Friday, December 29, 2006

Warkah yang tak kesampaian.


Haji itu bermula dengan taubat,
Selamat menjadi tetamu Allah,
Sampaikan salam kami pada Nabi,
Moga pulang dengan 'Hajj Mabrur wa Dzanbun Maghfur'.

Carilah cahaya,
Tanah itu penuh cahaya,
Carilah di sana,
Bawa pulang untuk kami.

Tahniah dan beruntunglah,
Untuk Haji Akbar.

Untuk saudaraku Ahmad Syazwan Ahmad Nordin,
Yang kini sedang wukuf di 'Arafah.


Di Celah Rambong ada CAHAYA



Hari ini,
Marhaen telah pun bertakbir,
Usai solat Juma'at,
Selamat Hari Raya 'Aidhiladha.

Saturday, December 16, 2006

Bacalah dengan nama Tuhanmu...

Mede Sapar: Apa yang kita dapat dengan baca novel ni?

Kema Jepah: Semangat. Hulubalamg Melaka dulu, malam sebelum berperang dengan Portugis, semuanya baca Hikayat Amir Hamzah untuk naikkan semangat.

Saturday, December 09, 2006

بقاء لله

Kematian ulama' ialah musibah kepada ummah.
Sheikh Ateyya Saqar wafat tengah hari tadi.
Mudah-mudahan dirahmati Allah.

Al-Marhum Syeikh Atiyah Saqar Dalam Kenangan.

Monday, November 27, 2006

Yet another story from Mohiyuddin

Suka menambah pada updet Cik Ain 'al-manchesteri'...

Mohiyuddin use to tell us this story:

There was a young man who has a dying father. 
Before his father died, he gave him a turban. 
After his father's death he always wears it. 
One day while walking on a muddy road, 
the young man's  newly bought shoes got dirty. 
So, he simply took off the turban and wipe his shoes. 

Moral cerita~
Manusia memang tidak menghargai apa yang ada pada mereka sehingga mereka kehilangannya. Tapi, manusia juga lebih menghargai apa yang mereka dapat dengan tangan sendiri daripada apa yang diberi orang.


Friday, November 17, 2006

1000 won



A Ju Wan sshi
&
Ashura kun
Kad kalian sampai ke tangan aku pada hari yang sama dua minggu sudah.
Maaflah, duit raya belum boleh bagi.
Mudah-mudahan perutusan kita sebegini walau dianggap sesetengah pihak sebagai kolot, kuno, konservatif dan old fashioned akan mengukuhkan tali ukhuwwah kita sekalipun dipisahkan oleh lautan beribu-ribu batu.
Jarak Cairo-KL ialah 6000/8000 km.

Terima kasih daun keladi,
Lain kali berutus lagi,
Kalau-kalau ada rezeki,
Dengan duit raya sekali.

Thursday, November 16, 2006

Let Us Rejoice Indeed

Walaupun Syawal sudah hampir habis dan mereka yang belum berpuasa enam harus bersegera menunaikannya kerana sabda Nabi maksudnya: 'Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari dari bulan Syawal seolah-olah dia telah berpuasa setahun.', aku tetap berkongsi cereka raya aku yang berdasarkan kisah benar.




Wahid
Tahun ini tidak sempat juga membeli fannus kerana sibuk menyambut bocah-bocah baru. Cuma cecair pencuci pinggan mangkuk 'Pril' beberbentuk fannus untuk promosi Ramadhan sahaja yang sempat dibeli. Dengan haruman laylah Ramadhan. Di depan itu fannus bersaiz paling kecil yang ada di pasaran milik Muslim.



Itnin
Capal raya. Selipar Aladdin. Kasut terbang...



Talta

Baju raya dan baju ****** Kadir.

Arba'a
Majlis takbir raya. Setiap tahun setiap raya pun ada. Tekongnya mestilah Ust Fauwaz Fadhil Noor. Ada burdah sikit. Diikuti ucapan tamu kehormat Dr. Abdul Rashid Dail. Zaman dulu waktu Ust Fauwaz yang anjurkan semua pun datang. Sekarang waktu Kadir yang anjur senior kurang datang. Maklumlah,ego seorang senior. Nanti bila dah letak majlis bawah program Biro Pembangunan Insan tak tahulah macam mana sambutan.




Khamsa

Pagi lebaran. Bersama Dr. Abdul Rashid Dail dan isteri dan anak dan kami. Muslim tidak dapat beraya kerana kaki baru dibedah lebih kurang tiga hari lepas. Dia beraya setakat sini.

Setta
Tahun ini kami berhari raya dengan meriwayatkan empat hadith daripada hadith musalsal yang diriwayatkan oleh Syeikh Nuruddin Marbu Banjari Al-Makki. Kandungan hadith? Nanti aku updetkan.



Sab'a

Di depan Rumah Kelantan untuk rumah terbuka anak-anak Kelantan serta majlis tahnik. Budak-budak ini kasihan, mereka segan untuk masuk dan menunggu sehingga ada orang yang pandai bercakap Kelantan sampai (aku) barulah merka masuk. Sebenarnya aku pun ugoh juga. Kami makan 'ramen' di sini.



Tamania

Haikal dengan anak orang lain. Anak orang lain yang turut ditahnik ialah anak Dr. Taqiuddin dan Ust Nazri.



Tes'a

Fateh Amjad bin Ahmad Muhaimin bin Mustapha. Anak saudara Ahmad Mursyidi Mustapha. Lahir pada siang atau malam 27 Ramadhan. Maka ramailah yang minta namakan Bocah ini Ramadhan? Lailatuqadar? Salman? Adapun, untuk pengetahuan anda, jika anda mendapat anak di Mesir, anda harus mendaftar anak anda dengan kerajaan Mesir dan Kedutaan Malaysia. Untuk pengetahuan lagi, Mesir punya undang-undang dalam memberi nama iaitu tidak boleh/dilarang menamakan anak dengan dua nama. Misalnya dalam kes anak Muhaimin, anda boleh namakan anak anda Fateh tetapi tidak boleh Fateh Amjad. Maka, Muhaimin mendaftarkan nama anaknya dengan kerajaan Mesir sebagai Fateh sahaja dan dengan Kedutaan Malaysia dengan Fateh Amjad. Sudah menjadi kebiasaan disini jika nama anda Akmal Huzaifah bin Mohd Isa. Mereka akan menyangka nama Huzaifah ialah bapa anda, Mohd ialah datuk anda dan Isa ialah moyang anda. Rakyat Mesit tidak menggunakan 'bin' apatah lagi 'ibn' pada nama mereka. Muhaimin sekarang memasyhurkan diri dengan nama Abu Fateh.



'Aysara

Raya ketiga. Dalam perjalanan ke rumah terbuka bocah-bocah haloi, terserempak dengan sekumpulan tabligh Mesir yang jauh berbeza dengan tabligh Malaysia. Salah seorang namanya Syafiq Ali. Sambil berta'aruf dan bertanya tentang perkembangan dakwah di Malaysia dia menyeluk plastiknya dan memberikan kami seorang satu biskut yang seperti di atas.



Hedasyar

Rumah pertama hari itu. 60% daripada penghuni rumah ini ialah bekas pelajar SMUAMML. Mereka menjamu kami dengan nasi kapit, kuah kacang dan ayam panggang. 40% lagi penghuni tentu terasa sipinggirkan apabila penghuni lain sedang 'speaking' terutama apabila ada tetamu yang berasal dari Tanah Serendah Sekebun Bunga.



Itnasyar

Pemandangan belakang rumah kedua. Rumah ini menajamu kami sengan roti jala, kari ayam, choc fudge dan sebuah drama dari cerekarama. Setakat ini rumah ini paling 'top' dalam makanan yang dijamu. Maklumlah, 60% daripadanya penghuninya 'tako'.

Talatasyar

Rumah terbuka bocah-bocah bawah rumah aku. Mereka jamu mi kari dengan kuih cincin dari Sabah yang dibuat daripada gula nipah.



Arba'tasyar

Mahabbah Aidilfitri. Majlis Jamuan Hari Raya PERUBATAN. Setelah seminggu raya...






Saturday, November 11, 2006

'Korang pernah dengar tak Gray's anatomy? Gray's anatomy ni, astaghfirullaladzim, macam 'Al-Quran' kepada anatomi.'

Dr. Hisyam Al-Halaby

Haiku saya yang pertama

The morning birds,
Their sweet songs,
Are very annoying.

Mendapat ilham setelah rasa terganggu dengan kicauan burung ketika masuk tidur selepas subuh. Amaran, tidur selepas subuh adalah amalan yang tidak sihat.

Sunday, October 29, 2006

Gerebek Puasa

Saudara Aslam Faris Selamat--seorang Jawa--mengucapkan Selamat Hari Raya:

Bocah cilik mangan sego,
Sego dipangan karo gulo,
Wes suwi orak ngomong Jowo,
Dino royo njalok ngapuro.

Harap diterjemahkan...

Saturday, October 28, 2006

Kisah Tujuh Likur

Sepanjang tahun Jibril mengelilingi dunia,
Setiap tahun, malam 27 Ramadhan,
Jibril akan turun ke Mesir
.
Tapi tahun ini aku tidak pergi mendengar Jibril
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Yang sebetulnya Syeikh Muhammad Jibril
.
.
.
Turun ke Masjid 'Amru Al-'As
.
.
.
Dan orang ramai pun turun
Kerana qunutnya yang syahdu
Yang panjangnya lebih satu jam

Satu

ركعة الوتر والقنوت
سبحان الحى الذى لا يموت


سبحان الواحد الاحد
سبحان الفرد الصماد


سبحان الذى لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا احد

Selamat tinggal sayang, kita berdjumpa lagi...

Wednesday, October 18, 2006

Hafal Dialog

Muhammad dari 'Surya' (Syria dalam sebutan Arabnya) bertanya,"Boleh cakap Arab tak?" Lalu aku menjawab,"Syuwaiyya (sedikit)".

Tidak berapa lama Asma' disoal oleh doktor,"Faham bahasa Arab tak?" Lalu Asma' juga menjawab,"Syuwaiyya syuwaiyya."

Lantas Muhammad pun berkata,"Dia pun jawab sama saja. Ini kamu orang hafal dialog ni."

Apa nak buat. Itu sajalah yang kami pandai jawab. 'Ala fekra, Muhammad adalah pelajar yang baru bertukar ke situ maka wajarlah soalan begitu ditanya kepada aku. Dimaafkan. Dan Asma' memang satu magmu'ah dengan aku.

