Thursday, August 13, 2009

Al-Mulku Lillah

Saudara-saudara muda,
Dur dan tasalsul (kitaran yang berulang-ulang) tidak kena dengan tauhid lantaran Tuhanlah yang paling awal dan paling akhir. Adapun kita makhluk ini kadang-kala cocok pula. Tuhan pun berkata

Say: O Allah! Owner of Sovereignty! Thou givest sovereignty unto whom Thou wilt, and Thou withdrawest sovereignty from whom Thou wilt. Thou exaltest whom Thou wilt, and Thou abasest whom Thou wilt. In Thy hand is the good. Lo! Thou art Able to do all things.
(3:26)

dan berkata lagi
And if ye turn away He will exchange you for some other folk, and they will not be the likes of you.
(47:38)

Saudara-saudara muda,
Kuasa dan kerajaan itu lama-lama ia akan menjadi busuk. Korup, lembab. Macam bunga yang kembang lama-lama jadi layu. Macam lauk yang sedap lama-lama jadi basi. Macam anak yang comel lama-lama jadi kerepot. Ini namanya lumrah dan sunnah. Sunnah Tuhan.

Maka itu, mengapa politik harus dibenci politik harus diketepi sedangkan kita terima kuasa akan membusuk dan itu lumrah? Patutnya pilihlah pihak. Pilihlah yang paling benar bagi kita. Pilihlah yang punya tujuan baik. Sokonglah dan dokonglah dan mulailah membina.

Saudara-saudara muda,
Memang kita tahu kuasa yang kita pilih akan membusuk. Tapi itulah pilihan kita, berjuang untuk sekarang. Memang kita harap tujuan baik itu konsisten dan istiqamah tapi anak-anak kita belum tentu. Memang kita mahu tujuan baik itu kekal selamanya tapi yang sampai bila-bila itu cuma Tuhan semesta. Yang penting kita berjuang. Berjuang untuk sekarang.

Mungkinkah Tuhan demi memelihara ahli bayt Nabi, tidak mentakdirkan mereka memegang kuasa. Lantaran kuasa itu di hujungnya sudah lumrah menjadi busuk membuat buruk.

4 comments:

c's said...

hakikat dunia, kita takkan berhenti dari diuji

'Aqilah Suhaimi said...

kes2 bdiri atas pagar,mouth zipped,tidak berpendirian dan tidak mahu commit ni banyak nya jadi pada perempuan..

memilih pemimpin itu wajib.
kita amik dalil akli je la,
cth,kita g jalan dlm kump,kita kena pilih ketua..
apply juga dlm memilih kerajaan yg memimpin..

nah,ini artikel dri utusan..
ak amik artikel dari harakah kang,org kata bias pulak...student dri negara demokrasi la katakan..
sumber rujukan harakah tk valid..haih.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0117&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm

dan mcm biasalah..memilih pemimpin kena tgk semua aspek..
ak rasa artikel dr zainal abidin ni bagus la..
yg lain,terpulang la pada individu apa yg dia fikir dan mahu..

http://www.danialzainalabidin.com/2008/03/06/berhati-hati-memilih-pemimpin/

p/s:ala,masa ak kecik2,ak gaduh dgn ayah ak sebab aku cm tk paham kenapa mesti kita sokong pembangkang bukan kerajaan sampai ayah ak tensyen tgk ak pnya pemikiran..dan alasan ak mcm biasalah..sejarah dan pembangunan..

Amermeftah said...

dan dalam masa yang sama, kita semua menasia ...

http://warriorofthelight.com/engl/edi193_busca.shtml

djambu puadovich said...

ucapan yg best, dan aku sokong komen kilah part2 awal

[bukan x sokong yg hujung, tapi belum baca artikel utusan...]

:P