Sunday, August 02, 2009

Togen Akawi bil Bamia

Entri dedikasi untuk Abang Hazri.

Togen Akkawi bil Batates

Togen Akkawi bil Lisan 3asfour

Togen Akkawi bil Basal

Ada lagi tagen akkawi bil bamia. Tagen ni bolehlah kata macam casserole atau stew yang asas kuahnya ialah tomato, kuah yang biasa di Timur Tengah. Tagen yang biasa dibuat atau yang aku jumpa biasanya berlaukkan akkawi atau ekor lembu. Kiranya buat ganti sup ekorlah. Mungkin ada lauk lain, boleh tanya abang Hazri.

Tagen dimasak dalam mangkuk tanah liat, ala-ala clay pot gitu dan dibakar dalam ketuhar. Adapun, disamping ekor dalam kuah itu ada lauk sampingan yang boleh jadi batates (kentang), lisan asfour (lidah burung i.e sejenis pasta), basal (bawang) atau bamia (bendi). Makanan ni boleh jumpa di kedai-kedai menjual makanan berasaskan daging contohnya Ibnu Hameedo di Abou Rish (iklan sket). Semangkuk dah cecah 18 genih. Naik dua genih banding tahun lepas.

Ini mahshi. Mahshi benda-benda yang disumbat. Yakni nasi berempah yang disumbat masuk dalam sayuran. Apa saja sayur selagi boleh sumbat, sumbat. Dari kiri, sumbat dalam filfil rumi (bell pepper), sumbat dalam petola ular atau khiyar (timun), sumbat dalam bitingan (terung) dan yang paling ori, sumbat (atau bungkus) dalam warak inab (daun anggur). Mahshi asalnya makanan Turki yang disebar kerajaan Uthmaniyyah ke seluruh jajahan takluknya.

4 comments:

Mr W. A. A. said...

adakah resepi solok dipelajari org Kelantan daripada tukang-tukang masak Uthmaniy?

kilah said...

mahshi..

kt sini kita panggil dawali(nasi yg ko sumbat dlm daun inab tu..)
bifunction..boleh guna utk varic. vein mcm biasa..

timun kaler hijau cair tu..korg panggil timun ka?
kusa ktrg..

tagen tarak..kepala kmbing ada..
eh,kenapa lah org lelaki suka makan bnda pelik..

kepala kambing?
ekor lembu?
lidah lembu?
colon lembu?
kaki kambing?

pinatbate said...

owwhh..rindunya nak makan mahsyi dalam warak inab tu...

Amermeftah said...

Ceroj:
Boleh jadi sebab ada hubungan dengan Turki Uthmani sejak zaman Hang Tuah sampai zaman Tok Janggut.

Boleh jadi sebab makanan ruji kita nasik dan mahshi nampak macam kuih, jadi tukang masak kita ganti nasi dengan nyiur.

Kilah:
Aku agak-agak saja itu timun. Tapi rupa dia nampak mcm petola ular di kampung. Petola yang tak bersegi.

Sini kepala otak kambing ada jugak. Makanan pelik = sedap. Sebab tu makan.

Kak Pinat:
Saya sebenarnya tak gemar sangat mahshi. Sebab saya rasa semuanya macam sama ...