Saturday, October 14, 2006

Sama Nama

Satu...

Seorang lelaki menjerit memanggil nama rakannya di tengah bandar,"Muhammad!" Tiba-tiba enam orang lelaki berpaling.

Dua...

Di dalam sebuah 'cyber cafe' seorang budak lelaki memanggil kawannya yang duduk selang dua komputer darinya,"Ahmad, Ahmad." Tiba-tiba budak di sebelahnya berpaling. Kata budak itu,"Oh, nama awak juga Ahmad? Tapi saya panggil Ahmad yang lain.

Muhammad adalah antara nama yang paling 'common' di dunia.

Doktor: Baik dan buruk

Seorang pelajar yang duduk di sebelah aku--yang aku sudah lama kenal tuannya tetapi tidak namanya--tiba-tiba berbual dengan aku dan bertanya-tanya aku soalan yang biasa ditanya apabila baru berkenalan seolah-olah tak pernah kenal aku.

Dia kata:
  • Dia berasal dari Zaqazig.
  • Tempat asalnya kawasan pertanian. Tanam padi.
  • Memperlekeh Kaherah yang zahmah sedangkan tempat asalnya tidak. Tenang dan damai.
  • Namanya Osama

Antara soalannya yang berbunyi aneh tetapi telinga kami agak lali mendengarnya:

'Kamu bersolat dalam bahasa apa?'

* * *


Kemudian dia berkata lagi:

'Akmal, di kuliah ini ada doktor baik ada doktor buruk. Ini salah seorang doktor yang buruk. Hari mereka mengajar mereka malas.'

Doktor hari ini duduk di atas kerusi di celah yang sukar dilihat pelajar. Suaranya perlahan dan kurang mensyarah. Kami dikurung dalam bilik tutorial di Klinik Pesakit Luar yang keadaannya seperti ketuhar selama hampir dua jam. Tiada kipas, tiada pendingin hawa hampir tiada jendela.

* * *

Seorang pelajar perempuan yang kudung kepalanya--non-hijabbed--berbual dengan saudari Asma Abdullah Ismail seperti berikut:

Kepala kudung: Muslimah?
Asma : Alhamdulilh...enti muslimah?
Kepala kudung: (mengangguk, mengiya tidak pasti)...awak tak rasa 'STUPID' pakai tudung?
Asma : Terkejut lagi bengang.

Sunday, October 08, 2006

Tempat Diam

No. 3, Umar Abd El-Aziz Street,
First floor, Apartment 2,
Mounira Kasr El-Ainy, Cairo,
Arab Republic of Egypt.

Poskod : 11562

Dr. Osama Dessouky dan Flip flop

"Aku nampak ada pelajar pakai flip flop datang kuliah. Konon nampak 'cool' tapi pelajar kuliah perubatan datang kuliah pakai flip flop ish, ish, ish...Pakailah kasut yang elok sikit nanti orang ingat 'bawwab' pulak yang datang masuk 'round'."

Dr. Osama Dessouky

Ah, terasa lagi terkena...

Akmal huzaifah Mohd Isa

Sandals are only for Jesus, flip flops are for samurai.

'Irq Sous

Aku : Dang! Rasa macam minum kayu.

Muslim : Syibal! Rasa macam minum air kulit kentang.

Pakcik yang menawarkan 'Irq Sous di Ma'idah Rahman : Mufid lil gism. (menunjukkan pada perut)

'Irq pada bahasa bermaksud peluh. Wallahu a'lam peluh apa...

Saturday, September 30, 2006

Selamat Berbuka Puasa

Aku ingin ceritakan apa ada pada Ramadhan Mesir yang tiada pada Ramadhan Malaysia. Sudah pasti di Mesir tidak akan ada peluang berbuka di dalam belantara seperti Saudara Ahmad Ashraf Abdul Latif kerana kami tak punya hutan di sini.

Saudara Tuan Hazri Tuan Mat telah mengajak kami berbuka. Kami keluar dari rumah hampir waktu berbuka. Idil dan Kadir maju dahulu. Mat membeli buah tangan dan aku membarengi. Kami menapak sebangat mungkin. Azan sudah berkumandang.

Seorang lelaki sedang berdiri di tepi jalan. Di tangannya ada sebuah kotak. Kotak berisi tamar. Kami semakin mendekati. Dia pun dekat dan menghulurkan kami kotak kurmanya. Katanya,"Fadhal." Kami ambil sebiji dua seraya berkata,"Kullu sana anta thoyyib." Dan begitulah lelaki itu. Setiap kenderaan atau pejalan kaki yang lalu, akan diberikannya tamar.

Jalan biasa ke Abou Rish telah ditutup. Kami terpaksa melalui kawasan perumahan golongan dhaif. Rumah-rumah robek-robak belaka. Sewaktu melalui lorong di hadapan rimah buruk mereka, kami terkejut. Ada sebuah meja yang di atasnya tersedia dua pinggan tamar dari jenis 'rotab' dan beberapa botol air. Seorang budak perempuan menjaga meja itu. Menghulurkan kami segelas air. Kami ambil tamar itu.

Walaupun mereka susah, mereka masih tidak mahu ketinggalan untuk beramal bersedekah. Pertama, berlumbalah untuk berbuat kebaikan. Kedua, mereka punya 'common sense'. Mereka tahu orang ramai menggunakan lorong dihadapan rumah mereka. Jadi mereka pun membantu para pejalan kaki yang tidak sempat pulang untuk berbuka.

Sampai di rumah Hazri, katanya Mamat selepas menceritakan hal itu,"Aku macam nak nangis jer."

Terima kasih Abang Hazri. Abang Hazri telah menyediakan sendiri untuk kami nasi Yaman dan kuah dalca serta acar yang enak.

Marilah berbuka puasa di tepi jalan.

Masuk hospital

Sudah seminggu masuk hospital. Mula dengan mengintai lubang telinga orang. Sekarang tengah korek lubang hidung orang. Anak tekak seminggu lagi. Bulan depan belajar CSI. Apa macam nak beza orang disembelih atau orang menyembelih. Bulan lepas tu biji mata. Akhir sekali nanti Com. Med.

Tuhan masih memberi peluang. Apakah Tuhan benar-benar masih menyebelahi aku? Tak pernah aku meragui Tuhan. Tapi diri sendiri...

* * *

Hari ini Afeez bawa Mama ke Hospital Perdana untuk check-up kesemuanya. Mungkin Mama akan tidur di wad semalaman untuk check-up tu.

Abah.
Aku : .......

Thursday, September 28, 2006

Malu! Tidak tahu isu

Pakcik Khalid tuan kedai runcit Syarbati bertanya,"Apa kita nak buat dengan 'Baba Vatican' ni?

Dan aku. Mengangkat bahu.

Dia Datang Lagi...

Dia datang lagi...

Sudah tiga tahun kami buka di situ lagi. Semua pun menjangka mutu jamuan menurun. Saban tahun pun begitu. Tapi nampaknya graf tahun ini naik sedikit. Hari pertama dapat semangkuk daging suku kilo masak merah--walau makan dengan 'ish balady sahaja.. Hari ketiga dapat makarona dengan kari daging. Tapi kenafa, basbousa, zalabiya, sawabi' zeinab sudah tidak nampak bayang.

Kedai kekacang dan Qamaruddin masih begitu. Ada di mana-mana. Kedai fawanees juga. Dan di rumah-rumah fannus bergantungan. Lampu kelip-kelip juga. Mereka akan padamkan menjelang raya. Kami diminta membayar LE5 demi mengindahkan jalan di depan rumah. Kerana dia datang lagi. Tapi tidak indah pun.

Masjid-masjid sudah menjadi terlalu indah-indah. Kubah dan menara diliputi lampu berkelip berwarna-warni bagai ada pesta ria lagaknya. Seperti biasa, kedai-kedai diubahsuai, di kemas kini. Tuan rumah yang baik akan meminta permaidani dari rumah penyewa untuk dibasuh percuma. Semua demi datangnya dia.

Sambutlah dia. Hargailah dia. Layanlah dia sepertinya. Selagi dia bersama kita. Kerana kita belum pasti bertemu ketika. Bukan sekadar 'post' jiwang-jiwang lagi poyo sekadar memenuhkan blog atau mengikut peredaran masa. Sungguh. Aku tidak layak untuk berkata begini sebenarnya.

Dia datang

Dengan lenggang-lenggoknya

Dia datang

Dengan seyum manisnya

Dia datang

Sunday, September 24, 2006

Ahlan wa Sahlan to Cairo

Mewakili ketua Unit Sambutan, Keselamatan dan Disiplin. Mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru perubatan ke Republik Arab Mesir. Selain kursus dalam bidang perubatan kami juga menawarkan kursus-kursus berikut sebagai 'minor'.

  • Kursus Pengajian Islam
  • Kursus 'Teknologi Maklumat'
  • Kursus 'Sains Komputer'
  • Kursus 'Kejuruteraan Sivil'
  • Kursus 'Kejuruteraan Elektrik'
  • Kursus 'Seni Muzik'
  • Kursus 'Sains Sukan'
  • Kursus 'Ekonomi Rumah Tangga'
  • Kursus 'Kesusasteraan'

Tuesday, September 19, 2006

Semalam di Malaya

Telah selamat pulang ke kota Kaherah.

Ibu membekali aku dengan ketupat sotong buat bekal di Bandara Kuala Lumpur. Sebelum naik ke pesawat, ditahan oleh pegawai keselamatan kreana bimbang sambal ikan bilis dan dua botol petai jeruk tidak dibungkus dengan baik. Takut-takut tertumpah lalu membusukkan kabin pesawat.

Pulang bersama Aslam yang membawa pulang lebih sedozen tempe. Lega hati. Pulang diiringi skuad wushu Mesir. Menonton siri Medium yang digemari aku dan adik. Setiap malam Sabtu kami sanggup berjaga sampai tengah malam.

Sepanjang perjalanan tidak banyak berlaku sebarang 'turbulence' yang teruk sehingga keluarnya arahan dari kapten yang berbunyi," Cabin crew please be seated." Perjalanan sungguh lancar. Langit cerah-ceraca tak berawan. Dari tingkap berbalam pulau-pulau cahaya yang dihubung antara satu sama lain oleh alur-alur cahaya tatkala melalui benua kecil India dan Tanah Arab.

