popularitinya makin menurun.

Kemudian muncul Al-Kuliyyah yang nampak gayanya macam hendak mengeteng Ehwal Islam. Tak kurang juga rancangan agama dalam bahasa lain iaitu Iman kalau tak silap dalam Mandarin dan Uswah dalam Tamil.

Adapun yang paling antik rancangan mengajar Al-Quran yang dikelolakan oleh bapak Jalaluddin Hasan, Ust Hasan Azhari. Nostalgia sungguh rancangan itu. Kemudian rancangan Quran mula berevolusi menjadi lebih comel dengan melibatkan kanak-kanak sahaja.

Apa pun pernahkah kamu orang perhati hos-hos untuk rancangan ini. Kalau yang perempuan anggun lagi ayu bertudung litup manakala lelaki pula segak bersongkok yang kadang-kadang dipadankan songkok dengan sebai. Tak masuk langsung. Tapi aku bukan nak ajak tengok bajunya sebab nanti kata aku menghukum pula.


Cuba ingat balik macam mana mereka bercakap. Macam mana mereka menyebut perkataan. Bukan main lagi. Perkataan disebut dengan makhraj yang betul. Segala ainnya, khafnya, qafnya, ha pedasnya, thonya. Terutama dalam kata-kata pinjaman Arab macam taat, sihat, hak, batil, rakyat, tarikh.

Maka wajarlah taat disebut dengan 6a3at, sihat dengan si7at, batil dengan ba6il, rakyat dengan ra3yat, tarikh dengan tari7'. Ini benar.

Tapi kadang-kadang malang yang dalam bahasa Arab pun dalam huruf alif/hamzah disebut dengan huruf ain juga. Amanah jadi 3amanah. Ana dan anta pun jadi 3ana dan 3ente. Lagi parah, perkataan Melayu yang mula huruf A pun di'ain'kan juga. Contoh ayat, 3anak-3anak adalah 3amanah dari Allah ...

Semata-mata ia rancangan agama maka segala makhraj huruf harus ditekan-tekan, segala sebutan pun mesti di'arab'kan mudah-mudahan terang, jelas dan nyata Islamnya sedang waktu lain hilang ghaib segala makhrajnya. Aduihai, hal yang sudah elok tinggallah ia dalam baik duduknya.

Maka itu, sempena Ramadan marilah kita bawa-bawa diri ke masjid untuk solat terawih bukan solat terawikh. Tarawih masih diterima, ada dalam kamus dewan.

Maaf, aku seorang linguistic police lantikan. Sakit mata menengok.

p/s: minuman kesukaan Acap ialah air 6e7

Saturday, August 29, 2009

Mawardy Center

Stesen Abou Rish dulunya di tempat lapang terbuka nan sempit macam kawasan parking lagaknya. Sudah bertahun sempat juga merasa khidmatnya stesen baru. Tapi belum buka penuh lagi terutamanya tingkat atas yang bersambung dengan Metro.

Orang Mesir ada cara tersendiri. Untuk mengekspresi diri? Kalau kau orang halang dengan batang besi atau keping papan boleh terima lagi tapi buat tembok batu siap! Apa guna sia-sia buat tingkat dua?

Dari sini kamu orang boleh ambil bas No. 30 pergi ARMA, bas No. 14 pergi Hayyu Sabie', bas No. 25 pergi Madinah Nasr, bas No. 116 pergi Cairo Airport yang terminal tiganya sedikit sangap dengan peraturan baru itu ...

Friday, August 28, 2009

Berbuka

Juadah berbuka serba tidak simple. Hajat berbuka dengan ramen itik tapi Restoran Go Wok sudah bungkus. Maka makan buffet saja di L'Opera dua tahun lepas sambil layan lara di jiwa sebenarnya. Tuan puan sekalian ini sebahagian hidangan timur tengah dan makanan moden.

Ikut putaran jam mula dari jam sembilan, gorengan-gorengan celup tepung, terung mahshi, timun dalam kuah tomato, kofta, ayam goreng dan ikan dalam krim.

Mula dari jam enam ikut arah lawan jam, kari daging mungkin, nasi kabsah mungkin, makarona, freek? freed? (sejenis masakan yang bolehlah kata gandum yang digoreng macam nasi), suguk.

Selamat berbuka puasa.

