Wednesday, August 12, 2009

Operation on the way

Pembedahan sedang dijalankan ...

Aku mengaji di sekolah Arab. Sekolah yang setahun kami mengaji sampai dekat 20 subjek setahun. Walaupun orang-orang Islamik moden yang moderat merendah-rendahkan sistem kami dengan niat yang baik, kami tetap survive. Malah berjaya juga.

Di sekolah kami mengaji dalam fekeh contohnya kitab Taqreeb Fath ul-Qareeb. Kami mengaji bab taharah, solat, zakat, puasa, haji, nikah, cerai, talak, iddah, zihar, li'an, qazaf, jenayah, qisas, hudud, zina, riddah, jihad ...

Bila naik empat senawi, kami mengaji kitab Iqna' pulak. Dalam tu aik! Kami mengaji lagi bab taharah, solat, zakat, puasa, haji, cerai ... Kebanyakan kami pun bosan.

Macam gitu jugak tauhid, kami mengaji tauhid uluhiyah, tauhid rububiyah, sifat 20. Masa PMRU ulang lagi uluhiyah tambah nubuwiyah, siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Baki lagi naik empat senawi agaknya kami dah tak ulang bab uluhiyah. Ulang nubuwiyah dan tambah sam'iyat. Syurga neraka, dosa pahala, mahsyar dan sirat serta mizan.

Sekarang aku mengaji di sekolah perubatan. Tahun satu mengaji anatomi misalnya hati. Apa urat darah dia, apa benda yang melekat di belakang dia, sebelah dia ada apa. Kemudian fisiologi, apa fungsi hati, macam mana dia berfungsi.

Naik tahun lima dia ulang lagi anatomi hati sekian sekian, fisiologi hati sekian sekian. Cuma tambah penyakit-penyakit, gejala dan tanda serta cara merawat. Naik tahun enam dalam subjek pembedahan aik! Dia ulang lagi anatomi. Penyakit-penyakit yang sama, gejala dan tanda yang sama, rawatan yang sama ...

Aku pun bosan. Aih, examnya esok.

6 comments:

kilah said...

wah..hebatnya ko weh..
ko ngaji skola arab ka?
ak pernah masuk sebulan..
rasa mcm tk boleh pergi..
tgk bnyak kitab nak kena hapai..heh
bittaufiq imtihannya..

dr ak ajar satu tip..ak rasa sume org tau..
think systematically.cece

Mr W. A. A. said...

Masa mu tubik lepas SPM, masa tu la Mahathir baru tarik bantuan per kapita. Maahad terjejas jugalah walau status sekolah agama kerajaan negeri. Habis semua cikgu-cikgu yg dipinjamkan Kementerian Pendidikan ditarik keluar. Adalah dalam tiga bulan tak ada cikgu nak mengajar. Kecuali beberapa cikgu yg komited (otai Maahad sejak 80's) yg stay. Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah masa tu ramai naik haji. Hanya tinggal Ustaz-ustaz tua yg bakal pencen dan yg muda-muda untuk isi sementara tempat mereka yg zero pengalaman.

Aku kagum dgn mereka walau susah gila-babeng masa tu masih lagi masuk kelas, mengajar, tanya sebab apa tak hadir sekolah, mengukir muka senyum walau tahu ponteng di bilik SPBT, bilik pengawas dan APD. Kami sudah tak ada minat nak belajar angkara tindakan kerajaan. Sebab tak ada guru, dalam sehari sekitar 2-3 subjek saja belajar. baki 4-5 jam: kosong tak buat apa2.

Sampai sekarang aku berdendam dgn kerajaan. Perit mengaji masa tu Tuhan sajalah tahu. Org hok kononnya Islamik moderat tak usahlah merendah-rendahkan kami. Hidup senang semacey lagu mano tahu susoh perit org. Heh, nk merendah-rendah org konon.

bujang sudin said...

aku rs abai pon pernah mention gak bende ni.
makin naik taun bukan blaja mende baru. benda same je yg die ulang. so itu yg makin lama makin malas rasanya. kalau bleh buat prosedur bes lah jugak. ini dari dlu teori itu je

tapi aku klakar dlu abai jadikan medik sebagai alasan tanak menyambung pemerintahan sebagai presiden. serius gila plak tu buat itu sebagai alasan. patutnya cakap jela malas. sopan sungguh sebab medik hahaha

(sudah terikut kilah untuk buat mini entri kat blog orang)

bebaskann said...

WAHHHHHHHHH!!!!!!!!!

jom hebatkan diri!


memang hebat lah anda, tak buleh nak disangkal!

maskedfacies said...

oooooo ('o')

Amermeftah said...

kilah dan ruqi:
tolong jangan, dalam sekolah kami ada 2000 orang yang belajar macam itu, jadi ada 2000 orang yang lagi hebat dari aku, aku tak hebat pon, tapi yok hebatkan diri

kilah, harap perincikan think systematically

ceroj:
aku memang nak tulis hal ni

BS:
agaknya sebab aku tak ikut torik yang betul kot, bak kata israk

mimi:
hah?