Ingin sekali mengambil gambar kenangan. Tapi takut pula menganggu sistem pesawat. Walaupun itu hanya berlaku pada waktu berlepas dan mendarat sahaja. Tetapi seperti sabda Nabi yang mafhumnya,"Tinggalkan apa yang meragukan kamu kepada apa yang tidak meragukan kamu." Maka tidak diambil sebarang gambar.

Pulang ke No. 3, Jalan Umar bin Abdul Aziz dengan menaiki 'airport limousine' untuk memudahkan urusan walaupun menelan belanja besar.

Wednesday, August 02, 2006

Cabin crew please be seated...

Kalau diberi soalan 'Tulislah sebuah karangan berpandukan gambar di atas' lima enam karangan berjela-jela pun boleh buat. MAS B777 yang mengangkut aku saban tahun (setakat ini) pergi balik kampung.


Atas permintaan Idil, dipaparkan kisah penerbangan yang sudah lapuk lagi busuk dan basi...

Solat Terbang

Tempat solat kapal terbang ‘cuma muat satu orang’. Tengku Kadir dan pakcik-pakcik Arab sahaja dari bahagian belakang yang sedar waktu itu. Pakcik-pakcik seorang-seorang lama sekali solat. Matahari di luar sudah mahu keluar. Seorang pakcik berkata sambil menuding ke tempat solat,”Solat Tarawih.”

Tahun-tahun lalu, boleh saja solat di mana-mana ada ruang yang tidak menggangu. Dalam musafir, jika situasi tidak menyebelahi, solatlah mengikut keadaan.

07072006

Muhammad ‘Iwadh

Muhammad ‘Iwadh sudah sedikit uzur. Badannya besar, bertongkat dan sedikit bongkok barangkali kerana sakit pinggang.

Dia seorang mahamil (peguam). Punya seorang sahabat di Kelantan bernama Muhammad Ghazali. Juga seorang mahamil. Mungkin sekali dia akan ke Kelantan atau Sarawak. Ziarah.

Dia sangka Kota Baharu bermaksud kota laut. Dia tanya negeri paling lawa di Malaysia. Dia tanya apa itu kuala.

Bila tahu namanya Tengku Kadir, dia tanya. Tahukah siapa ulama’ yang juga namanya Kadir. Tengku Kadir menjawab Syeikh Abdul Kadir Jailani. Katanya ada lagi. Abdul Kadir Al-Jaziri.

Ada anak kecil di tepi kami bermain melompat buas. Muhammad ‘Iwadh minta ditanya nama anak itu. Anak itu malu menjawab. Katanya Muhammad ‘Iwadh, dia juga punya cucu seperti itu. Muhammad ‘Iwadh mengajar, hafidh itu cucu. Anak kepada anakku.

Pesannya Muhammad ‘Iwadh

Sifatnya Hudzaifah Al-Yamani

· Tidak merungut dengan musibah yang menimpa
· Tidak mangadu jika ditimpa sakit
· Tidak mengangkat diri sendiri

100% berlawanan…

post script khas buat Cik Ain Nasim Yusof:

Sudah jadi kebiasaan dalam bidang periklanan, di peringkat awal iklan disiar penuh. Selepas beberapa lama ia akan dipotong. FYI, ada pihak yang telah memotong iklan syampu Sunsilk (lela majnun tu) pada bahagian berpegang tangan jantan betina itu! Hav nice vac...

Wednesday, June 28, 2006

Ikan Pulang ke Lubuk

Itik pulang petang

Blog ini bakal bercuti. Benar-benar bercuti. Melainkan punya peluang ke kantor bapa. Atau Tuhan menangguhkan kejayaan. Aku tinggalkan kamu dengan 'update-update' picisan, kurang popular lagi tidak serius. (Macam pernah dengar, tapi di mana ya?)

Aku titipkan pada Allah Din kalian, amanat kalian dan akhir amal kalian.

Semoga Allah membekali kita dengan taqwa. Semoga Allah mengampuni dosa kita. Semoga Allah memudahkan kita dimana saja kita berada.

---

Ya Allah,
kepada-Mu aku memohon dan bertawakkal,
ya Allah mudahkan urusan kami, gampangkan kesusahan safarku,
berilah rezeki padaku berupa kebaikan yang lebih banyak dari yang aku minta,
jauhkan dariku segala keburukan. Ya Rabb lapangkan dadaku,
mudahkan urusanku.
Ya Allah aku memohon perlindungan-Mu,
dan menitipkan diriku, agamaku, keluargaku, kerabatku dan ni'mat yang telah engkau berikan padaku dan pada mereka dalam hal akherit dan dunia,
dan jagalah kami semua dari setiap keburukukan ya Karim.

Aku dan Tengku Kadir bakal berlepas dinihari nanti. Jaga diri kalian baik-baik

Lang Melayang


Lang melayang terbalik-balik,
Lang menuju ke Pulau Pinang,
Tunggu mama tak balik-balik,
Air mata berlinang-linang.

Kata mama boleh diganti dengan sesiapa. Lagu ini dinyanyikan abah kalau aku menangis sewaktu kecil jika mama lambat pulang dari mengajar di sekolah.

Mencari Kamaruddin

Sebelum meninggalkan kota Kaherah.

Qamaruddin

"Kamaruddin ada?"

"Tak ada."

Pergi ke tempat lain.

"Kamaruddin ada di sini?"

"Di sini tiada."

Pergi ke tempat lain pula.

"Di sini ada Kamaruddin?"

"Demi Allah, tak ada."

Pergi tempat lain lagi.

"Kamaruddin?"

"Kamaruddin cuma keluar pada bulan Ramadhan sahaja."

Qamaruddin--sebutan rakyat tempatan Amaruddin--ialah 'apricot paste'.


---

Burung Hud Hud

Tiga empat ekor burung Hud Hud yang telah kering atau diawetkan tergantung di kedai 'atar.

"Burung itu untuk apa?"

"Hasad."

"Bagaimana?"

"Kalau kamu ada rumah. Gantungkan pada rumah kamu. Kalau ada orang berniat jahat yang datang. Kamu boleh nampak pada wajahnya."

Burung Hud Hud ialah burung Belatuk. Tetapi spesis di rantau ini sedikit berbeda.
---
Alexandrite

Minggu lalu. Batu Alex ada di sebuah kedai. Tapi tak mahu. Terlalu kecil. Minggu ini. Batu Alex tiba-tiba tiada. Di kedai yang sama.

Kedai lain.
"Tengok gambar itu. Itu Sheik Fulan bin Fulan. Bekas Sheikh Azhar. Saya gantung gambar itu mestilah saya orang baik. Takkan nak tipu kamu."

Batu Alex dapat bertukar warna mengikut perubahan cahaya. Berwarna ungu kebiruan di bawah cahaya pendafluor dan berwarna merah di bawah cahaya mentol tungsten.

Jami' Azhar dan teksi Kaherah

Solat itu Cermin

Solat itu cermin hidupmu

Solat terdiri daripada af'al (perbuatan), aqwal (percakapan) dan ma'nawi (niat).

Af'al antaranya
  • Ruku'
  • I'tidal
  • Sujud
  • Duduk antara dua sujud
  • Duduk tasyahud

Aqwal antaranya

  • Takbiratul ihram
  • Membaca Al-Fatihah
  • Membaca tahiyat
  • Selawat ke atas Nabi

Ma'nawi antaranya

  • Niat

Dalam solat anda hanya boleh membuat, bercakap dan berniat perkara tertentu sahaja. Jika anda menggerakkan anggota besar lebih dari tiga kali apatah lagi berlari-lari, batal solat anda. Jika anda membuat bunyi yang yang punya makna selain bacaan dalam solat apatah lagi ketawa atau berbual-bual, batal solat anda.

Begitu juga dalam hidup anda. Islam hanya membenarkan anda membuat perkara yang diperintahkan Allah dan meninggalkan larangannya. Anda tidak boleh mencuri, membunuh dan berzina atau sebagainya. Islam hanya membenarkan anda bercakap yang baik-baik sahaja. Anda tidak boleh mengumpat, memfitnah, mangadu domba dan sebagainya.

Secara halus, Allah telah mendidik kita bagaimana untuk menjalani hidup melalui solat. Solat harus mencerminkan hidup dan begitu juga sebaliknya.

Firman Allah:

"...sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar..."

(Al-'Ankabut : 45)

Rujukan : Khusyuk Dalam Solat, Nik Abdul Aziz Nik Mat

Makanlah Buah-buahan Tempatan

Ini adalah siri-siri:
"...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
(Ali 'Imran : 191)

Sebuah kisah

Anda pasti pernah membaca buku cerita kana-kanak terbitan Al-Arqam (kini Rufaqa') yang menceritakan tentang:

Pada suati hari, seorang pemuda telah memasuki sebuah dusun/kebun. Sambil memerhati kepada semua pokok yang ditanam di situ dia merungut. Mengapa pokok yang besar buahnya kecil-kecil sahaja, sedangkan pokok yang kecil yang batangnya lembut malah tumbuh menjalar di atas tanah buahnya besar-besar pula. Setelah lama mengomel, dia berasa letih lalu pergi berteduh di bawah sebuah pokok yang besar. Sedang dia berehat, tiba-tiba sebiji buah dari pokok besar itu telah luruh dan menimpa batang hidungnya. Dia pun terkejut dan berkata mujurlah buah yang gugur itu kecil. Kemudian barulah dia tersedar salah satu hikmah Allah jadikan pokok kecil berbuah besar, pokok besar berbuah kecil. Kalau tidak, mahunya penyek batang hidung.

Buah empat musim

Bagi mereka yang tinggal di kawasan yang mengalami empat musim, kewujudan buah-buahan mengikut musim tertentu amat dirasakan. Antara buah yang biasa terdapat pada musim dingin ialah oren dan 'grapefruit'. Antara buah yang terdapat pada musim panas pula ialah tembikai, pic, anggur, epal, tembikai susu dan epal.

Rahsia aturan musim

Sungguh tidak sia-sia Allah mengeluarkan buah pada waktu tertentu sahaja.

Pada musim dingin, kita selalu mudah dihidapi selsema, batuk, asma dan sebagainya. Tetapi, pada musim ini jugalah Allah mengeluarkan buah oren sebagai sumber vitamin C yang baik untuk menentang jangkitan, membantu dalam penyembuhan dan menguatkan imuniti.

Pada musim panas pula, bayangkan betapa indahnya, setelah bersesak-sesak di dalam Metro yang panas seperti ketuhar selepas pulang dari peperiksaan pada waktu tengah hari, jika dapat memakan buah tembikai yang merah berair-air. Tambah-tambah kalau telah disejukkan terlebih dahulu.

