Wednesday, August 05, 2009

Redah Kaherah

Satu hari aku pergi beli megi buat sarapan tengah hari. Dalam jalan balik sambil tengok tingkat atas rumah buruk di Jalan en-Naggar yan nampak macam kota lama Sana'a di Yaman, aku teringat ramalan cuaca dalam stesen televisyen di tanah air. Mungkin sebab aku duduk di bawah remang sinar mentari aku jadi teringat. Dengan alunan musiknya kemudian satu persatu kotaraya dunia dia tunjukkan. London sekian sekian darjah, New York sekian sekian darjah, Buenos Aires sekian sekian darjah, Tokyo sekian sekian darjah, Kaherah sekian sekian darjah. Ya, Kaherah yang zaman itu aku terbayang macamanalah rupanya Kaherah. Tersepak bendul di hujung Jalan en-Naggar menyedarkan aku. Kadang-kadang bila kita dah terlalu biasa dengan sesuatu kita tak terasa nilainya. Eh, aku memang duduk di Kaherah. Inilah Kaherah dan rupanya macam gini. Dah enam tahun baru aku sedar balik. Aku duduk 6000 batu dari negeri sendiri di tempat orang yang orang lain bukan main susahnya nak sampai. Maka aku pun berkeputusan untuk redah kota Kaherah. Masa aku pun dah tak lama dah ...

4 comments:

Muhammad Warouq bin Qamar said...

saye cadangkan naik metro ke semua stesen dari el marg sampai ke helwan [rasanye bakemal dah penah buat] then naik semua tremco yg ade. kalo x puas,mintak kunci moto mat pastu redah semua hiway yg ada. selamat mencuba.

[amiza malik] said...

ni blsn untuk komen abg kat blog saya.tataw plak amermeftah(pengomen kat blog sy) pemilik ishrab bi yameenik. tak terpikir nk view profile abg bile abg drop komen kt blog.

kalau takat melilau2 blog, few times gak pnah singgah sini, dok tenggelam dgn kepeningan falsafah tak terungkai kat sini =)

pembayang pantun buah cempedak tu ape maksud die?nisah harun dh tules lam blog dia ke? btw nisah harun tu sapa?

dats all.abg cn drop komen here since sy buat folo up.

syidi said...

ya,kota Kaherah perlu dan mesti diredah dan diterjah.

Kaherah Moden dan Kaherah Purba,
sila redah,dan kami cover mana yg tak sempat diredah.

Amermeftah said...

Waruk:
helwan sampai el-marg gedida dah langsai, shobra e-khayma pun dah sebab pegi asfour tapi moneb belum sampai lagi

Ayu Amiza:
nisah harun tu lawyer dan penulis prolifik, dua tiga kali menang hadiah sastera kumpulan utusan, cerpen dia annys sophilea masuk dalam silibus komsas spm kita

ini blog dia http://annyss.blogspot.com/

dia kata buah cempedak diluar pagar ambil galah tolong jolokkan menunjukkan kerendahan hati orang melayu ketika meminta tunjuk ajar, sebab kalau nak ikut buah cempedak tumbuh di batang dan rendah pulak, tak payah mintak tolong pun tak apa, ini bukan setakat tolong, pakai galah pulak, panjang lagi tafsiran dia sebenarnya

Pokdi:
Akhirnya Syidi jugak yang paham niat suci murni aku, kita redah Kaherah Kadima, Kaherah Islamiah dan Kaherah Moden, yang aku tak dan kau orang tampung