Thursday, August 27, 2009

Kembar Pol-e Khaju


30 Tahun Revolusi Islami XVII
I

Setengah tempat memang terkenal di luar tapi dipandang enteng tempatan dan setengah benda terkenal di tempatan tapi tak ketahauan langsung dek luar.

Contohnya antara Masjid Al-Azhar dengan Masjid Ibnu Tulun. Macam gitulah juga nasib Pol-e Khaju. Dalam kepala kami pun cuma ada Si-o-se Pol saja. Nasib baik Hasan agha bawa kami ke sini. Khayli mamnoon.

Jambatan Khaju paling indah. Ada astaka di tengah. Dibina sekitar 1650 oleh Shah Abbas II ia berfungsi juga sebagai empangan untuk tujuan pengairan pertanian dan taman-taman.

Bawah kolongnya, tempat hamba rakyat melepak-lepak petang-petang Jumaat nan cuti. Ada budak muda kerinting yahudi menyanyi lagu asli dengan suara halus tinggi mendayu-dayu sambil pakcik tua mengiring dengan tiupan ney. Kamera aku memang lousy ambil gambar malam, jadi pakai gambar Ayep saja.

Kalau nak tau, Pol-e Khaju ada kembarnya di Malaysia. Di Putrajaya, Jambatan Putra ...

Wednesday, August 26, 2009

Cangkriman Ramadhan

Perangai apa yang buruk di bulan lain tapi bukan di bulan Ramadan?

Memang busuk perangai kalau masuk opis lewat tapi balik rumah awal. Tapi di bulan puasa, elok mulakan puasa lambat dan tamatkan puasa cepat.

Malah dituntut lagi ...

Tuesday, August 25, 2009

Akulah Lelaki Laut!

Haaa~

Umi no otoko nya yoo~

Oki no kamome mo yoritsukanu~

Oka no kakaa ga nakou to mo~

Dare ga toru yara ichiban mori~

Haa dancho ne dancho ne~

Aa tairyou da tairyou da~

Orang laut ni memang siot/Orang kapal ni memang sial. Ah, sia-sia puasa. Sengaja bawa kapal pergi pulau paling jauh dulu ...

Anarki di Athina XXXIII

Sunday, August 23, 2009

Kubbealtı

Mengadap Sultan Setambul XVIII

Atau bawah kubah secara rasmi dipanggil Divan-i-Humayun yakni Imperial Council ialah Majlis Mesyuarat atau Majlis Persidangan wazir-wazir kerajaan Uthmaniyyah.

Ketika mesyuarat berlangsung, Wazir Besar atau Grand Vizier akan duduk di kerusi ini sedang di kelilngnya wazir-wazir lain turut berbincang.
Di atas tempat duduk Wazir Besar ada tingkap berjerigi emas yang menjadi tempat sultan mengikuti mesyuarat tanpa diketahui. Bila sultan menutup tirai tingkap mesyuarat dianggap tamat.

Mesyuarat berjalan empat kali seminggu selepas solat subuh.

Saturday, August 22, 2009

Lenggak ke langit

Asal masuk bulan puasa je mesti kononnya buat wallpaper ...


Friday, August 21, 2009

Mihrab Masjid Mu'ayyad

Ruht ya Sha’ban,
Wa Geet ya Ramadan.

Indeed We see the turning of your face to heaven, so We shall surely turn you to a qiblah which you shall like;
(2:144)

Hari syak yang tidak syak lagi ...

Thursday, August 20, 2009

Pegang Puasa


Selamat datang ke penjara orang-orang Melayu dan pesta orang-orang Arab ...

Wednesday, August 19, 2009

Sepahan


30 Tahun Revolusi Islami XVII

Marilah kita kenali kota Esfahan secara umum. Tehran ialah bandar baru. Abad ke 20 baru buka. Sebab itu tak ada apa-apa (yang kena dengan selera aku). Tapi Sepahan, sejak abad ke 11 sampai 17 berkembang maju. Zaman Safavid dulu, Sepahan ialah ibu kota bukan Tehran.

Zaman dulu, Ibnu Sina yang popular tu hidup dan mengajar di Sepahan. Sebelum sampai Sepahan mesti lalu Qom. Bandar keramat Syiah tempat orang mengaji mazhab Syiah. Lagipon ada makam Fateme Masuma.