Buah-buahan musim hangat

Buah-buahan tempatan

Pun begitu, aku belum nampak rahsia musim buah-buahan tempatan. Kerana musimnya tidak jelas. Keluar satu keluar semua. Malah kini, ada pekebun yang memaksa buah-buahan mereka gugur sebelum matang demi memenuhi pasaran. Hingga di Jeli, sebiji durian harganya jatuh 30 sen sebiji.

Asal-usul

Kononnya, pada zaman dahulu semua buah-buahan tempatan berbuah serentak. Ini menyebabkan buah terhasil dengan berlebihan dan pembaziran berlaku. Banyak buah menjadi busuk. Akhirnya, semua buah-buahan durian, rambutan, manggis, langsat, duku, kelapa dan pisang bermesyuarat untuk mengatur supaya setiap pokok berbuah pada satu-satu masa sahaja. Mereka sepakat untuk mengadakan pertandingan perlumbaan bagi menentukan giliran berbuah masing-masing. Kelapa dan pisang menjadi hakim. Melalui perlumbaan itu, semua buah mendapat giliran untuk musim masing-masing. Oleh sebab kelapa dan pisang menjadi hakim, maka mereka dapat berbuah pada bila-bila masa sahaja.

Firman Allah:

Dan dalil yang terang untuk mereka (memahami kekuasaan dan kemurahan kami), ialah bumi yang mati; kami hidupkan ia serta kami keluarkan daripadanya biji-bijian, maka daripada biji-bijian itu mereka makan.

Dan kami jadikan di bumi itu kebun-kebun kurma dan anggur dan kami pancarkan padanya beberapa mata air,

Supaya mereka makan dari buah-buahannya dan dari apa yang dikerjakan oleh tangan mereka; maka patutkah mereka tidak bersyukur?

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.

(Yaa sin : 33-36)

Tuesday, June 27, 2006

Ertinya Kebebasan

"Freedom isn't something you're given, it's something you take" Malcolm X, pejuang Islam

"Freedom in capitalist society always remains about the same as it was in ancient Greek republics: freedom for slave owners" Vladimir Ilyich Lenin, bapa komunis

"Freedom is the encapsulation of everything that's worth fighting for" Winston Churchill, Perdana Menteri British semasa Perang Dunia kedua

"Freedom is something you can only appreciate if you've ever lost it" Angelina Jolie

"Freedom is what you do with what's been done to you" Jean Paul Sartre, novelis, pemikir Perancis

"Liberty is the right to choose. Freedom is the result of the right choice" Lech Walesa, anti-komunis, bekas presiden Poland, pemenang Nobel Keamanan

"Freedom is the oxygen of the soul" Moshe Dayan, jeneral tentera Yahudi laknat

"Freedom is being able to leave the toilet seat up" Robin Williams


Usaha

Peperiksaan sudah tamat...merdeka?

Monday, June 26, 2006

Schistosomes : The Aggressive Lovers


Ini adalah siri-siri :
"...Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka."
(Ali 'Imran : 191)

Schistoma : Lambang kasih suci

Keunikan tabiat (seperti di dalam gambar) cacing pipih ini membuatkan Jabatan Parasitologi, Fakulti Perubatan, Universiti Ain Shams menjadikan tabiat mereka ini sebagai lambang jabatan mereka.

Sebuah kisah romantik

Setelah larva schistoma jantan dan betina melalui perjalanan yang sukar--melalui salur darah, sebelah kanan jantung, paru-paru, sebelah kiri jantung seterusnya ke seluruh badan--barulah mereka dapat bertemu di dalam salur darah pelvic (haematobium) atau salur darah mesenteric (mansoni). Itu pun kalau mereka tiba ke destinasi, jika tidak, bukan setakat bertemu, hidup (menjadi dewasa) pun belum tentu.

Setelah masing-masing cukup umur, maka mereka pun menunaikan tanggungjawab menambah zuriat. Dengan penuh kasih sayang, si jantan menyelimuti tubuh si betina sewaktu menjalankan tugas mereka (seperti di dalam gambar). Bukan itu sahaja, setelah pasangan dibajai, si jantan akan 'mendukung' pasangannya melawan arus (seperti di dalam gambar). Sehingga ke pembuluh darah yang sempit, yang mana si jantan tidak mampu lagi menembusi, si betina dilepaskan pergi. Menyambung tugas dan tanggungjawab.

Cinta yang bergelojak

Namun, harus diingati. Schistosoma adalah cacing pipih yang bersifat aktif, invasif dan agresif berbanding cacing yang lain.
  • Pertama, telur schistosoma akan serta-merta menetas sebaik sahaja menyentuh air, tidak seperti cacing pipih yang lain.
  • Kedua, tidak seperti cacing pipih yang lain yang menanti diri mereka dimakan oleh perumah, larva schistosoma menjangkiti perumah (manusia) dengan menembusi kulit mereka--larva schistosoma hidup di dalam air, jadi ia hanya menjangkiti mereka yang berada didalam air yang dicemari larva.

Apa yang boleh diambil

Allah Tabaraka wa Ta'ala menciptakan mereka (schistosoma) tidak berakal. Malah menyusahkan hidup manusia pula--bilharzia, penyakit yang disebabkan jangkitan cacing ini merupakan penyakit paling masyhur di Mesir. Bukan itu saja, mereka ini juga sangat kecil-- 8-20 x 1-0.15mm sahaja -- dan tidak bermakna pada manusia. Lekat celah gigi.

Pun begitu, sehalus-halus mereka, mereka tetap punya sifat berkasih sayang, mengambil berat dan tidak pentingkan diri sendiri yang Allah tanamkan pada mereka supaya menjadi tanda buat manusia yang berakal lagi nampak di mata.

Hikmah yang nampak

  • Suami bertanggungjawab menjadi pelindung kepada isteri
  • Suami bertanggungjawab memimpin dan mendidik isteri ke jalan yang benar
  • Susah senang kehidupan harus tabah dihadapi bersama
  • Sikap toleransi amat perlu dalam menjaga hubungan
  • Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri

Ada satu spesis schistosoma yang bukan sahaja satu-satunya wujud di dunia malah mampu menulis blog pula:

Schistosoma malayi

Gambar: Schistoma senggama. Jantan yang bertubuh leper membaluti tubuh betina.

Sunday, June 25, 2006

Tamu Semalam

Ustaz Mahyuddin bin Hashim

Bekas naqib kami itu datang lagi setelah pulang tahun kelmarin untuk bernikah dengan orang dari Tanjung Malim. Demi menamatkan penulisan tesis peringkat sarjana tentang Ibn Khaldun dan menunggu untuk diperbincangkan dengan para doktor di Darul Ulum, Universitas Kaherah.

Lawak dalaman

Tahun lalu pergi ke rumahnya Ust. Mahyuddin di Haiyyu 'Asyir. Dia tunjukkan kami album kenangannya waktu kecil-kecil dahulu.

Aku bermonolog,"Oh, Ust. Saufi pun ada dalam gambar ni! Kerap jugak dia datang rumah Ust. Mahyuddin ya."

Aku bertanya," Ust. memang rapat dengan Ust. Saufi dari kecik lagi ya?"

Ust. Mahyuddin mula kerut dahi...blur,"Ha?" Orang lain di tepi dah mula nak tergelak. Rupanya Ust. Mahyuddin dengan Ust. Saufi kakak beradik. Aku cuma,"Oh, ye ke, hehehe." Aku seorang sampai hari itu belum tahu. Sudah dua tahun duduk di sini...-_-'

Ust. Saufi adiknya Ust. Mahyuddin itu ialah bekas Presiden PMRAM.

Bubur Lemak


Berpakat dengan Mede Sapar untuk masak semalam kerna ada tamu.

Acap dihinggapi virus Hepatitis A. Idil memohon aku bertanya mamaku bagaimana mahu membuat bubur lambuk. Mudah-mudahan Acap yang anorexic (tidak lalu makan) bisa makan. Acap sudah sihat sedikit. Tapi kuningnya belum hilang.

Bahan yang dihajati

  • Beras
  • Air
  • Santan
  • Rempah-ratus (pilihan)
  • Ayam atau daging (pilihan)
  • Ikan bilis atau udang kering (pilihan)
  • Sayuran
  • Serai
  • Bawang goreng (hiasan)
  • Daun kucai (hiasan)

Kaifiyat

Tanaklah nasi atau beras. Satu bagian beras dengan lapan atau sembilan bagian air. Tanak hingga masak. Masukkan rempah-ratus kalau suka. Masukkan lauk kesukaan (ayam, ikan bilis...). Masukkan santan. Masukkan sayuran. Ketuk serai dan masukkan. Masak lagi hingga semua bahan masak. Sebelum hidang taburlah bawang goreng dan daun kucai.


Mulahadzah

  • Jika guna beras Mesir (bagi kami) cukup sekadar satu bagian beras dengan lima atau enam bagian air.
  • Rempah-ratus yang paling sesuai ialah lada hitam
  • Barangkali tidak ikut tertib tidak apa, tapi tanak beras mesti dahulu

Harus dibedakan

  • Secara umumnya masakan sebegini dipanggil bubur nasi.
  • Secara khusunya ia dipanggil juga moi (bagian utara semenanjung), bubur lambuk (bagian tengah dan selatan semenanjung), bubur lemak (bagian pantai timur semenanjung).
  • Moi dibuat dengan tambahan lauk-pauk, biasanya tidak bersantan.
  • Bubur lambuk dibuat dengan tambahan lauk-pauk yang berbagai, santan dan serbuk rempah barangkali. Wajib masukkan santan.
  • Bubur lemak dibuat tanpa tambahan lauk. Wajib dimasukkan santan. Kemudian dimakan dengan gula melaka!

Batang jingga

Friday, June 23, 2006

Para Para Sitologi

Bookworm reading wormbook.

Shuib Khairudin Mohammad

Thursday, June 22, 2006

Perang Pijat

Pijat yang ditangkap Idil di tepi tingkap sambil studi selepas subuh.

Musim panas ialah musim pijat.

Perang Mede Sapar.

