Thursday, August 06, 2009

Pantat

Ada orang yang menggunakan profaniti dengan berlebihan atau tak bertempat dengan tujuan
atau harapan antara lain supaya mereka nampak gagah atau kool. Contohnya menghabiskan setiap ayat dengan wtf dan sebagainya.

Adapun selepas, pantat ialah antara perkataan yang sering disalahertikan apakala berlaku pertembungan antara orang pantai timur dengan orang luar dan sekali-sekala mungkin membawa kepada konflik.

Secara umum atau bagi orang luar pantat bermaksud punggung, dubur atau kemaluan perempuan. Tetapi di pantai timur pantat adalah kalimah biasa yang suci bermaksud bahagian benda yang di sebelah bawah sekali.

Contoh ayat, sukar baginya untuk mengeluarkan semut itu dari minuman lantaran ia telah tenggelam ke pantat cawan.

Adapun kami sewaktu muda dahulu, demi menjelaskan maksud pantat sering menggunakan dalil berikut yang pada kami waktu itu amat bertepatan sekali iaitu surah an-Nisa' ayat 145:
"Lo! the hypocrites (will be) in the lowest depths of the Fire, and thou wilt find no helper for them;"

Frasa ad-dark il-asfal cukup sesuai untuk menerangkan maksud pantat di pantai timur lantaran kalimah ad-dark itu bermakna rock bottom.

Anda sedang melihat ke pantat.

9 comments:

Jackster® said...

tak pernah lagi rasanya mendengar org ganu memakai "pantat" - mungkin telah diubahsuai menjadi "battak" sebagaimana yang selalu kami gunakan bersesuaian dengan maksud "pantat" dalam post ini =)

eg. battak kuali

Muhammad Warouq bin Qamar said...

saye ingin bertepuk tangan tanda setuju dengan post ini. orang2 kelantan seperti mak amb* menggunakan pantat dlm kehidupan norma harian. contohnye amb* kate mak dia guna "pantat kain" merujuk kepada kain paling bawah.

juga,saye penah dengar pantat kuali yg bermaksud bontot kuali.

orang selangor memang miskin bahasa. maafkan kami T_T

jack: aku rasa "battak" kat ganu tu diambil daripad perkataan "buttock"

syidi said...

org selangor saja miskin bahasa?

org kelantan juga memandang pelik jika anda kata
"kopekla durian tu"

Amermeftah said...

oh itu belum dgr org kedah cakap,

"mak nak nak duit, nak pi kedai"

"mai ambik duit dalam kopet mak"

bujang sudin said...

2 thumbs up kerana akhirnya publish entri ini. hahahahahhaa

Amermeftah said...

kakakaka, rupanya tadak la kontro apa pun, pasni publish yg kucing tu pulaklah

djambu puadovich said...

aku melihat pantat, dan merasa ngeri...

Amermeftah said...

gayat melihat pantat?

djambu puadovich said...

klo pantat jauh ke bawah smpi camtu skali...siapa2 pun gayat...hahaha