Sepahan bandar konservatif sikit. Perempuan-perempuannya pun banyak yang pakai chador. Kalau yang tudung jambul pun sikit saja keluar jambulnya. Nak ambil gmbar perempuan pun rupanya tak boleh.

Sepahan bandar lama. Jadi banyak jalan berhias, jambatan, istana, masjid, menara yang indah-indah dan ajaib-ajaib. Sebab tu orang Parsi kata Esfahān nesf-e jahān Sepahan separuh dunia. Kalau dah sampai sana tak payah jalan ke lain lagi. Cukup dah. Contohnya Chaharbagh Boulevard ni, ada kaki lima luas tengah jalan yang ada taman dan boleh buat tempat budak muda main skateboard, main badminton, main futsal? Kalau musim bunga lagi lawa.

Tuesday, August 18, 2009

Pak Lawak Keloloh

Masa aku tingkatan empat, aku ada cita-cita nak jadi comic artist. Comic artist ialah pelukis komik bukan pelakon lucu. Majalah Komik Gempak berjasa besar dalam hal ini. Sampai menggantikan tempat Dewan Siswa sebagai bacaan bulanan aku seraya menguburkan minat aku pada persuratan Melayu.

Waktu itu aku terpikir, lagi baik cerita aku, watak aku tergambar menurut kehendak aku bukan mengikut imaginasi liar pembaca. Waktu itu banyaklah aku kenal orang-orang dalam dunia komik.

Macam Stan Lee, Travis Charest, Joe Maduriera, Frank Miller, Alan Moore, bapa manga Osamu Tezuka, Junji Ito, Nobuhiro Watsuki, anak muridnya Eiichiro Oda, raja komik Hong Kong Tony Wong dan Ma Wing Shing.

Dalam komik Gempak ada diajar beberapa genre dalam membikin sebuah manga. Antara yang ditunjukkan ialah manga dalam genre berkumpulan. Yakni watak utama terdiri daripada sekumpulan watak dengan karektor tersendiri.

Adapun karektor dalam kumpulan ini biasanya sama dan wajib diikuti kalau mau melukis genre macam ini. Iaitu mesti ada seorang hero macho, ego dan bergaya, seorang watak perempuan yang lawa dan mungkin seksi, seorang watak yang bertubuh besar dan biasanya kuat, seorang watak yang kecil molek dan comel (kiut) dan seorang watak yang betul bendul tapi bijak.

Maka dalam alam realiti pun kalau ada kumpulan setiap orang tu adalah karektor sendiri. Ada yang nerd kerja mengaji saja, ada yang alim lagi warak, ada yang jenis baran tak pasal, ada yang ho ha hoha atau yat yat yay dan ada yang suka buat lawak.

Orang yang lawak memang best. Memeriahkan keadaan, suasana pun ceria. Seronok bila dia ada. Tapi mentang-mentang dia lawak kau orang jangan ingatkan dia tu court jester kau orang atau kau orang punya clown.

Bila dia tanya serius, kau orang jawab loyar buruk. Bila dia tanya elok-elok kau orang jawab main-main. Ingat dia tu 24/7 jadi bahan lawak atau entertainer kau orang? Kau orang mesti ingat, di sebalik solekan badut dia ada muka manusia.

Orang lawak paling kesian. Siapa tau isi dalam hati dia. Bila dia duduk seorang-seorang, apa rasa dia, masalah hidup dia. Susah senang dia, cerita-cerita duka dia. Yang kau orang tau, gelak dia, sengih dia, muka toya dia. Kalau nak faham, pergilah tengok filem Hindustan. Mere Nam Joker.

Dalam kumpulan ni, ada yang lawak, ada yang baran, ada yang paranoid, ada yang banyak cakap, tapi 90% dari yang ada ni warak lagi alim dan nerd yang cuma tahu mengaji saja.

Monday, August 17, 2009

Kapal Laut

Bila aku tengok gambar paling awal dan paling akhir, baru aku sedar kapal laut masih lagi pengangkutan yang popular.

Teka teki budak sekolah rendah,

Tukang teka: Kapal lalu di mana?
Tukang jawab: Kat laut la.
Tukang teka: Salah, lu punya kepala kat sini la (sambil tonjol kepala kawan).