Minggu kelmarin, Mede Sapar berperang. Sudah lama tidur di lantai. Mede Sapar tak tahan lagi. Mede Sapar guna penyembur air berisi cecair pencuci pinggan mangkuk 'Pril'. Mede Sapar bongkarkan tilam, ceraikan papan-papan katil. Mede Sapar sembur mana-mana pijat yang jumpa. Tambah-tambah tempat anak-anak pijat berlari-lari, hujung kaki sebelah kiri. Nah. Sunnah Getong riwayat Dzul nyata berkesan. Semua pijat mati di tempat kejadian. Selang dua hari juga tilam bantal dijemur di balakona. Tapi sampai hari ini Mede Sapar tidur atas lantai lagi.

Malam hari lepas perang, aku lepak rumah Mede Sapar. Baring-baring atas lantainya. Rasa geli-geli atas belakang. Tekup belakang cekup. Hamdaan pijaat. Mede Sapar capai penyembur terus sembur. Bangun dari lantai jumpa seekor lagi. Psst! Disembur juga.



Perang yang lagi satu.

Minggu lebih awal. Mamat dengan sokongan Apit melancar kempen besar-besaran. Mamat pakai racun makhluk merayap. Busuk! Aku masuk intai sekejap sudah pusing kepala loya. Slem campur tangan. Bawa topeng muka seorang satu. Semua lurah, celah, rekah, kena sembur. Puas sembur racun, timbul ilham baru. Ambil pemetik api. Sembur! Katil menyala-nyala. Sampai hangit.

Selang sekejap saja lepas perang, periksa balik papan katil. Ada biji-biji putih. Telur? Mamat kecewa.


'Alat' yang kami guna untuk memerhati pijat.

Cadangan Idil.

Musim sejuk tidur atas katil. Musim panas tidur atas lantai. Musim panas bungkus simpan tilam katil.



Cimex Lectularis (Bed Bug)

Sun Tzu berkata:
If you know both yourself and your enemy, you will come out of one hundred battles with one hundred victories.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di atas atau di sini. Secara ringkasnya tentang pijat

  • Busuk
  • Perang kemerahan
  • Tidak boleh terbang
  • Hisap darah waktu malam di tempat gelap
  • Dikatakan dapat tahan enam bulan tanpa makan
  • Bertelur di celahan dinding, perabot atau tilam
  • Telur tetas lepas dua minggu, anak matang lepas dua minggu juga
  • Gigitan pijat sakit lagi gatal
  • Antara penyebab insomnia (gangguan tidur)
  • Penyebar virus hepatitis B

Pijat yang ditangkap ini ialah pijat jantan kerana jelas terdapat aedeagus(alat kelamin jantan) pada hujung abdomennya. Jelas juga mesothorax yang setentang dengan mata seperti yang diajar di dalam makmal.

Kata-kata yang sering didengar tenang pijat mafhumnya:
Di Malaysia pernah dengar saja nama pijat, tapi tak pernah tengok. Dekat sini baru tahu.

Perang yang lebih hebat.

24 Jun ini, kami akan berperang dengan pijat dan seangkatan. Doakan kami.

Monday, June 19, 2006

Lujnah 9, bukan sesuatu yang mudah

  • Seorang gadis dengan wajah monyok mengadu sesuatu kepada pegawai polis yang menjaga pintu masuk dewan peperiksaan--anda perlu ingat, negara ini separa ketenteraan, figura seperti ini dapat ditemukan hampir di mana-mana sahaja walaupun tidak sepatutnya. Pegawai polis itu menasihati," Bacalah: 'Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara hari kiamat itu." Surah An-Najm : 58
  • Quotable quote dari buku Pathology: Rheumatic fever licks the joints but bites the heart.
  • Kepayahan yang dilalui lujnah 9 tidak minat untuk dipanjangkan. Boleh rujuk sini. Baca bahagian separuh akhir.
  • Antara ahli lujnah 9 ialah Ashraf, aku, As-Sa'id, As-Sayyid, Al-Mu'taz dan anak-anak gadis yang tidak pasti namanya. Tetapi tidak lari dari As-Syaima' atau Amirah.
  • Sengaja ditulis besar kerana aku ditanya pada bahagian lisan--causes of liver enlargement.
  • Antara istilah berkaitan dengan saiz tulisan ialah hyperplasia, hypertrophy, splenomegaly.

Saturday, June 17, 2006

Kari Tamil


Tidak masak kari pun, tetapi peduli apa.

Termasuk di dalam cara alternatif untuk memasak kari. Terutama sekali jika sukar untuk mendapatkan santan kelapa.

Bahan yang butuh.

  • Ayam atau daging
  • Bawang besar dan putih(lebih banyak daripada biasa)
  • Minyak benar
  • Serbuk kari
  • Asam jawa
  • Buah tomato
  • Garam(banyak sedikit daripada biasa)
  • Rempah-ratus(bunga lawang dan seangkatan

Kaifiyatnya.

Ayam atau daging disiang, dipotong dan dibersihkan sesuka hati. Rempah ratus ditumis. Bawang dihiris dan ditumis kemudian. Tumislah rempah kari yang telah dilarutkan dahulu dengan air. Tumis sehingga masak. Masukkan air asam jawa. Tumis lagi. Masukkan daging atau ayam. Kacau hingga sebati. Masukkan segelas dua air. Biar hingga daging atau ayam empuk. Masukkan garam. Masukkan buah tomato. Biar hingga layu. Siap untuk dihidang.

Mulahadzah.

  • Untuk lebih sedap, tumiskan bawang dengan lama sehinga betul-betul masak. Untuk itu kecilkan api untuk mengelak kehangusan. Barulah rasa bawang akan keluar?
  • Tumis rempah kari sehingga warnanya menjadi gelap atau hampir kehitaman. Bukan hangus! Atau sehingga ia berketul-ketul bersama minyak.
  • Kari jenis ini tidak berhajat kepada air yang banyak. Secara alami kuahnya pekat. Jika air banyak, ia akan ceroi dan rasa seperti meminum air paip berempah.
  • Garam diperlukan lebih banyak sedikit untuk meng'compensate' ketiadaan santan kelapa. Bawang juga diperlukan banyak untuk memekatkan kuah.
  • Kari ini lebih sedap masam. Maka, penggunan buah tomato amat digalakkan. Asam jawa boleh diganti dengan asam keping tetapi kurang sedap.

Petua (jika yang memberi petua ialah orang muda, adakah akan dipanggil pemuda?).

Melembutkan daging

Masukkan sebatang sudu besi dalam masakan daging tersebut. Alternatif lain ialah anak kunci, paku atau rantai basikal. Dengan syarat semuanya diperbuat daripada besi. Selain itu, sabut kelapa juga boleh digunakan. Petua ini diamalkan secara turun-temurun terutama untuk merebus jering tua.

Timun Cina dan Timun Batang.

Timun Susu: tiada di dalam gambar.

  • Bawang dipanggil Vengayam di dalam bahasa Tamil (rujuk semula)
  • Orang Johor memanggil kuah sebagai lauk
  • Surat-surat Perempuan Johor ialah hasil tulisan Faisal Tehrani
  • Orang Kelantan menyebut minyak masak atau makan sebagai minyak benar. Pun begitu kewujudan minyak bohong tidak pernah diketahui.
  • Untuk memasak kurma yang sedap, gunakan rempah kurma dengan banyak
  • Untuk resepi asli, sila rujuk jiran-jiran Tamil anda. Paling tidak Mamak.
  • Orang Kelantan memanggil tembikai sebagai timun cina, timun sebagai timun batang, tembikai susu sebagai timun susu. Mereka tidak menamakannya tanpa sebab kerana dari segi taxonomy timun dan tembikai berasal dari keluarga yang sama. Mungkin orang Kelantan telah lama memerhati kesamaan yang terdapat pada biji tembikai dan timun atau ciri-ciri isi dan kulitnya lalu yakin bahawa mereka daripada keluarga yang sama. Buah lain dari keluarga ini ialah labu punggi dan labu sayur. Wallahua'lam.

Thursday, June 15, 2006

Oleh-oleh

Baraka (kapsul habbatus sauda') sudah beli. Barangan koka pun sudah. Nanti pergi Husin (atau Khan Khalili, nama tempat) cari barang lagi. Kemeja T, jubah kalau mau. Oh ya, balah billuz (kurma berbijikan badam) dan buah Tin untuk Esah. Lepas itu pergi Crystal Asfour, cari barangan kristal. Cari gelang adik. Apa lagi?

Oh Kadir, aku tahu apa lagi kita kena bawa balik Malaysia...

GULA!

'Oleh-oleh' ialah buah tangan manakala 'ole-ole' ialah lagu yang dikaitkan dengan bola sepak.

Tuesday, June 13, 2006

As-Syarbati

Masuk kedai. Beri salam. Dijawab. Berdiri lama di depan kotak-kotak susu. Tilik lama-lama. Yang mana paling lewat tarikh luput. Ambil. Seluk poket. Keluar duit halus. Kira satu-satu. Bagi...

Mahmoud,"Satu, dua, tiga, empat, saya mahu lagi suku genih."

Konsumer,"Ish, ish, ish..."

Seluk poket.

"Ma'lish. Semua barang di Mesir makin mahal. Sebab kerajaan di sini ptui!(meludah)"

Berfikir sejenak.

"Di tempat kami pun sama."

Mencelah.

"Di sini harga barang naik. Tapi rakyat terus beli, beli, beli. Mereka tak kisah. Di sini mana boleh berdemonstrasi. Kerajaan di sini tak bagus. Harga barang naik, rakyat tetap susah..."


Kedai runcit tipikal. Tapi bukan Syarbati.

Harga susu cair naik suku genih demi suku genih dalam masa yang singkat. Sekilo wira' pula sudah meningkat dua kali ganda kepada LE14. Telur jatuh setengah genih sebiji. Tinggal harga sayuran belum berubah.

postscript:

  • Ma'lish bermaksud 'maaf', juga boleh bermaksud 'tidak mengapa'. Ma'lish dikatakan hasil gabungan daripada ayat Ma 'alaihi syai'.
  • Wira' ialah ayam pada bahagian peha dan tongkeng.

Monday, June 12, 2006

Ujian Lisan Parasitologi, Universiti Kaherah

Soalan yang diajukan kepada bakal Dr. Nurul Faaiqah Jainuddin:

Senaraikan arthropod yang disebutkan di dalam Al-Qur'an...

