Friday, August 07, 2009

Bâb-üs Selâm


Mengadap Sultan Setambul XVI

... Rombongan duta berlima pun sampai ke muka gerbang meriam sedang di situ Wazir Besar, seorang Agha dan Sheikhul Islam sedia menunggu. Wazir besar dengan s
erban tinggi menunggang kuda hitam, Sheikhul Islam dengan jubah berlengan besar menunggang kuda putih, Agha dengan baju bersulam emas menunggang kuda tezi berbulu hijau. Orang-orang besar dan duta berlima berbalas salam. Kalakian, wazir besar dan dua lagi orang besar itu pun turun dari kuda berpaling mengadap gerbang meriam seraya Wazir Besar memuji-muja, menyeru nama sultan dan melambai tangan serta mengucap salam ...

Gate of Salutation dibina mengikut senibina Byzantium. Zaman hari itu di depan pintu ini ada dua ketul meriam besar. Maka itu orang kampung pun memanggilnya gerbang meriam atau dalam bahasa ibunda mereka topkapi dan lekatlah nama istana ini topkapi.

Tak ada siapa pun yang boleh masuk ikut pintu ini kecuali ada urusan rasmi atau duta-duta luar. Tak ada siapa pun yang dibenarkan lalu ikut pintu ini dengan berkuda melainkan sultan. Ini pun adat istiadat zaman Byzantium juga.

Mengikut protokol, pada hari-hari kebesaran misalnya Hari Raya atau ada tetamu diraja, sebelum wazir besar masuk ke pintu ini dia akan berhenti untuk memberi salam dan tabik hormat kepada gerbang ini dan ini sebagai seolah-olah memberi salam dan tabik kepada sultan sendiri kerana itu adalah pagar rumah sultan. Maka lekatlah juga nama Babussalam.

No comments: