Saturday, August 08, 2009

Kuatkan kata dengan berganda

Sejak kewujudan fesbuk, ramai telah terdedah dengan benda alah ini, lamun oleh sebab aku tak ada idea maka aku tak kira aku nak tulis jugak.

Adapun selepas, kata ganda lazimnya digunakan untuk menunjukkan bilangan yang banyak. Di Tanah Serendah Sekebun Bunga, kata ganda lazim digunakan sebagai penguat (tawkeed atau an adverb enhancing an adjective?) untuk menguatkan kata sifat.

Seperti yang telah ramai tahu, dalam menerangkan rasa
  • manis leting
  • masam purit
  • masin perak
  • tawar heber
  • pahit leper

Dalam menerangkan warna
  • putih sepor, puith suweh
  • hitam lengit
  • biru ketu
  • hijau daung
  • kuning neheng
  • merah merey

Malah yang paling unik, dalam menerangkan tentang sebahagian rukun Islam yang lima
  • Semayang bang
  • Puasa raha
  • Zakat makat
Sebagai peringatan untuk perkataan keras ada dua bentuk iaitu keras kekong dan keras cokeng. Lamun harus diingat keras cokeng tidak boleh digunakan sebarangan kerana ia hanya sesuai untuk satu kegunaan saja. Untuk yang lainnya lain hari kita bincang ...


8 comments:

Jackster® said...

zaman sekarang kata penguat untuk warna dah makin berubah:

biru bn
biru keadilan
hijau pas

dan yang dikuatkan itu bukan warnanya namun sifatnya

e.g mung nih hijau pas sungguh la


"keras cokeng" itu tidak boleh digunakan di hadapan makcik2 nanti dikatakan tidak beradab atau tidak tahu menggunakan simpulan bahasa yang betul pada tempatnya


*satu hari fesbook akan terkubur sebagaimana myspace, frenster & blogdrive

analessahorra said...

entah apa pula lepas fesbuk nanti..

maskedfacies said...

puith suweh--> yes! detected!

p/s: aku bls dendam dgn komen aku yg typo aritu. lol

Adinda Amy Sensei said...

salam..

sedak sunggoh sntry neh..kehkeh

Amermeftah said...

Jackster dan Cik Ruqayya:
Kullu man 3alaiha fan ...
*angkat-angkat kening*

Mimi:
Ces! Deym yu!

Mr W. A. A. said...

Ya. Tak lama lagi, sekali dengan Bahasa Melayu berkubur angkara bangsanya sendiri. Jangan hairan suatu hari nanti perkata Melayu hanya lekat pada Baju Melayu, Kereta Api Tanah Melayu dan Rejimen Askar Melayu Diraja.

djambu puadovich said...

ok, memandangkan xda makcik2 yg ngadap internet/blog skrg ni, sila terangkan maksud 'keras cokeng'.

hehe :P

Amermeftah said...

Adapun keras cokeng itu hanyasanya boleh digunakan untuk satu kegunaan sahaja iaitu erection.