Khulasah Makhluk Haloi

  • Dua kali aku temuramah Idil, apa yang disoal doktor.
  • Aku dan Idil disoal doktor yang sama (hari berlainan).
  • Aku yang memilih doktor itu.
  • Soalannya sebiji sama!
  • Soalannya ialah, virus transmitted by contaminated food, virus causing gastroenteritis, hypersensitivity type I.
  • Aku tetap kurang boleh jawab terutama hypersensitivity type I.
  • Aku baru saja baca type I hypersensitivity sebelum masuk.
  • Kebanyakannya doktor yang tolong jawabkan untuk aku.
  • Doktor siap lukis gambarajah beri penerangan mechanism of mast cell degranulation.
  • Doktor kata,"This is a simple thing (hagah basitah)." Aku monolog,"Benda simple kalau lupa tak ada apa juga."
  • Doktor kata lagi,"What is the most important virus causing gastroenteritis? 80% in Egypt, maybe more in Malaysia." (senyum)
  • Doktor ini pernah menegur aku kerana tidur dalam muhadharah(lecture) dan satu dewan pandang aku.
  • Nama jabatan ini Microbiology and Immunology Department = Qism Ka'inat Daqiqah wal Mana'ah = Department of Minute Being and ....? = Jabatan Makhluk Halus dan Kekebalan?Tentangan?Larangan? imunitilah tu.
  • Halus-halus lada burung. Ramai juga orang yang dapat PhD (Pass with High Difficulty) dalam subjek ini.
  • Dr. Muhaya (UKM) kata,"Kadang-kadang apa yang kita dah baca tak ingat, kadang-kadang apa yang kita ingat tak keluar dalam soalan."
  • Haloi bermaksud halus atau kecil dalam bahasa Banjar.
  • Makhluk halus yang kami hadapi bukan hantu, jin atau syaitan tapi sekadar bakteria, virus dan kulat.
  • Tangan anda punya lebih banyak bacteria berbanding mangkuk tandas.
  • Angin ahmar (stroke) dikatakan berpunca daripada makhluk halus (jin, syaitan) yang membina istana di dalam salur darah manusia. Mungkinkah istana itu thrombus?
  • Angin ahmar dapat dielak insya Allah dengan membaca doa angin ahmar.
  • Nabi pernah bersabda bahawa syaitan itu berlari-lari dalam salur darah anak Adam dan menyempitkan salur darah mereka terutama mereka yang makan banyak. Jadi, adakah syaitan ini microorganism juga tetapi tak boleh atau belum ada alat untuk melihat mereka (tanaklah tengok)? Jadi, penyakit-penyakit yang tak mampu didiagnosis memang disebabkan oleh mereka? Sekadar pendapat jahil, jangan pegang.
  • Kesusahan kami sudah tentu tak terbanding dengan kesusahan para mu'alij(mereka yang pakar dalam mengubati hal-hal makhluk halus dengan mengguna Al-Quran semata-mata literally physician?).
  • Para mu'alij percaya bahawa kanser disebabkan oleh jin.
  • Kesemua maklumat selain berkaitan peperiksaan lisan wajib dirujuk semula atau dibuat kajian susulan.
  • Sengaja ditulis kecil.
  • Aku ada letakkan gambar dalam entry ini, tapi mikroorganisma tak dapat dilihat dengan mata kasar (naked eye=mata bogel!).

Saturday, June 10, 2006

Gulai Darat

Bukanlah menjadi lambang rakyat Kelantan, tetapi ini ialah cara alternatif untuk memasak kari yang ada diguna pakai di situ. Bolehlah juga dianggap sebagai masakan malas.

Bahan yang butuh.
  • Ayam atau daging
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Serbuk kari
  • Asam jawa
  • Santan atau susu
  • Bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga

Kaifiyat.

Ayam atau daging disiang, dipotong dan dicuci sesuka hati. Bawang besar dan putih dikisar. Masukkan ayam atau daging, bawang kisaran, serbuk kari, air asam jawa, santan dan rempah ratus (bunga lawang dan seangkatan) ke dalam periuk. Kacau hingga sebati. Letakkan di atas dapur dengan api yang sederhana besar (macam masak benda-benda lain). Biar hingga pecah minyak iaitu wujud lapisan minyak di atas permukaan kuah.

Pecal. Buat jamu orang besar.

p/s (sampai hari ini aku tak tahu p/s itu singkatan untuk apa):

* Kedua-dua resepi (yang sebelum ini) berhajat kepada meletakkan periuk di atas dapur setelah bahan-bahan dicampur.

* Masakan ini lebih sedap dimasak bersama bumbang kelapa.

* Merujuk kepada perkataan alternatif, orang tua aku berpesan 'Jangan miskin cara'.

* Idil hari ini pulang dengan mulut yang tak henti-henti menyebut syukur setelah menghadapi makhluk halus bahagian lisan dengan mudah katanya. Esok giliran aku, Dr Kadir dan Pak Ten pula. Doakan kami.

Friday, June 09, 2006

Dengan Munasabah Musim Peperiksaan

Firman Tuhan:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Kami mengangkat gunung (Tursina) ke atas mereka (Bani Israil) seolah-olah gunung itu awan (yang menaungi mereka) dan mereka yakin bahawa gunung itu akan jatuh menimpa mereka, (sambil Kami berfirman kepada mereka): Terimalah dengan bersungguh-sungguh (Kitab Taurat) yang telah Kami berikan kepada kamu dan ingatlah (amalkanlah) apa yang terkandung di dalamnya, supaya kamu menjadi orang-orang yang bertakwa."
Al-A'raf : 171
Buatlah sebagai wirid zikir. Demi menguatkan ingatan. Susah benar menghadapi 'makhluk halus'.

Wednesday, June 07, 2006

Tanah Gempa

‘Selalu bencana yah’


Tanah ini pernah gempa

"Apabila Allah mahukan sesuatu yang baik untuk hambaNya, disegerakan untuknya balasan buruk di dunia..."

"Apabila Allah mengasihi hambaNya, diperbanyak ujian kepadanya..."

"Takjubnya urusan seorang Mu'min, Semua perkara adalah baik untuk dirinya dan ini hanya berlaku kepada mereka yang Beriman, Jika dia mendapat suatu yang baik maka dia akan bersyukur dan itu adalah baik buatnya, Jika dia menghadapi sesuatu musibah dia akan bersabar dan itu adalah baik buat dirinya."

Atau sebagaimana disabdakan...

Bukankah yang banyak terima ibtila' itu para anbia'?

Sunday, June 04, 2006

Kisah dari Jilsah

Seorang pemuda telah tamat pengajiannya dari seorang Syeikh selama enam tahun. Lalu dia keluar untuk berjuang.

Sampai di suatu kawasan, ada seorang tuan guru yang mengajarkan ajaran yang sesat pada murid-muridnya yang mencecah ribuan orang. Pemuda itu masuk kuliah. Duduk mendengar. Selesai kuliah, pemuda itu berdiri dan berkata,"Wahai tuan guru, ajaran yang kamu ajar ini sesat." Pengikut-pengikut tuan guru marah. Pemuda itu dibelasah. Pemuda itu lari.

Pemuda itu lari mengadu kepada Syeikhnya. Syeikhnya pula keluar. Masuk kuliah duduk mendengar. Selesai kuliah, syeikh itu berdiri dan berkata,"Wahai para pengikut tuan guru. Tuan guru kamu ini bagus orangnya. Ketahuilah, jika kamu ambil dan simpan rambut tuan guru kamu, kamu bakal masuk syurga."

Para pengikut menyerbu tuan guru. Seorang berkata,"Tuan guru, boleh kami ambil?" Dicabut rambut tuan guru. Datang seorang begitu juga. Seorang lagi begitu juga. Dan lagi. Dan lagi. Sudah habis rambut tuan guru, bulu yang lain diambil juga. Akhirnya tinggal dogol guru itu, habis luka satu badannya.

Syeikh pun berkata,"Wahai tuan guru, lihatlah. Inilah akibatnya ajaran kamu." Maka semua orang pun tersedar...

Saturday, June 03, 2006

Masakan malas Mama

Mama tidak pernah malas. Malah aku menganggap mama adalah seorang 'iron woman'. Baki lagi, mama tidak pernah diberi peluang bergiat aktif dalam bidang politik. Masakan ini digelarkan malas kerana mama memang memahami anak bujangnya. Lalu diajar masakan yang mudah-mudah.
Bahan yang butuh.
  • Ayam
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Kicap
  • Sos Tomato atau puri tomato
  • Garam (sesuka hati)
  • Gula (jika perlu)
  • Ubi kentang (optional)
  • Cili (optional)
  • Tomato (optional)
  • Kayu Manis
  • Bunga Lawang
  • Bunga cengkih

Kaifiyatnya.

Ayam disiang dan dipotong sesuka hati dan di basuh. Masukkan ke dalam periuk. Bawang besar dan putih dikisar. Masukkan juga ke dalam periuk. Masukkan kicap sedikit demi sedikit sehingga warna agak-agak menjadi hitam. Masukkan sos tomato dengan jumlah yang lebih sedikit daripada kicap. Kacau semuanya hingga sebati. Boleh peram dahulu sesuka hati. Atau letak terus di atas dapur dengan api yang kecil. Tutup periuk dan biarkan hingga masak.

Mulahazah.

Bahan-bahan optional boleh dimasukkan setelah masakan sudah mula mendidih. Tomato dan cili seeloknya dimasukkan hujung-hujung. Pastikan api sentiasa kecil dan periuk ditudung kerana masakan ini dimasak dengan wap. Biasanya mama tidak memasukkan bahan-bahan rempah yang di hujung kerana anak-anaknya tidak suka. Jika guna kicap manis, masukkan garam. Jika guna kicap masin, masukkan gula.


* Pohon bunga kesayangan mama.

Dirgahayu Tuanku

Rahmat bahagia, Tuhan kurniakan,
Raja kita, selamat bertakhta.


Kami berkongsi moyang yang sama.

Friday, June 02, 2006

Duga Akal Hari Jumaat

Soalan
Apakah dia, yang datang macam semut/siput, pergi macam ribut?

Jawapan
Jemaah solat Jumaat

Tanya Dukturah Samiyah

Belum apa-apa lagi sudah...

"Kenapa kamu panjangkan rambut?"

Kerut dahi. Tidak jelas.

"Kenapa kamu biarkan rambut?'

Mengangkat bahu. Anag gadis di sebelah yang berhijab, berjilbab bergalabiyah serba hitam asyik mencelah. Membela barangkali. Dr. Samiyah menegah.

"Biar dia jawab."

Tersengih cuma.

