Tuesday, August 04, 2009

Salad Roket

Salad roket ialah sejenis sayur yang popular di sekitar Laut Putih. Orang Mesir memanggilnya gargeer manakala orang Amerika memanggilnya arugula meminjam panggilannya dalam bahasa Itali.

Orang mula memakannya sejak zaman Romawi lagi. Rasanya yang kuat dan pedas -namun tidak sepedas daun sirih- membuatkan ia sangat sesuai dan lazimnya dijadikan sebagai ulam atau salad. Kononnya gargeer sama keturunan dengan ulam pegaga.

Gargeer kaya dengan vitamin C dan kalium. Oleh sebab ia murah -seikat serubu'- dan mudah didapati -tidak bermusim, tumbuh sepanjang tahun- maka ia menjadi pilihan bagi orang-orang bujang yang malas memasak sayuran. Selain itu, gargeer yang dijadikan minyak dipercayai dapat melebatkan rambut.

Namun awas -bagi yang bujang- sejak zaman Romawi sampai kini gargeer dipercayai sebagai afrodisiak yakni pembangkit berahi. Orang-orang tua di Mesir -para senior aku bukan pakcik makcik di Mesir- pun pernah berkata, "Kalaulah orang tahu tentang gargeer nescaya mereka akan menanamnya walaupun di bawah katil." Kata-kata yang aku tak tau boleh disandarkan pada hukama mana. Macam weed pulak main tanam dalam bilik.

8 comments:

manlaksam said...

Kalau ada biji benih nya , Pak Man nak minta sikit. Hehehehehehe....

PINATBATE said...

garger pulak...adoi bestnya..makan dgn telur rebus,tokmiyah dan kepit dalam isy baladi yg wangi tu...

Muhammad Warouq bin Qamar said...

namun memakan gargeer di kala bujang adelah mengecewakan. sekadar mengunyah ulam yg murah.

SYAFIQASALIM said...

gargeer ulam murah?
habis kalau ulam mahal mcm mane pula rupenye?

Amermeftah said...

Pak Man:
amboi Pak Man panjang benar hehehe nya

Kak Pinat:
amboi Kak Pinat, tradisinya, balady gitu

Waruk:
kecewa jugak, tapi nasib baik tak sampai cakar dinding, err ... sejak bila kau turut mengunyah sayuran hijau ni?

Pika:
petai agaknya dah masuk ulam mahal dah, tapi kalo kau makan broccoli buat ulam, mahal jugak

pinatbate said...

isy baladi lah best!
lagi-lagi kalau dah kena kepit celah ketiak arab tu..double wangi

maskedfacies said...

haha. tgh Weeds jugak ke.

13 exam uwweiii~~

Amermeftah said...

ye aku sekali-sekala TGH Weeds kalo ayep pasang,

uweeii~!