Pernahkah kamu orang tengok rancangan agama (Islam) di TV? Kalau zaman dulu yang paling popular ialah Ehwal Islam.
Zaman keemasan Ehwal Islam ialah ketika ia masih disiarkan dari studio yang ketika itu dipengerusikan oleh Datuk Dr. Hasan Ali dan antara panelnya Dr. Haron Din, Arwah Dato' Ishak Baharom dan Ust Ismail Kamus.
Tapi sejak banyak panelnya masuk pembangkang lalu digam atau digam lalu masuk pembangkang kesedapan dan popularitinya makin menurun.
Kemudian muncul Al-Kuliyyah yang nampak gayanya macam hendak mengeteng Ehwal Islam. Tak kurang juga rancangan agama dalam bahasa lain iaitu Iman kalau tak silap dalam Mandarin dan Uswah dalam Tamil.
Adapun yang paling antik rancangan mengajar Al-Quran yang dikelolakan oleh bapak Jalaluddin Hasan, Ust Hasan Azhari. Nostalgia sungguh rancangan itu. Kemudian rancangan Quran mula berevolusi menjadi lebih comel dengan melibatkan kanak-kanak sahaja.
Apa pun pernahkah kamu orang perhati hos-hos untuk rancangan ini. Kalau yang perempuan anggun lagi ayu bertudung litup manakala lelaki pula segak bersongkok yang kadang-kadang dipadankan songkok dengan sebai. Tak masuk langsung. Tapi aku bukan nak ajak tengok bajunya sebab nanti kata aku menghukum pula.
Cuba ingat balik macam mana mereka bercakap. Macam mana mereka menyebut perkataan. Bukan main lagi. Perkataan disebut dengan makhraj yang betul. Segala ainnya, khafnya, qafnya, ha pedasnya, thonya. Terutama dalam kata-kata pinjaman Arab macam taat, sihat, hak, batil, rakyat, tarikh.
Maka wajarlah taat disebut dengan 6a3at, sihat dengan si7at, batil dengan ba6il, rakyat dengan ra3yat, tarikh dengan tari7'. Ini benar.
Tapi kadang-kadang malang yang dalam bahasa Arab pun dalam huruf alif/hamzah disebut dengan huruf ain juga. Amanah jadi 3amanah. Ana dan anta pun jadi 3ana dan 3ente. Lagi parah, perkataan Melayu yang mula huruf A pun di'ain'kan juga. Contoh ayat, 3anak-3anak adalah 3amanah dari Allah ...
Semata-mata ia rancangan agama maka segala makhraj huruf harus ditekan-tekan, segala sebutan pun mesti di'arab'kan mudah-mudahan terang, jelas dan nyata Islamnya sedang waktu lain hilang ghaib segala makhrajnya. Aduihai, hal yang sudah elok tinggallah ia dalam baik duduknya.
Maka itu, sempena Ramadan marilah kita bawa-bawa diri ke masjid untuk solat terawih bukan solat terawikh. Tarawih masih diterima, ada dalam kamus dewan.
Maaf, aku seorang linguistic police lantikan. Sakit mata menengok.
p/s: minuman kesukaan Acap ialah air 6e7

10 comments:
Great mind thinks alike
http://un-realpolitik.blogspot.com/2009/08/ramadhan-or-ramadan.html
hoho. macam aku yang mengaji ilmu islam dalam bahasa inggeris la ni. tak tau macamane nak sebut dengan betul banyak istilahnya. asobah? 3asoba7? last2 kena beli buku arab jugak baru best.
sekarang ni ada la usaha untuk me'romanize'kan huruf-huruf arab macam huruf 'A' bergaris atas sebutannya panjang sikit untuk dipadankan dgn mad. tak kurang juga huruf h bergaris di bawah untuk dipadankan dgn huruf 'ha' atau popular di mesir dgn 7.
True.. I myself have been correcting at least 20 people in FB alone.. most of them don't even know the correct pronunciation of Tarawih.. But the downside of being a grammar police is that, people would think of u as a person who likes belittling other people when we hv the purest intentions to make them a better person, grammatically.. sigh~
=)
6e7
sebutan akhirnya disebut dengan begitu lembut dalam keadaan ditarik2 panjang kelembutan 7 itu..
6e7,nice one~haha..
best jugak kalo letak makhraj2 arab kat pekataan melayu. cube mencarut dlm bahasa melayu yg ade huruf T atau K dsb dengan menggunakan makhraj arab. menarik.
aku igt ade sorg makcik/ustazah yg mcm mak datin dlm tv 9 kot.[tak byk penceramah ppuan] slot ceramah die hari jumaat, sebelum waktu zohor rasenye. sebutan die lebih kurang laa mcm abg kemal ckp. 3anak etc
itu ustazah fa6ma zahra.
mmg org mesir katanya.
3naknya belajar di ma3had klu tak silap.
segmen tafsir suroh kahfi
lidah 3rab cakap klate
"abo khobar adik kakok semuo.."
"masya allah, bandai-bandai semuo.."
jgn lupa KPN, dato' musa hasan pun anak Ust Hasan Azahari gak.
mak aiii...aya3 6e7 ke? mesti teh pekat tu...haha
ceroh:
betul le tu, sebab kunci ilmu Islam ialah bahasa Arab, sebab sumbernya dan asalnya dari situ, baiklah kita ambil dari sumber yang asal, baru maksud sebenar pun sampai, tak betul tu?
cuma yg jadi kepelik pada aku, kenapa mohiyuddin dulu ckp they (org arab) have the religion but not the knowledge?
ceroj:
mendalah ni kompleks, sebab usaha-usaha tu aku rasa mcm mencacatkan rupa tulisan nanti walaupun mulia, baik ikut kaedah yg sedia ada walaupun tak pernah dijelaskan
effy:
apa salahnya kita menegakkan yang benar, kan? cuma jgn tegakkan mcm menegakkan benang yg basah sudah
cik qaya:
walaupun ha pedas itu lembut tapi tho itu memekatkan
waruk:
aih, bulan-bulan gini gi buat cadangan camtu kenapa, takpe aku gi try secara langsung kat depan kau
sob:
shidi dah jawabkan tu
shidi:
kononnya dia tu mak wafa abdul kadir
ye ke?
djambu:
ya anak beranak semuanya konon femes
ayer 6e7 memang pekat gile
Post a Comment