"Begini. Rambut yang panjang bukankah lebih sesuai dengan perempuan? Berdandan, melaram, melawa (tagmil) kerja perempuan. Kamu tahu haram lelaki menyerupai perempuan bukan? Bukankah kamu Islam?"

Hanya mengangguk, "Alhamdulillah."

"Pulang nanti, buanglah rambut kamu ya. Jangan bimbang, ini tiada kaitan dengan nizom peperiksaan."

Sampai saat ini, rambut masih utuh di kepala...

Menjawab Dukturah Samiyah


Awal-awal lagi Dr. Samiyah-aku dzon namanya Samiyah-sudah menjatuhkan 'morale' aku.
Lelaki berambut panjang dituduh menyerupai wanita. Siapa yang menetapkan lelaki mesti berambut pendek dan wanita berambut panjang? Barangkali atau sememangnya 'mind set' ini dibawa oleh orang-orang Barat. Sebelum zaman kolonial, di serata dunia rambut tidak membezakan jantina. Tapi selepas itu... Patut lelaki dan wanita tidak boleh dibezakan dengan rambut. Lelaki dan wanita harus dibezakan dengan hijab atau tidak. Kerana kita Islam. Orang-orang putih itu kafir, maka layaklah mereka.
Namun sudah beribu kali dunia dilanda bah dan pasir-pasir ikut berubah. Anak cucu kolonialis-kolonialis itu memberontak dengan membolak-balikkan 'mind set' nenek moyang mereka. Atas dasar yang nyata lebih jelek daripada orang tua mereka.
Maka, terlebih aula memendekkan rambut.
Imbas kembali 'Hikayat Rambut'.
*Gambar seorang penuntut yang rambutnya pandak.

Tuesday, May 30, 2006

Tablets, Capsules and Pills

And now for my next trick, writing prescriptions in Arabic.
Izwan Kamal Tan

Monday, May 29, 2006

Pukul-lah Tabuh



Baarakallahu likulli waahidin minkumaa fii shaahibihii wa jama'a baynakumaa fi khayrin

Artinya : Semoga allah memberkati masing-masing kamu berdua (mempelai) terhadap temannya, dan semoga Allah mengumpulkan kamu berdua dalam kebaikan (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majalah)

Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka wa jama'a baynakumaa fi khayrin

Artinya : Mudah-mudahan Allah memberkahimu, baik ketika senang maupun susah, dan selalu mengumpulkan kamu berdua pada kebaikan. (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Hari ini berlangsungnya pernikahan Dr. Solahuddin dengan Dr. El-Huda. Sudah tentu pernikahan ini bukan nikah misyar atau nikah khitbah apatah lagi nikah mut'ah yang hangat diperdebatkan. Agaknya, tak bolehlah Dr. Solah nak pulun anime lagi...

Syabas

Syabas buat bakal Dr. Tengku Abdul Kadir Tengku Zainal Abidin kerana lima tajuk yang diramalnya keluar dalam soalan peperiksaan pagi tadi (http://drkadir.blogdrive.com/). Terima kasih juga kepada Dr. Solah yang memberikan semangat untuk meneruskan perjuangan dalam subjek farmakologi yang aku kira 7'a6ir giddan (sangat bahaya).

Pagi ini, Idil berkata mungkin dia rasa tertekan kerana terkenangkan markah Batah tahun lepas. Batah mendapat 95% daripada 300 markah penuh. Aku pula rasa tertekan kerana dalam peperiksaan nus sanah, aku mendapat 9 daripada 55 markah penuh. Tengah Hari ini Kadir berkata tak boleh nampaknya nak lawan Batah, lulus bolehlah kot.

Semalam, tepat jam 12.16 waktu Kaherah, kami telah memeriksa arah kiblat. Tidak banyak lari.

Saturday, May 27, 2006

Esok, 28 Mei, matahari akan berada tepat di atas kaabah pada jam 5.16 petang waktu Malaysia.

Kaifiyat

Di tempat yang lapang, pacakkan kayu yang lurus. Lihat bayang kayu. Arah berlawanan dengan bayang kayu ialah arah kiblat. Untuk lebih tepat, letakkan benang, tali atau kayu yang lurus selari dengan bayang kayu. Atau sambungkan bayang kayu dengan salah satu dari yang telah disebut.

Aktiviti menentukan arah kiblat ialah aktiviti tahunan Persatuan Falak Syar'ie Ma'ahad Muhammadi Lelaki (PFSMML) walaupun terhenti setakat tampalan maklumat di papan kenyataan persatuan.

Arah kiblat boleh juga ditentukan dengan menggunakan tangan, kompas, kalkulator saintifik atau rubu' mujayyab.

"Kerap kali Kami melihat engkau (wahai Muhammad), berulang-ulang menengadah ke langit, maka Kami benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai..."

Al-Baqarah : 144, ayat yang paling kerap ditulis pada mimbar masjid-masjid di Mesir



Sedang kita duduk bersembang,
Anak cucu kita,
Dah terlupa, Di mana kiblat mereka~

A Man Should Strive to be Strong


Dengan kesombongan aku temui seribu ombak,
Darahku panas seperti matahari,
Keberanianku sekuat besi,
Tulangku sehalus besi,
Dadaku tak terhad dan dermawan,
Penglihatanku begitu jauh,
Aku kerja keras untuk menguatkan sendiri
Jadi perwira!

Jadi perwira,
Aku berlatih hari-hari,
Menjadi perwira yang panas,
Lebih panas dari matahari.

Biarku meresapi tenaga dari laut dan langit,
Dan menjelajah syurga dan bumi,
Kerana impian, aku pergi,
Aku lihat ombak bergelora keputihan,
Dan langit yang tak berawan biru dan lebar,
Aku manusia mesti menguatkan diri...

Selamat Menempuh Imti7an A7'ir Sanah 2005/2006

Friday, May 26, 2006

The Art of War

He who knows when he can fight and when he cannot will be victorious.
Sun Tzu
Generally, management of the many is the same with management of the few. It is only a matter of organization.
Sun Tzu

Wednesday, May 24, 2006

Jalan yang Namanya KEBENARAN



Bukankah jalan kebenaran itu penuh likunya?...? Ataukah jalan kebenaran itu jalan yang lurus? Jalan yang lurus yang dipenuhi duri-duri dan jerangkap samar. Jalan yang lurus yang dipenuhi lopak-lopak yang kalau tidak dielak, bisa terbabas tergelincir. Jalan yang lurus yang dipenuhi dengan persimpangan, susur keluar, hentian sebelah yang tidak perlu.

  • Iblis di depanmu, mengajakmu meninggalkan agamamu, jika mengikutnya, hilang agama dari dirimu.
  • Jiwa di kananmu, mengajakmu ke arah maksiat, jika mengikutnya, hilang nilai nyawamu.
  • Nafsu di kirimu, mengajakmu memenuhi syahwat, jika mengikutnya, hilang akal dari dirimu.
  • Dunia di belakangmu, mengajakmu memilihnya daripada akhirat, jika mengikutnya, hilang akhirat dari dirimu.
  • Semua anggota tubuhmu di sekitarmu, mengajakmu melakukan dosa, jika mengikutnya, hilang syurga dari dirimu.
  • Allah di atasmu, mengajakmu masuk syurga dan mendapat keampunanNya, jika mengikutNya, hilang segala kejahatan darimu dan kamu mendapat segala kebaikan.

Jalan yang luas yang membawa kepada kehancuran~

Jalan yang sempit yang membawa kepada kebahgiaan~

Ramai orang yang melalui jalan yang luas itu~

Sedikit orang yang melalui jalan yang sempit itu~


Dan aku, masih makan buah langsat, sesat-barat...


Monday, May 22, 2006

LE 1 Sebulan Setiap Orang

Semua orang sedar dan semua orang seru...

Amar Amir Omar
Mohd Noor Mat Tahir
Ust Nasrudin Tantawi
Sofwatunnil's Crew
Ain Nasim Yusof
Zaatil Iffah Asmawi

...semua pun setuju.

'...kepada mereka yang bercadang untuk ke Jerman menonton Piala Dunia, fikir-fikirlah kesusahan ummat Palestin...'

Khutbah Masjid Hidayah

Ther Return of the Net

The Net has come back = 7'a6ir giddan to my studies.

Btw, basketball is somewhat easier than soccer.

Sunday, May 14, 2006

Happy Mother's Day



Buat Puan Hasnah Hassan Ismail dan lusanya, Selamat Hari Guru, walau sudah pencen...



Tuesday, May 09, 2006

Dilarang menduduki peperiksaan!

Dilarang menduduki peperiksaan sekiranya...
  • tidak tahu-menahu tentang bilharziasis
  • tidak tahu-menahu tentang tuberculosis

Dilarang menduduki peperiksaan farmakologi sekiranya...

  • tidak tahu-menahu tentang beta blockers

Sunday, May 07, 2006

Maple Talk

11 Mei ini genap setahun MapleStory Global dilancarkan. Dan genap empat bulan aku terpengaruh dengan MapleStory. Jadi, semacam biasa, setiap 'event' yang berlaku di dunia sebenar akan disertai dengan 'event' di dunia Maple.




Perhatikan event 04. Kalau tak nampak aku 'quote' ayat 'favourite' aku ni : You will not regret clearing your schedule for MapleStory. Yeah, just what I need. Waktu-waktu macam inilah diorang nak buat event gempak-gempak. Time-time exam ni lah. Ini event keempat dan terakhir untuk game. Masih ada lagi event untuk laman web. Antara event game yang lain ialah

  • special item - maple weapon drop from monsters
  • blue present - give to MapleAdministrator and get cake - if unlucky - or Maple bandana - if lucky
  • maple flag - collect 10 candles from cake monsters and give to Cody to gain a flag

Dan ini jadual untuk event 04 yang dikatakan :


Apa pun, happy mapling and happy one year anniversary to MapleStory Global...for ruining lives. Selamat berjuang!

For more info :

http://www.mapleglobal.com/

Caution! MapleStory ruins lives. Do not enter if you have a life.

Monday, May 01, 2006

The End


When the world turn yellow
When the sand blows
When the shirts are shrunk and tight
When the cops turn white
When the peaches and melons sprout
When the tamarind juice hawkers begin to shout
When the flies are awaken
When the time is hasten

Then it come clear
The end is near...
Someone whoose life is like a roller coaster asked me to update my blog. It would be fun to have a life like that. But eventually, I'll throw up.