Anarki di Athina XXXII

Sunday, August 16, 2009

Piyu

Lepas puas main pasir, mian air dan main api, budak-budak mula belajar melukis. Melukis ya bukan menulis. Mungkin sebab belum diajar menulis tapi walaupun dah belajar menulis, budak tetap lebih suka melukis.

Sebab dengan melukis budak-budak boleh mengeksperesi diri masing-masing. Meluahkan segalanya. Dengan melukis budak-budak lebih bebas berkhayal. Lebih bebas tanpa perlu tertakluk pada hukum-hukum tatabahasa.

Tapi lama-lama bila dah diasuh menulis, budak-budak pun dah lupa melukis. Otak budak-budak pun dah diatur untuk menulis yakni mengikut gerak tangan yang dah ditetapkan, dikepung hukum-hukum tatabahasa sampai yang dulu-dulu pandai melukis dah jadi tak reti.

Zaman kecik dulu lebih kurang empat tahun kot umur sebab abang aku darjah satu masa tu, tak ada sapa nak jaga aku di rumah. Jadi abah akan angkut aku sekali pergi opis dia.

Jadi aku pun membesar di opis bapak aku setiap hari sampai waktu lunch. Sementara abah buat kerja dia akan bagi aku sebatang pensel HB yang warna merah tu dan sekeping kertas.

Aku pun buatlah apa yang budak-budak lain suka buat yakni melukis. Antara lukisan awal aku yang paling diingati ialah penyu. Aku pun tak tau kenapa aku suka lukis penyu. Tapi lukisan paling awal aku bukan penyu, lain kali.

Aku pun lukis bapak penyu, mak penyu, anak penyu, abang penyu, adik penyu, tok wan penyu, mak tok penyu, cucu penyu, mak menakan penyu, sepupu penyu, mak menakan pupu penyu, kandang penyu, telur penyu.

Bila sampai waktu lunch, abah akan hantar aku balik sebab mama pun dah balik dari mengajar di Sekolah Perempuan Cina Peng Hwa. Sebelum balik kami berhenti kat Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor dulu, ambik abang aku.

Setiap hari dia akan tanya aku soalan yang sama, "Hari ni makan apa?" Aku pun jawab,"Biskut." Abang aku pun terus balas, "Biskut laaagi." Aku pun gelak. Sebab benda tu memang berulang tiap-tiap hari.

Ya, biskut assorted sebagai bekal kat opis abah. Aku ingat lagi biskut yang inti jem blackcurrant sebab aku tak suka. Tapi aku makan jugak tak kata apa sebab dari kecik aku memang patuh, taat, setia, pasif, penakut, tunduk serta tidak menentang.

Macam ginilah ghope penyu yang aku lokih jaman kecik dulu ...

Saturday, August 15, 2009

Kiblat orang kepala kudung

Ehem! (Buang kahak) Bulan Syaaban dah nak habis, kah kah kah. Aku lupa pasal tukar kiblat. Tapi aku cakap begini saja.

Aku ada sembang dengan beberapa orang. Sembang pasal beberapa perempuan. Pasal perempuan yang lawa. Perempuan yang lawa tapi kepala kudung. Kepala kudung yakni tak pakai tudung. Aku pun kata rupanya cantik tapi sayang tak pakai tudung.

Maka orang-orang yang aku sembang tu pun kata tapi hati dia baik. Baik, kalau aku cakap pasal perempuan nanti orang kata aku male chauvinist pulak. Aku bawak kes lain walaupun benda ni banyak jadi bila cakap pasal perempuan kepala kudung.

Satu masa member aku pergi jalan-jalan. Drebar dia orang sekali pun tak nampak sembahyang. Tapi tiba-tiba ada satu member ni cakap, tapi dia memang baik ah. Berdesing jugak telinga aku mendengarnya. Macamnya tak sembahyang tak apa asal hati baik. Memang Tuhan tak tengok rupa luar kamu tapi tengok hati kamu. Tapi tidakkah kalau hati kamu baik, akan membawa kepada luar yang juga baik.