Tuesday, April 25, 2006

Semangat...


solahuddin: jikalau kau ingat kau bodol...sbnrnya mmg kita ni bodoh....
solahuddin: yg pandai hanya laa ALLah
solahuddin: yg penting lulus laaa
solahuddin: bukan bodoh pandai
solahuddin: so study laaaa...kalau lepas nanti pulun laa anime byk2
solahuddin: :D
Akmal: :D

Sunday, April 23, 2006

Harapan Ayahanda...



Assalamu'alaikum wbt. Akmal, pada 21 April 2006 baru-baru ni abah dah
pencen. Tapi pusat pengajian memerlikan perkhidmatan abah. Jadi abah
sambung sebagai pensyarah kontrak.
Bagaimana dengan peperiksaan kali ini? Kami semua berharap you boleh
lakikan
yang terbaik! Sekian salam hormat mesra dan selamat menjalani
peperiksaan
akhir untuk tahun Tiga, Wassallam.

Thursday, March 30, 2006

Kusuf


Setelah memeri salam. Sheikh Fawzy berdiri. Barangkali tazkirah biasa...

***

Nabi kita pernah mengirim surat kepada Muqawqas, pemimpin Mesir pada waktu itu. Setelah membaca surat itu, Muqawqas membalas surat itu malah disertakan dengan beberapa hadiah. Dua orang hamba perempuan, Mariah dan Sirin atau Sarah, seekor baghal dan seorang tabib.

***

Dalam banyak-banyak hadiah, Mariah, dikhususkan kepada Nabi. Mariah el-Qib6i. Qib6i ialah Masry. Ini qib6i(sambil menunjuk kepada jemaah), ini qib6i, ini qib6i dan ini juga qib6i(sambil menunjuk kepada diri sendiri). Qib6i- 6 mewakili huruf tha -bukan sahaja mereka yang beragama nasrani. Copt, itulah Masry. Qabi6. Egypt sebagaimana disebutkan orang-orang Eropah datang daripada qabi6. Daripada Mariah inilah lahirnya salah seorng anak Nabi iaitu Ibrahim.

***

Ibrahim sangat disayangi Nabi. Sebagaimana anak-anak lelaki Nabi yang lain. Semuanya wafat ketika kecil. Anak perempan baginda yang kekal sehingga dewasa pun hanyalah Fatimah. Pada usia setahun atau setengah tahun, Ibrahim wafat. Maka Nabi mandikan, kafankan, solatkan dan kebumikan di Baqi3. Pada masa yang sama, berlakulah kusuf.

***

Bilal diperintahkan menyeru semua mo'meneen berkumpul. 'As-Solatu Jami3a!' Diseru kepada semua. As-solatu jami3a ini tidak diseru untuk mana-mana solat pun melainkan untuk solat kusuf ini. Tidak untuk solat Hari Raya juga solat - solat lain. Nabi berpesan kepada mu'minin takutlah, waspadalah, bertaqwalah, mintalah keampunan, berilah sedekah. Kerana pada waktu ini semua bimbang adakah ini ialah tanda kiamat. Apakah Dajjal sudah keluar? Apakah Ya'juj dan Ma'juj sudah keluar? Apakah binatang yang boleh berkata-kata dan mengecap siapa yang beriman dan saipa yang kafir sudah keluar? Apakah api dari Yaman sudah keluar? Apakah api dari Hijaz sudah keluar. Tetapi, inilah tanda daripadatada-tanda Allah. Maka semuapun bersolat.

***

Seluruh Madinah lengang. Asma' binti Abu Bakr yang ketika itu sedang qadha hajat di luar Madinah masuk kehairanan. Lalu pergi ke masjid dan mendekati 3a'isyah(barangkali sedang bersolat). Kenapa ini? 3a'isyah mengisyaratkan dengan tangan tunjuk ke atas. Ayah min ayatillah? 3aisyah mengangguk. Maka Asma' turut masuk bersolat. Setelah solat, ada yang berkata, kusifa as-shams li mawti Ibraheem. Telah gerhana matahari kerana wafatnya Ibrahim.

***

Tidak. Bahkan tidak. Kita bukan seperti Syiah. Mereka ialah ahli kesesatan. Ketika mana mereka melihat langit merah antara waktu maghrib dan isya', mereka katakan itulah darah Hussayn. Barangkali Ibrahim itu lebih disayangi Nabi daripada Hussayn. Oleh kerana mereka ahli kesesatan, begitulah kata mereka. Kusuf itu adalah tanda daripada tanda-tanda kekuasaan Allah. Maka itu Nabi berpesan. Takutlah, waspadalah, bertaqwalah, mintalah keampunan dan berilah sedekah. Maka itu Nabi bersolat. Dua raka3at. Satu raka3at, dua ruku3 dan dua sujud. Nabi memanjangkan ruku3 dan sujud dan riwayat mengatakan Nabi membaca surah Al-Baqarah.

***

Truut! Truut! Truut! Telefon bimbit Sheykh Fawzy berbunyi. 3alaykom alslam. Ahlan bik. Al7amdulillahi rabbil 3alamin. Aywah. 7anusolli fi masgidil hidayah. Ba3da 3asyarah di'i'.

***

Solat sunat kusuf ialah sunat mu'akkad. Rakaat pertama dibaca fatihah yang sempurna. Kemudian diikuti ma tayassara mi al-qur'an. Kemudian ruku3. Kemudian bangun dan dibaca fatihah dan ma tayassara min al-qur'an. kemudian sujud dengan dua sujud dan bangun semula dan dibuat apa dibuat pada raka3at pertama tadi. Ada orang berbisik. Solat ini jahr, seperti solat Jumaat. Ada orang bertanya. Niat tempatnya di hati.

***

Maka kami pun bersolat...

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Thursday/Dunia/20060329224906/Article/

Tulisan adalah mafhum penulis. Segala kemusykilan dinasihati merujuk kepada penasihat agama anda.

Thursday, March 16, 2006

I've met Devil

I've met a devil. Almost a week ago. In a masjid. After asar prayer. An old devil. He crossed in front people performing solah. And someone stopped him. But he crossed still. And asked. What? What? Why? Wy? He challenged. Come and tell me why. Someone went and ekplained. And Idil beside said. The Prophet use to say that if someone cross in front of people performing solah and still cross after being stop, u can kill him for he is not a human but a devil.

Saturday, March 04, 2006

Boys, live your chokers and bangles behind...


Nabi kita pernah pakai cincin.

Nabi kita pernah hantar surat kepada pemimpin-pemimpin agung dunia. Sebelum hantar, sahabat-sahabat nasihat Nabi, orang-orang ini tak baca surat kalau tiada mohor rasmi. So, Nabi membuat sebentuk cincin perak yang atasnya terukir satu perkataan demi perkataan dari atas ke bawah. 'Allah Muhammad Rasul'(macam yg ada pada buku2 Harun Yahya agaknya).Bahagian ini dijadikan cap atau mohor.

Nabi pernah bersabda darihal cincin itu. Mafhum sabdanya, tiada sesiapa yang boleh membuat cincin seperti ini selepas aku.

Selepas wafatnya Nabi, cincin itu diturunkan kpd kalifah Islam iaitu Abu Bakr dan kemudian kepada Umar. Ketika Uthman menjadi khalifah, cincin itu telah terjatuh ke dalam sebuah perigi/kolam yang penulis tak ingat namanya apatah lagi lokasinya. Walaupun air perigi itu ditimba sehingga kering, cincin itu tetap tidak dijumpai.

Pakailah cincinmu pada jari manis atau kelingking. Jangan pakai cincinmu pada jari telunjuk atau hantu. Diriwayatkan, menyerupai kaum terdahulu yang ingkar.

Cincin emas dilarang sama sekali bagi lelaki.

Jika cincin berbatu permata, halakan batu permata itu ke bawah iaitu ke arah tapak tangan atau sesetgh org panggil perut jari.

Nabi memakai cincin perak di jari kelingking kanan dan batu permatanya dihalakan ke bawah. Diriwayatkan, cincin Nabi bertatahkan permata akik Yaman.

Tidak pernah terlintas pula tentang koka.

http://qa.sunnipath.com/issue_view.asp?HD=3&ID=8662&CATE=337

Monday, February 27, 2006

Just now...

Someone was trying to assasinate me using a plastic bottle half filled with plain water.

It took me forever to update this blog for I was busy killing pigs at the beach and now hunting boars on the mountains.

Friday, February 24, 2006

For the love of a God

Semua ingat barangkali senior aku meninggal dua tiga bulan lepas. Lepas sapa-sapa meninggal, esp kalau muda lagi, mesti org akan kata :

Tuhan lebih sayang dia.

Dua tiga menggu lepas, aku tgk filim penuh kontroversi, Bruce Almighty. Babak akhir filim tu, Bruce kena langgar trelar tapi tak mati. Attendan yg treat dia kata :

Someone up there really love him.

Actually, weather you live or die, God love you. Kalau mati awal, Tuhan memang sayang sebab tak byk lagi dosa yg akan dibuat, mati dgn sikit dosa. Kalau hidup lagi, Tuhan memang sayang jugak sebab Tuhan masih bagi peluang untuk bertobat dan berbuat 3amal.

Death is confirm, but time of death is not.

Katanya Hasan Basri :

Anak Adam, bila perginya satu hari, perginya setengah daripada kamu...

Monday, February 06, 2006

Quotable quote

Ada misai takde janggut, itulah kucing
Ada janggut takde misai, itulah kambing
Takde misai, takde janggut, itulah anjing
Ada misai, ada jangut, itulah orang.

Wednesday, February 01, 2006

1427

Ah, happpy new yeer. We are so busy this break that we forgot to supplicate for the end year and new year. Pity for us. God, forgive us for wut we did along last year. God, made this year the best for every each of us.

A break that breaks.

Monday, January 30, 2006

Membesar...

Katanya Sob
Wah, dah makin besar skang eh

Sob tambah lagi
Rumah dah rendah

Aku dalam hati
Ye tak ye gak...

Warna...



Merah biru putih kuning warnanya
Itu kita
Dari Perlis sampai ke Sabah

Merah putih hitam hijau warna mereka
Ini mereka
Dari Sg Furat sampai ke Sg Nil

Sempena kemenangan Hamas. Hamas menang kan?

Friday, January 20, 2006

Double Standard...


Last month

A banker yelled at a customer,"I2fil segara, i2fil segara! (Padam rokok, padam rokok). The customer stop smoking.

Yesterday

A customer offered a clerk a cigarete and he accepted it. They both smoke happily ever after. The banker was nowhere to be seen.

And I covered my nose...