Tuhan pun kata,
"It is not righteousness that ye turn your faces to the East and the West; but righteous is he who believeth in Allah and the Last Day and the angels and the Scripture and the prophets; and giveth wealth, for love of Him, to kinsfolk and to orphans and the needy and the wayfarer and to those who ask, and to set slaves free; and observeth proper worship and payeth the poor-due. And those who keep their treaty when they make one, and the patient in tribulation and adversity and time of stress. Such are they who are sincere. Such are the God-fearing."
(2:177)

Di sinilah datangnya nilai. Kalau nak ikut nilai orang lain (Barat contohnya) silakan. Kalau nak ikut nilai Tuhan, tengok balik di atas. Sasaran aku bukan pada perempuan kepala kudung. Kita doakan dia orang yang terbaik. Aku lebih nak tembak orang yang ada mentaliti asal hati baik semua pun ok.

Kejap, nanti ada yang argue. Perempuan yang pakai tudung pun kaki mengumpat jugak. Ya. perempuan yang tudung tergantung atas kepala patut malu dengan tudung dia orang. Tapi yang hati dah baik kenapa tak nak jadi yang terbaik dengan mula menutup kepala dan yang dah baik-baik tutup kepala jadilah yang terbaik dengan menutup mulut pula.

Yang penting kita usaha untuk jadi yang terbaik. Sometimes the destination is not important. The more important is the journey. Ada kaitan ke tak ayat akhir tu?

p/s: Aurat bukan sekadar tutup kepala. Labuhkan sampai dada sebab mata-mata jantan lebih menumpu ke situ daripada rambut.

Perempuan-perempuan chador ...

Friday, August 14, 2009

Bab-üs Saadet

Mengadap Sultan Setambul XVII

... Sultan bersemayam di atas takhta di bawah anjung. Di belakangnya terpacak panji-panji hijau berbingkai benang emas dengan kain putih tertampal di tengah termaktub Nasrun Min Allah. Di keliling baginda berhimpun wazir-wazir kecil. Segala bangsawan, sida-sida betara dan isi istana beratur berangkai sedang serdadu berderet di kiri kanan laman. Di kala itu, tiada siapa yang bercakap. Senyap tidak berkutik sampai kalau ada jarum terjatuh pun boleh didengar. Duta berlima masuk berjujuk membuntuti orang besar bertiga. Bila hampir benar dengan sultan Sheikhul Islam dan Agha berjalan pantas seraya berdiri di kiri dan kanan sultan. Wazir besar mengadap mengangkat menadah kedua tangan menunduk memberi sembah. Setelah itu semua yang hadir pun menurut Wazir Besar memberi sembah. Wazir besar mempersembahkan duta dan sultan membalas dengan mengangkat tangan. Sebentar kemudian sultan menganguk saja dan seorang sida pun keluar dengan lima persalinan indah-indah buat hadiah untuk duta-duta ...

Gate of Felicity ialah benar-benar pintu masuk ke kawasan peribadi sultan. Tak ada sapa boleh masuk kecuali dengan izin. Pak Menteri Besar pun sekali-sekala saja boleh. Pada Hari Raya, hari pertabalan dan hari menghantar orang pergi perang, sultan akan duduk di atas takhta sambil rakyat datang memberi penghormatan. Di bawah anjung, ada tempat untuk menegakkan bendera Nabi yang diserahkan kepada jeneral yang bakal turun berjihad.

Laqad qeela, telah dikatakan, di air pancut inilah tempat pedang dibasuh selepas algojo menjalankan hukuman pancung.

Adalet Kulesi

Plak batu sebagai harta rampasan perang dari Russia dengan Tower of Justice di belakang. Laman kedua ini menempatkan hospital, dapur, kem askar, kandang kuda dan harem. Di laman kedua ini, tak siapa pun dibenar bercakap. Menara Keadilan lambang sultan menolak segala kezaliman. Segala hamba rakyat yang memandang menara dari jauh akan berasa yakin dengan kebersamaan sultan dengan mereka.

Thursday, August 13, 2009

Al-Mulku Lillah

Saudara-saudara muda,
Dur dan tasalsul (kitaran yang berulang-ulang) tidak kena dengan tauhid lantaran Tuhanlah yang paling awal dan paling akhir. Adapun kita makhluk ini kadang-kala cocok pula. Tuhan pun berkata

Say: O Allah! Owner of Sovereignty! Thou givest sovereignty unto whom Thou wilt, and Thou withdrawest sovereignty from whom Thou wilt. Thou exaltest whom Thou wilt, and Thou abasest whom Thou wilt. In Thy hand is the good. Lo! Thou art Able to do all things.
(3:26)

dan berkata lagi
And if ye turn away He will exchange you for some other folk, and they will not be the likes of you.
(47:38)

Saudara-saudara muda,
Kuasa dan kerajaan itu lama-lama ia akan menjadi busuk. Korup, lembab. Macam bunga yang kembang lama-lama jadi layu. Macam lauk yang sedap lama-lama jadi basi. Macam anak yang comel lama-lama jadi kerepot. Ini namanya lumrah dan sunnah. Sunnah Tuhan.

Maka itu, mengapa politik harus dibenci politik harus diketepi sedangkan kita terima kuasa akan membusuk dan itu lumrah? Patutnya pilihlah pihak. Pilihlah yang paling benar bagi kita. Pilihlah yang punya tujuan baik. Sokonglah dan dokonglah dan mulailah membina.

Saudara-saudara muda,
Memang kita tahu kuasa yang kita pilih akan membusuk. Tapi itulah pilihan kita, berjuang untuk sekarang. Memang kita harap tujuan baik itu konsisten dan istiqamah tapi anak-anak kita belum tentu. Memang kita mahu tujuan baik itu kekal selamanya tapi yang sampai bila-bila itu cuma Tuhan semesta. Yang penting kita berjuang. Berjuang untuk sekarang.

Mungkinkah Tuhan demi memelihara ahli bayt Nabi, tidak mentakdirkan mereka memegang kuasa. Lantaran kuasa itu di hujungnya sudah lumrah menjadi busuk membuat buruk.

Wednesday, August 12, 2009

Operation on the way

Pembedahan sedang dijalankan ...

Aku mengaji di sekolah Arab. Sekolah yang setahun kami mengaji sampai dekat 20 subjek setahun. Walaupun orang-orang Islamik moden yang moderat merendah-rendahkan sistem kami dengan niat yang baik, kami tetap survive. Malah berjaya juga.

Di sekolah kami mengaji dalam fekeh contohnya kitab Taqreeb Fath ul-Qareeb. Kami mengaji bab taharah, solat, zakat, puasa, haji, nikah, cerai, talak, iddah, zihar, li'an, qazaf, jenayah, qisas, hudud, zina, riddah, jihad ...

Bila naik empat senawi, kami mengaji kitab Iqna' pulak. Dalam tu aik! Kami mengaji lagi bab taharah, solat, zakat, puasa, haji, cerai ... Kebanyakan kami pun bosan.

Macam gitu jugak tauhid, kami mengaji tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah, sifat 20. Masa PMRU ulang lagi uluhiyah tambah nubuwiyah, siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Baki lagi naik empat senawi agaknya kami dah tak ulang bab uluhiyah. Ulang nubuwiyah dan tambah sam'iyat. Syurga neraka, dosa pahala, mahsyar dan sirat serta mizan.

Sekarang aku mengaji di sekolah perubatan. Tahun satu mengaji anatomi misalnya hati. Apa urat darah dia, apa benda yang melekat di belakang dia, sebelah dia ada apa. Kemudian fisiologi, apa fungsi hati, macam mana dia berfungsi.

Naik tahun lima dia ulang lagi anatomi hati sekian sekian, fisiologi hati sekian sekian. Cuma tambah penyakit-penyakit, gejala dan tanda serta cara merawat. Naik tahun enam dalam subjek pembedahan aik! Dia ulang lagi anatomi. Penyakit-penyakit yang sama, gejala dan tanda yang sama, rawatan yang sama ...

Aku pun bosan. Aih, examnya esok.

Tuesday, August 11, 2009

Salam ke atas Hussayn

30 Tahun Revolusi Islami XVI

Hasan agha solat subuh. Sungguh mengikut sunnah dengan air setadah tangan dia langsaikan wudhuk dari atas sampai bawah walaupun kakinya dicalit saja. Hebat! Hasan ahga solat subuh, jadi dia betul-betul mutadayyin. Di tempat sujudnya ada seketul batu karbala dan sejadah kenit yang ada pujian untuk Al-Hussayn ...

Salam ke atas Al-Hussayn,
Dan ke atas Ali anak Al-Hussayn,
Dan ke atas anak-anak Al-Hussayn yang lainnya,
Dan ke atas para sahabat Al-Hussayn,
Yang telah mengorbankan darah dan jiwa mereka untuk Al-Hussayn.